Hiburan

Kembali Menggegar Pavilion KL Sekali Lagi! Astro Hello Inilah Kita: Sehati Bersama Tampilkan ALPHA, Hael Husaini, Meerqeen, Nas-T & Ramai Lagi!

Share

Kemeriahan kembali lagi menerusi Astro Hello Inilah Kita: Sehati Bersama dan bakal mencipta gegaran di Pavilion Kuala Lumpur pada 23 dan 24 Ogos ini, tepat jam 5 petang. Apa yang lebih menarik, acara kali ini hadir lebih besar, lebih berani, dan pastinya lebih penuh warna-warni untuk sambutan Pra-Merdeka 2025.

Bukan sekadar acara hiburan, ia juga pentas seni yang menggabungkan semangat perpaduan dengan aura selebriti di mana Pavillion KL bakal jadi tumpuan anak muda dan peminat seni tanah air yang mahu raikan Hari Kebangsaan dalam gaya paling trendy!

Bayangkan suasana hangat apabila bintang popular seperti Meerqeen, Alpha, Hael Husaini, Niki Palikat, Arabella, Nas-T, Glenn Yong, Noryn Aziz, Rubini, Sara Baskin dan ramai lagi turun padang. Barisan selebriti itu bukan sahaja tampil sebagai artis, tapi juga simbol kepelbagaian budaya dan gaya anak Malaysia.

Berkonsepkan ‘open runway’, Pavilion KL yang terletak di Bukit Bintang akan bertukar jadi medan di mana fesyen bertemu patriotisme. Setiap persembahan, setiap interaksi bersama peminat, dan setiap aktiviti yang berlangsung dijanjikan sebagai pengalaman sukar dilupakan buat pengunjung.

Menurut penganjur, dengan tema ‘Sehati Bersama’, ia bukan sekadar slogan tetapi juga pernyataan gaya dan solidariti. Mereka juga yakin acara ini bakal jadi ‘highlight’ bulan kemerdekaan sekaligus semangat kepelbagaian rakyat Malaysia menjadi nadi utama acara kali ini.

Dress code? Tak lain tak bukan, kebaya, baju kebangsaan, atau apa sahaja yang menggambarkan kekuatan ‘Saya Bangga Jadi Anak Malaysia’. Inilah masanya untuk anda tampil bold, luar biasa dan penuh semangat patriotik.

Sementara itu, Astro sebagai Home of Drama sekali lagi membuktikan hiburan mampu jadi jambatan penyatu rakyat. Acara ini bukan hanya persembahan seni, tapi juga cara meraikan identiti kita sebagai bangsa Malaysia.

Jadi, jangan tunggu lagi. Pastikan anda turun pada 23 dan 24 Ogos ini, ajak kawan-kawan dan bersiap untuk Pra-Merdeka yang akan jadi bualan ramai kerana Inilah Kita, dan Sehati Bersama adalah cara paling ikonik untuk meraikannya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE