Pada satu minggu yang lalu, 6 April 2021, kempen kesedaran “Save Ralph” telah tular di laman media sosial baru-baru ini dan telah mendapat banyak perhatian daripada warga netizen di Youtube, Twitter dan Instagram. Video animasi berbentuk dokumentari pendek yang dihasilkan oleh The Humane Society of United States yang berdurasi sepanjang 4 minit ini menceritakan tentang seekor arnab bernama “Ralph” yang telah dijadikan sebagai bahan ujikaji produk kosmetik dan kecantikan diseluruh dunia dan ianya menunjukkan nasib hidupnya sebagai seekor arnab yang “bekerja” di makmal ujikaji. Video ini juga menampilkan antara pelakon terkenal seperti Zac Efron, Taika Waititi, Olivia Munn dan ramai lagi.
Apa yang lagi menyentuh hati semua warga netizen adalah apabila video tersebut menampilkan beberapa ekor arnab lain yang juga merupakan watak sampingan didalam video animasi ini. Video ini mengisahkan tentang seekor arnab bernama Ralph yang telah ditemubual tentang pekerjaannya sebagai bahan ujikaji makmal, dan dia menceritakan keperitan hidupnya sebagai seekor arnab yang telah digunakan sebagai bahan ujikaji dimana dia hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga dan melihat menggunakan hanya sebelah mata, dan badannya yang telah melecur kerana dicurah dengan asid kimia, Ralph telah menceritakan kesengsaraannya kerana “pekerjaannya”
Ads
Video kempen kesedaran ini telah mencecah lebih kurang 6 juta views di Youtube dan ianya makin tular di laman media sosial yang lain juga dan ianya telah membuat ramai netizen berasa sayu dan sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan lain diluar sana yang tidak bersalah dan dijadikan sebagai bahan ujikaji makmal.
Ads
Ads
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang diluar sana agar lebih bijak didalam memilih produk kosmetik dan cuba untuk mengelakkan produk yang menjalankan ujian keatas haiwan. Walaupun ratusan dan mungkin juga ribuan kempen kesedaran telah dianjurkan, namun masih ada lagi produk-produk kosmetik diluar sana yang masih menjalankan ujian keatas haiwan. Salah satu cara untuk kita menghentikannya hanyalah dengan berhenti menggunakan atau membeli produk sebegini. Sayangilah haiwan, kerana mereka juga ciptaan Tuhan seperti kita..
Saksikan video penuh disini:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah bertebaran berita mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sekali lagi hari ini.
Menurut laporan Astro Awani, Tun Dr Mahathir sedang dipantau di unit rawatan koronari.
Petugas media pula dilihat mula berkumpul di IJN bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan bapa pemodenan negara itu.
Seiring itu,pada jam 5.35 petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di IJN . Beliau hadir dengan kenderaan Toyota Velfire berona putih dan diiringi oleh pasukan polis.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
7 Januari lalu, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan kemudiannya dibernarkan keluar pada 13 Januari.
Sebelum itu beliau sudah dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 dan dibenarkan keluar lapan hari kemudian.
Kini berusia 97 tahun dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selain bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkawi, Kedah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kadang kita berasa pelik melihat invidivu yang memiliki kelainan fizikal. Ada saja niat nak bertanya atau membuat usikan hingga jadi bahan gaduh.
Namun sebelum membuat ejekan pada sebarangan individu terutama pada anak remaja yang mudah panas hati, sila hadam baik-baik pada orang yang korang ajak gaduh tu terutama kalau dirinya memiliki telinga agak besar begini.
Ini kerana individu begini biasanya adalah seorang fighter dan silap-silap dengan skali tumbukan, korang dah kena Knock Out (KO)
Ramai tanya kenapa telinga fighter kelihatan seperti cacat? Nah ni info untuk dibaca.
Tahukah anda kenapa telinga fighter UFC seperti KHABIB kelihatan tebal atau besar?
Memandangkan harini kita meriah sembang bab kemenangan Khabib, nak share medical knowledge pulak pasal kondisi biasa fighter2 ni.
Kalau korang perasan, most fighter dalam dunia ni akan ada telinga bengkak macam ni. Dalam perubatan kita panggil sebagai CAULIFLOWER EAR atau boxer ear. Kesan akibat blunt trauma direct pada telinga.
Ianya terjadi disebabkan pendarahan (hematoma) dibawah kulit. Kalau telinga dibahagian perichondrium atau ruangan connective tissue untuk bahagian cartilage.
Ianya biasa bersifat kekal, irreversible. Tapi kalau diubati awal dengan drainange darah dan antibiotik boleh elakkan ianya menjadi bentuk kecacatan kekal. Most dari dorang pun taknak ubah balik kecacatan ni sebab ini adalah trademark seorang fighter!
So kalau tengok orang ada telinga macam ni jangan hairan, 99% dari mereka pasti adalah boxer, fighter, wrestler, orang rugby atau seangkatan dengannya. Sumber : Dakwah Channel
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Video ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif.
