Ramai yang cakap jadi anak bongsu ni best sebab apa yang dia nak semua dapat. Bila dah biasa dimanjakan, mungkin disebabkan ini karenah mereka tu lain macam sikit (betul ke?).
Jadi, bila adik bongsu tak ada, boleh dikatakan keadaan rumah bakal jadi sunyi. Sebab apa? Merekalah yang selalu menceriakan orang sekeliling dengan karakter yang menghiburkan.
Menurut pakar psikologi yang juga penulis The Birth Order Book and The First-Born Advantage, Kevin Leman menyifatkan anak bongsu seorang yang manipulative dan memiliki jiwa sosial yang tinggi.
Lebih menarik lagi, ada 8 karakter lain yang disenaraikan dalam Huffingtonpost tentang anak bongsu ini.
1. Tahu cara hiburkan diri sendiri
Siapa cakap anak bongsu ni tak boleh berdikari dan menyendiri? Walaupun berseorangan, mereka tahu untuk mencari hiburan sendiri. Tak semua anak bongsu clingy okay?
2. Senang tidur, walaupun dalam keadaan lampu menyala
Ads
Bunyi suara di kaca televisyen atau lampu terang langsung tak menghalang untuk membuatkan si bongsi ini terlelap. Pendek kata, dekat mana pun mereka ni boleh tidur. Hehe..
3. Lebih banyak berkawan dengan orang yang lebih tua
Pergaulan anak bongsu ini tidak terbatas dan boleh berkawan dengan sesiapa saja termasuklah yang lebih tua dari mereka. Lagi pun, mereka lebih selesa dengan orang yang lebih matang kerana boleh memberi perhatian lebih kepada mereka.
4. Belajar daripada kegagalan
Ads
Sering dinasihati oleh ibu bapa serta abang atau kakak tentang kehidupan sekeliling menjadikan anak bongsu seorang yang sentiasa belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan. Mereka juga melihat apa yang berlaku pada orang lain sebagai satu pengajaran.
5. Humor
Ya, walaupun selalu menangis tapi percayalah si bongsu ni sebenarnya antara yang mudah terhibur dan suka ketawa. Mereka juga seorang ‘pak lawak’. Ada saja telatah mereka yang membuatkan orang sekeliling terhibur.
6. Selalu dapat apa yang diinginkan
Ads
Biasalah, dah nama adik kan. Nak apa saja mesti dapat. Kakak dan abang selalu kena mengalah dengan mereka ni. Ini mungkin hak istimewa yang ada pada anak bongsu. Hiks!
Kalau ada yang dia nak tak dapat, mulalah macam-macam dia buat untuk dapatkan perhatian keluarga. Merajuk kadang-kadang tu dah jadi perkara biasa.
8. Paling disayangi
Walaupun tiada bukti yang pasti mengatakan anak bongsu ni paling disayangi, tapi dengan kelebihan dan cara layanan yang diberikan boleh dikatakan mereka ini antara yang paling disayangi.
Jadi macam mana, siapa yang anak bongsu tu betuk ke tidak? Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon sensasi, Na In Woo baru-baru ini telah rasmi mendapat pengecualian dari latihan ketenteraan selepas menunggu keputusan panggilan untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Hanada Company telah memberitahu The Daily Sports bahawa pelakon ‘Marry My Husband’ berkenaan telah diberikan pengecualian untuk berkhidmat dari The Military Manpower Administration (MMA).
“Na In Woo telah diberikan pengecualian semasa menunggu panggilan untuk berkhidmat sebagai pekerja sosial. Beliau telah dikelaskan sebagai Gred 4 dalam pemeriksaan fizikal tentera dan menunggu untuk dipanggil berkhidmat”
Kredit: Rolling Stone
“Namun kerana tidak menerima panggilan dari MMA dalam tempoh tiga (3) tahun, beliau secara automatik layak mendapat pengecualian,” jelas Hanada Company menerusi kenyataan yang sama.
Dalam pada itu, menurut Akta Perkhidmatan Ketenteraan, individu yang menerima klasifikasi perkhidmatan tambahan Gred 4 dan tidak dipanggil untuk berkhidmat dalam tempoh tiga tahun akan diberikan pengecualian latihan ketenteraan.
Kredit: DAZED
Sejak tahun 2019, lebih 10,000 individu dilaporkan telah menerima pengecualian ini, dan sekitar 10,000 lagi dijangka menerima status yang sama pada tahun ini. In Woo, dikatakan termasuk dalam senarai tersebut.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan In Woo, beliau dijadualkan bakal muncul dalam drama romantik baru MBC berjudul ‘Motel California’ yang akan disiarkan pada 10 Januari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganzaadalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi senior.
Menurut Idlan, program ini memberikan peluang kepada artis-artis lama untuk kembali mendapat perhatian dan menghargai sumbangan mereka dalam industri muzik.
Sebelum ini, penyanyi terkenal Man Bai pernah menyuarakan pendapat bahawa dia tidak akan memasuki pertandingan realiti tersebut kerana beranggapan Gegar Vaganza adalah sebuah rancangan yang bertujuan untuk memalukan artis-artis yang terlibat.
Namun, pihak Astro tetap dengan pendirian mereka bahawa program tersebut adalah platform yang memberi peluang kepada artis-artis senior untuk kembali mengukir nama dalam industri muzik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selama ini, imej pelakon Hollywood, pengarah dan humanitarian, Angelina Jolie cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan rajin menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
Jelitawan berusia 46 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan misi bantuan banjir di Pakistan.
Dilaporkan lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.
Angelina mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.
Untuk info, kematian akibat banjir besar ini melepasi 1,550, termasuk beratus-ratus kanak-kanak, dan kira-kira 13,000 lagi cedera.
Foto Al Jazeera
Bantuan antarabangsa berterusan tiba di Pakistan, dengan Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi antara pembekal utama barangan bantuan.
Kedua-dua negara menghantar berpuluh-puluh penerbangan bantuan sejak Ogos ketika pihak berkuasa Pakistan bertungkus-lumus menangani bencana di wilayah Sindh, Balochistan dan Khyber Pakhtunkhwa.
Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur Unicef.
Turki dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye. Enam “Tren Ikhlas” Turki berlepas pada Selasa, manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.
Moga lebih banyak bantuan disalurkan kepada negara Pakistan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!