Kenali 5 Fakta Menarik Maskot Piala Dunia 2018, Zabivaka

Share

Demam Piala Dunia 2018 nampaknya semeriah denhan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ketibaan bulan Syawal tahun ini menjadi lebih bermakna apabila temasya bola sepak 4 tahun sekali tiba hampir serentak.

Dan tidak dapat dinafikan di rumah-rumah terbuka ketika mengunjungi sanak-saudara pasti topik bola sepak dan Piala Dunia menjadi pilihan. 

Rusia sebagai tuan rumah Piala Dunja pada kali ini dilihat cukup bersedia walaupun sebelum ini dilaporkan berdepan beberapa masalah daripada persiapan.

Namun ada satu karakter yang sentiasa ceria menghiburkan pengunjung serta peminat bola sepak. Dia tidak lain tidak bukan ialah maskot Piala Dunia 2018 Rusia, Zabivaka!

Siapakah Zabivaka?

Ia merupakan seekor serigala atau anthropomorphicEurasianwolf (Canis lupus lupus) dengan warna coklat dan putih yang memakai kemeja-T bertulis ‘RUSSIA 2018’ dan sepasang goggles. 

Berikut merupakan 5 fakta menarik Zabivaka

01

Zabivaka merupakan rekaan daripada seorang pelajar seni reka bernama Ekaterina Bocharova yang memenangi undian di Internet tertinggi. 

02

Menurut perekanya, goggles yang dipamai Zabivaka bukaah goggles yang digunakan untuk sukan berbasikal tetapi merupakan perlindungan mata disebabkan ia terlalu pantas.

03

Kombinasi warna putih, biru dan merah pada kemeja-T Zabivaka membawa lambang negata tuan rumah, Rusia.

04

Zabivaka merupakan maskot Piala Dunia yang ke-14 diperkenalkan dalam sejarah pertandingan ini.

05

Maskot Zabivaka memperolehi undian sebanyak 53%, mengalahkan maskot lain seperti harimau (27%) dan kucing (20%). Lebih sejuta orang mengambil bahagian dalam pengundian ini. 

IKLAN