
Penangan muzik video Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali dan penampilan istimewa daripada ahli kumpulan K-Clique, MK menarik perhatian netizen kerana baru dua minggu dilancarkan di YouTube, muzik video mereka telah pun mendapat lebih daripada 11 juta tontonan.
Terbaru, adik Naura Boniey atau lebih dikenali sebagai ‘kembar Neelofa’ telah pun membuat parody lagu tersebut yang dimuatnaik oleh laman YouTube Mask Team kira-kira beberapa jam yang lalu.


Rata-rata pengguna media sosial memuji lakonan adik Naura yang comel itu.




Serius kami tonton pun sambil tersenyum. Memang comel betul lakonan adik Naura dan Adam Ghadafi ini. Tak sabar nak dengar apa pula komen daripada Nabila dan MK. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alumni UPSI Ukir Nama Malaysia Book Of Records, Bina Struktur Terumbu Glob Terbesar Dasar Laut

Penduduk dunia berkongsi 70 peratus permukaan Bumi yang diliputi oleh lautan. Namun bukan semua di antara kita yang sedar akan kepentingannya demi masa sekarang dan masa hadapan.
ARTIKEL BERKAITAN : Cemerlang Dan Berwibawa. Dua Pelajar Malaysia Ini Berjaya Ke Harvard College
Sangat penting untuk kita semua mula mengambil berat mengenai sistem terumbu karang yang menjadi ‘rumah’ jepada satu per empat daripada hidupan laut.

Terumbu karang di seluruh dunia termasuk yang ada di Malaysia kini berada dalam keadaan yang terancam disebabkan oleh eksploitasi lautan berlebihan. Perubahan iklim, pencemaran dan industri perikanan yang tidak terkawal adalah di antara punca utama ia kini semakin terancam.
Sedar tentang perkara ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil langkah dengan pembinaan struktur glob terbesar di kawasan Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu dan berjaya menempa nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR).
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.

Ia diturunkan oleh 10 alumni UPSI diketuai Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff yang juga alumni institut pendidikan itu.
Menerusi satu kenyataan Md Amin berkata, sebagai institusi pendidikan keramat, UPSI terbina daripada sebuah semangat perjuangan pendidikan.
“Ini adalah untuk membuktikan kecintaan kami para alumni terhadap universiti bertuah kami,“ katanya pada majlis penerimaan sijil pengiktirafan daripada MBOR itu di Pulau Redang, semalam.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin berkata, dengan adanya struktur terumbu tersebut akan membantu Jabatan Perikanan dalam usaha pemuliharaan terumbu karang di Taman Laut.
Menurutnya, terumbu karang di kawasan itu pernah musnah akibat dilanda Taufan Pabuk sekitar Januari 2019. Sementara itu, Pengarah Pusat Alumni UPSI Dr Siti Hartini Azmi berkata, usaha alumni terbabit juga akan mengharumkan nama universiti.
Untuk info, para saintis sendiri menganggarkan jika dunia tidak melakukan apa-apa mengenai isu ini, 90 peratus terumbu karang tropika dunia akan lenyap menjelang tahun 2043. Malah, dengan lenyapnya terumbu karang, lebih 500 juta orang akan kehilangan kebergantungan kepada khazanah laut ini untuk makanan, pendapatan dan perlindungan.
Oleh yang demikian, pelbagai usaha sedang dilakukan menerusi pelbagai program pemulihan batu karang di seluruh dunia.
Sumber : 1
BACA LAGI : 5 Pulau Di Malaysia Yang Tak Kurang Cantiknya Berbanding Boracay, Jom! – REMAJA
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Catat Rekod! 700,000 Orang Daftar Aplikasi MySejahtera Dalam Tempoh Seminit

Rakyat Malaysia memang hebat! Dalam tempoh seminit, sebanyak 700,000 orang “menyerbu” untuk mendaftar dalam aplikasi MySehjahtera sekaligus menerima RM50 yang dikreditkan terus ke akaun e-wallet mereka.
Serius, memang pecah rekod sebagaimana 1000 bilik ditempah di Langkawi semalam.
Laporan BERNAMA, hanya dalam tempoh seminit, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera, susulan pengumuman kerajaan akan mengkreditkan sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi itu.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai untuk turut mengamalkan 'penjarakan sosial' jika hendak memuat turun atau mendaftar di aplikasi berkenaan bagi mengurangkan ‘kesesakan trafik’ yang tinggi.
"Kalau kita boleh amalkan penjarakan, jadi tak ada kesesakan di situ. Kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.
"Jadi, kita sedang lihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat," katanya pada sidang akhbar harian mengenai perkembangan koronavirus (Covid-19) di sini hari ini.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak Covid-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam e-dompet pengguna setelah mereka memuat turun aplikasi MySejahtera. – Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bakal Ceriakan Pagi Pendengar, Khairy Jamaluddin Sah Jadi DJ Radio Hot FM

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak lama lagi bakal menceriakan hari-hari pendengar setia stesen radio popular Hot FM!
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Media Prima Audio (MPA), menerusi satu kenyataan hari ini. Pihaknya mengesahkan Khairy yang lebih disapa KJ itu akan mula bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut, mulai Rabu depan iaitu pada 15 Februari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nazri Noran berkata, peluang menawarkan KJ sebagai penyampai radio bagi memastikan pengisian dan kandungan segmen Bekpes Hot yang bermula seawal jam 6 pagi itu lebih segar dan relevan kepada pendengar, selaras dengan ‘tagline’ stesen radio Hot FM iaitu ‘Yang Hangat dan Terbaik’.
ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mana Nak Join Persatuan Basikal?” Warganet ‘Tenangkan’ Khairy Jamaluddin Susulan

Selepas itu, bekas Ahli Parlimen Rembau itu turut mengesahkan bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM, menerusi talian telefon pada segmen Bekpes Hot yang dikendalikan pelawak Johan, AG dan Datuk AC Mizal.
Menjengah di ruangan komen dalam hantaran terbaharu di Instagram rasmi stesen tersebut, rata-rata pendengar tidak sabar untuk mendengar coletoh beliau pada minggu hadapan.

“Yes, yes yes. Go KJ, bangun awal tau kami tunggu,” komen seorang pengguna.
“Yey, tak sabar nak tunggu minggu hadapan,” komen juga pengguna lain.
“Sudah lama tidak dengar radio ini. Okey minggu hadapan saya tune Hot FM semata-mata nak dengar KJ menjadi Dj,” tulis netizen lain.

Sekadar informasi, Khairy Jamaluddin atau nama penuhnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dari Ogos 2021 hingga November 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Khairy Jamaluddin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

