
“The Queen’s Gambit” menerima pujian dan pilihan penonton Netflix untuk streaming terutamanya di Malaysia.

Tampil dengan jalan cerita kanak-kanak perempuan yatim piatu genius dalam permainan catur. Latar masa tahun 60-an ke awal 70-an, The Queen’s Gambit membawa perjalanan bagaimana Beth Harmon berubah dari seorang budak sekolah berusia 13 tahun yang suram menjadi remaja perempuan yang glamor memasuki arena catur.

Siri ini tidak hanya menampilkan jalan cerita penuh kukuh, cinematografi memukau tapi membuatkan kita teringin menjadi pemain catur seperti gadis ini.
Tapi korang tahu tak, siri Netflix ini banyak memberi kesan positif kepada penontonnya kerana selepas sahaja siri ini di tayangkan, ini 4 kesan yang berlaku di seluruh dunia.
- Permintaan set catur meningkat sehingga 250 peratus di eBay.
- Carian Google mencatatkan “How To Play Chess” adalah carian paling tinggi sepanjang zaman sejak 9 tahun lalu.
- Novel The Queens Gambit sekarang menjadi jualan terlaris di New York Times selepas 37 tahun novel itu diterbitkan.
- Angka pemain baharu di chess.com meningkat sebanyak 5 kali ganda.
The Queens Gambit ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang diterbitkan 37 tahun yang lalu. Sehingga kini, siri ini telah ditonton oleh lebih 62 juta pengguna Netflix di seluruh dunia.
Tapi penulis rasa bagus juga kan, dari remaja kini asyik leka dengan gadget baik main catur ni…berjalan juga otak korang tu…
Kredit: Chess & Life Mastery
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaimana Nak Tahu Jika Kenderaan Kita Disenarai Hitam? JPJ Bakal Sita 84,974 Pesalah Jalan Raya

Berita terbaru dari Jabatan Pengangkutan Jalan bahawa seramai 84,974 pesalah jalan raya bakal disenaraihitamkan dari rekod JPJ akibat kegagalan membayar saman kesalahan dirakam melalui Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sejak 1 September tahun lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, sejak pengambilalihan sistem AWAS daripada pihak swasta pada 1 September tahun lalu, JPJ sudah mengeluarkan jumlah keseluruhan saman sebanyak 95,850 kes sehingga 31 Disember 2018.
Menurutnya, daripada keseluruhan jumlah itu, hanya 10,876 bilangan saman dibayar oleh pesalah trafik, manakala selebihnya dibawa ke mahkamah atau telah disenaraihitamkan gara-gara sudah menerima waran tangkap daripada pihak mahkamah.
“Bilangan pesalah trafik di bawah kesalahan kamera AWAS disahkan sudah disenaraihitamkan sehingga kini adalah 28,500 susulan waran tangkap dikeluarkan ke atas mereka setelah gagal hadir perbicaraan di mahkamah.
“Setiap pesalah trafik di bawah sistem kamera AWAS diberi tempoh 60 hari untuk melunaskan pembayaran saman diterima dan JPJ tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas mendakwa mereka di mahkamah termasuk menyenaraihitamkan mereka dari rekod jabatan sekiranya gagal menyelesaikannya mengikut tempoh masa diberikan,” katanya pada sidang media majlis perasmian Stesen JPJ di Hentian Rehat dan Rawat(R&R) Gunong Semanggol Arah Selatan dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Azman Ismail, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan JPJ, Datuk Ahmad Nasir Ab Gani dan Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria.
Shaharuddin berkata, sehingga kini, sebanyak 45 kamera AWAS sudah dipasang di seluruh negara dengan 17 daripadanya diletakkan di kawasan lebuhraya.
Menurutnya, kesemua kamera AWAS dipasang di kawasan lebuhraya akan merekodkan kesalahan pesalah trafik yang memandu melebihi had kelajuan 110 kilometer sejam sahaja.
“Sebelum kini, kita sudah mengalihkan tiga kamera AWAS yang merekodkan kesalahan kelajuan trafik melebihi 90 kilometer sejam.
“Bagaimanapun, sebanyak empat kamera AWAS yang menetapkan had kelajuan tidak melebihi 80 kilometer sejam dijangka akan dipasang JPJ di sepanjang laluan Terowong Menora memandangkan kawasan itu dikategorikan kerap berlaku kemalangan.
“JPJ masih dalam proses kajian dan perbincangan dengan PLUS dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) bagi menentukan kesesuaian lokasi pemasangan kamera AWAS melibatkan dua unit di arah utara dan dua lagi di arah selatan,” katanya.

Shaharuddin berkata, pemasangan empat unit kamera AWAS di laluan Terowong Menora itu dijangka akan dilaksanakan pada tahun ini.
Menurutnya, JPJ sekali lagi ingin menekankan objektif pemasangan kamera AWAS adalah bagi mendidik pengguna jalan raya agar memandu kenderaan secara berhemah di samping mengurangkan risiko kemalangan.
“Sehubungan itu, mana-mana pemandu kenderaan melakukan kesalahan dirakam melalui kamera AWAS pada atau selepas 1 September 2018 dan telah menerima notis saman namun tidak menyelesaikan kompaun ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka mereka diminta menyelesaikan segera bagi mengelakkan disenaraihitamkan dari rekod JPJ dan menerima waran tangkap.
“Oleh demikian, semua pesalah trafik dinasihatkan menyemak status saman mereka di mana-mana pejabat JPJ berhampiran atau di portal JPJ dan sekatan senarai hitam ini akan dilepaskan apabila pesalah kamera AWAS menyelesaikan kesnya secara membayar kompaun di mana-mana pejabat JPJ atau membayar denda di mahkamah,”katanya. SUMBER : SINAR HARIAN
Bagaimana nak tahu jika kenderaan kita disenarai hitamkan?
Apa yang korang perlu buat hanyalah pergi ke laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan.