Video ini tidak bertujuan menggalakkan perbuatan yang bercanggah di sisi undang-undang negara atau kepercayaan mana-mana pihak.
Watak-watak di dalam video ini melakukan penggambaran secaar sukarela dan tiada unsur paksaan.
Inilah disclaimer yang dikeluarkan di awal-awal pernyataan video Kakak Kondom yang mula menjadi perhatian masyarakat kerana ada dakwaan wujudnya video ini untuk mengajar masyarakat muda mengamalkan seks bebas.
Menurut Yayasan AIDS Malaysia, sebelum video program ini dimuat naik, pihak mereka telah memperhalusi skrip beberapa kali agar tidak wujud kontroversi.
Masa yang sama, tujuan video ini dibuat adalah untuk mendidik masyarakat dan tiada niat untuk menimbulkan kontroversi atau mengajak masyarakat mengamalkan seks terbuka.
“Ia bergantung kepada siapa penontonnya, sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. Kalau berkahwin, mungkin tiada masalah dan semua itu bergantung kepada penerimaan mengenai isu ini,” katanya lagi.
Tambahnya mereka lagi, program Kakak Kondom adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan HIV melalui transmisi seksual. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, kerana pada masa ini, 95 % daripada kes jangkitan baru HIV adalah berpunca dari amalan seks tidak selamat.
"Naratif yang cuba diketengahkan melalui platform Kakak Kondom tertumpu secara khusus kepada penggunaan kondom sebagai langkah mencegah jangkitan HIV dan STD. Dengan menggunakan pendekatan secara bersahaja, yang dipadankan dengan lenggok bahasa pertuturan harian yang tidak mengandungi istilah perubatan yang bersifat elitis, kami berharap mesej yang cuba kami sampaikan ini akan dapat difahami dengan mudah oleh segenap lapisan masyarakat.
"Niat kami hanyalah untuk menggalakkan golongan belia menimba ilmu tentang pencegahan HIV/AIDS, dalam persekitaran dalam talian yang selamat, terbuka dan tanpa prejudis. Pendekatan kami mungkin telah menimbulkan kontroversi dan keresahan di kalangan sesetengah pihak. MAF memahami komplikasi yang telah timbul, dan mengucapkan terima kasih diatas teguran membina yang telah kami terima melalui media sosial. Di masa hadapan, kami komited untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi naratif serta kaedah penyampaian maklumat kami agar lebih selari dengan norma masyarakat tempatan"jelas mereka dalam satu pernyataan media.
#MAF #EndingAIDS2030 #SexEducation #SafeSex
Tambah Yayasan AIDS Malaysia, video bagi episod Pilot Projek mengetengahkan topik 3 mitos mengenai kondom.
“Pertamanya kondom boleh bocor, kena letak minyak untuk pelincir dan kena pakai dua lapis kondom untuk lebih selamat. Jadi dalam episod berkenaa, kita mendidik masyarakat bahawa itu semua tidak tepat,” kata Yayasan AIDS Malaysia yang menjelaskan pengacara program ini, Azryn Arshad yang juga dikenali sebagai Kakak Kondom telah meneriima latihan dari Federation Of Reproductive Health Associations (FRHAM) unntuk mengajar mengenai pendidikan seksual dan reproductive. Sementara seorang lagi pengacara ialah Najwa A’liah Fairuz yang dikenali sebagai Adik Kondom.
Jelas mereka lagi, cara penyampaian Azryn Arshad yang bersahaja dan banyak berdepan pelajar universiti di mana mereka menyukai caranya adalah antara mengapa dirinya terpilih sebagai pengacara. “Seperti kita katakan di awal-awal tadi, video ini bertujuan untuk mendidik dan memberi pendidikan kerana gejala buang anak semakin meningkat pada hari ini. Kita tak mahu masyarakat curi-curi melakukan dan kemudian buang bayi dengan cara yang salah. Bukan juga kita mahu menggalakkan tapi isu gejala pembuangan bayi di kalangan remaja menunjukkan angka menakutkan,” kata mereka lagi.
Bukan semua episod tampil kontroversi
Dalam pada itu, Yayasan AIDS Malaysia turut memaklumkan, pada episod satu program Kakak Kondom selepas Pilot Projek, mereka mengutarakan kuiz mengenai masalah kelamin.
“Tapi tak ada orang bercakap mengenai kebaikan yang kita buat mengenai isu ini sebaliknya hanya melihat isu kondom yang dikatakan tabu dalam masyarakat,”katanya yang mahu masyarakat Malaysia melihat isu program ini secara lebih menyeluruh. Malah bagi Yayasan AIDS Malaysia,pihak mereka tiada langsung untuk menimbulkan perasaan kurang masyarakat dengan program tersebut. Hanya untuk pendidikan dan memberi kesedaran mengenainya sahaja.
Bagi REMAJA, apa pun penerimaan kita mengenai program Kakak Kondom ini terpulang kepada penerimaan masing-masing. Sama ada kita memang terbuka hati untuk menerima semua ini secara terbuka atau kita masih tabu mengenainya. Gambar pengacara : Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!