Pilih SAMAN

So secara automatik bila korang pilih saman tu akan keluar semakan saman JPJ dan AES. Dekat pilihan carian tu, korang pilih la no kad pengenalan dan no kenderaan. Boleh pilih ikut kategori korang nak. Masa yang sama, jangan isi kata laluannya tu ya.

Lepas masuk kad pengenalan dan no plat kenderaan, kalau korang tak ada saman, dia akan tulis TIADA SENARAI HITAM ya. So good luck tau sebab kalau kenderaan disenarai hitam, adalah menjadi satu kesalahan memandu kenderaan tanpa cukai jalan yang sah.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Air Asia Sahut Seruan Netizen #PulangMengundi Dengan Tiket Semurah RM99

Sebagai sebuah badan korporat yang prihatin, Air Asia telah menyatakan kesedian pihak mereka membantu dan menggalakkan rakyat Malaysia pulang mengundi bagi menunaikan tangungjawab kepada negara.
Menerusi kenyataannya di laman media sosial, Tony Fernandes yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Air Asia telah mengesahkan bahawa pihaknya akan menyediakan kadar tambang istimewa dan berpatutan kepada rakyat Malaysia.
Jelasnya di Facebook, “Ia bukanlah tanggungjawab kami sepenuhnya tetapi kami akan lakukan yang terbaik. Kita akan bekukan apa jua kapasiti yang ada dan menawarkan tambang tetap murah pada 8 dan 9 haribulan kepada rakyat Malaysia yang ingin pulang mengundi.”
“Kami akan turut menggunakan pesawat AirAsia X330 dan team revenue kami akan bekerja lebih masa bagi memastikan ia berjalan dengan lancar. Ucapkan terima kasih kepada mereka,” jelasnya menerusi satu Tweet di akauan Twitter-nya.

Dan pada hari ini di laman sesawang rasmi AirAsia, pihaknya telah mengumumkan kadar tambang tetap penerbangan domestik dari 8 hingga 10 Mei 2018. Kadar tambang SEHALA bagi destinasi di Semenanjung Malaysia & di dalam kawasan Timur Malaysia ialah RM99. Manakala bagi penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak RM129 dan Semenanjung dan Sabah pula ialah RM199.



Penumpang yang ingin pulang pada tempoh tiga hari tersebut juga dinasihati supaya untuk tiba di lapangan terbang lebih awal bagi mengelakkan kesesakan dan menggunakan servis web check-in dan mobile check-in bagi melancarkan perjalanan. Kedua-dua servis ini boleh digunakan bermula 14 hari sebelum atau sehingga 1 jam sebelum masa penerbangan berlepas.
Untuk penumpang yang mendaftar masuk bagasi mereka dinasihatkan supaya tiba lebih awal kerana dikhuatiri keadaan mungkin akan sesak.
Jelas Tony Fernandes lagi, “Can’t say AirAsia does not do things #forthepeople. Happy voting. Thanks to all the huge amount of support we get. We soon about to announce 500 million people have flown on airasia.”
Kepada yang ingin mendapatkan tiket AirAsia untuk #PulangMengundi, ia boleh didapati bermula pada hari Isnin, 16 April 2018. Good job AirAsia! 🙂
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Sebab Kau, Pelakon Senior Ada Stereotaip…” Nadhir Nasar Tegur Rakan Pelakon Baru

Pelakon terkenal, Nadhir Nasar baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap dakwaan isu buli yang berlaku antara pelakon senior dan junior di set penggambaran.
Menurut pemilik nama penuh Ahmad Nadhir Ahmad Nasar (28) disebabkan kenyataan itu, ada segelintir pelakon senior mempunyai pandangan stereotaip terhadap pelakon baharu.
“Sebab kau, pelakon senior ada stereotaip terhadap pelakon baru. Hebat”
“Senang cerita, kalau kau tak ada masalah, tak ada orang nak buat masalah dekat kau. Tidak perlu semua benda perlu cerita. Lihat diri semula,” kongsinya menerusi platform X.

Hero Remaja 2020 itu sempat menitipkan pesanan ringkas mengenai cara apabila berhadapan dengan orang yang lebih berusia.
“Jalan depan orang lama tunduk. Dimarah orang lama, duduk. Menegakkan benang yang basah, itu buruk,” ujarnya menerusi perkongsian yang sama.
Sebelumnya, seorang pelakon mendedahkan gejala buli antara pelakon baru dan lama masih berlaku sehingga hari ini.

Walau bagaimanapun, ramai aktor dan aktres termasuk pengarah, Ahmad Idham dan Nabila Huda menempelak kenyataan yang dibuat pelakon muda terbabit.
Rata-rata dari mereka berpendapat pelakon itu tidak memahami cara lakonan dan menganggap dia dibuli pelakon lama.
Bercakap mengenai perkembangan Nadhir Nasar, beliau kini merupakan teraju utama drama adaptasi ‘Kelas Tahanan Cikgu Hiiragi’ arahan Michael Ang. Ia mempunyai 20 episod yang ditayangkan bermula 25 September sehingga 28 November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

