Kita sering kali membaca kisah-kisah kemalangan maut menimpa pengguna jalan raya ketika menggunakan lebuhraya di seluruh negara. Bukan saja melibatkan kemalangan maut namun ada yang hilang anggota badan akibat kemalangan menimpa sehingga menjejaskan masa depan mereka.
Ada sesetengah kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu sendiri. Sama ada mengantuk, gagal memotong, memotong di lane berkembar dan sebagainya. Tapi ada juga kemalangan terjadi bukan disebabkan kecuaian pemandu sebaliknya terlanggar objek di atas jalan raya seperti serpihan kayu,tayar pecah, kotak, bekas plastik dan banyak lagi.
Tahukah semua, kita sebenarnya boleh menyaman pihak pengendali jika kecuaian berlaku di lebuhraya yang mereka selenggarakan. Baca perkongsian peguam mengenai tuntutan kemalangan ini.
Bolehkah kita menyaman dan menuntut ganti rugi dari pihak highway sekiranya berlaku kemalangan?
Boleh. Dalam kes Noor Ana Bt Bakri & 3 lagi lawan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad & 1 lagi [2019] 5 LNS 19 mahkamah membenarkan tuntutan kehilangan tanggungan sebanyak RM 422,400.00 kepada anak dan isteri si mati dan tuntutan sebanyak RM 57,600.00 kepada bapa si mati.
Bagaimana caranya? Sebelum ini saya pernah menulis tentang tuntutan yang dibuat kepada lebuhraya dengan membuat laporan dan mengisi borang aduan di pejabat lebuhraya sendiri. Di ruang komen tulisan saya diceritakan tentang pengalaman masing-masing. Ada yang dapat dan ada yang tidak.
Ads
Jadi sekiranya anda telah mengambil langkah di atas tetapi masih gagal, anda boleh menyaman pihak lebuhraya bagi menuntut ganti rugi. Tidak kiralah sama ada kemalangan yang melibatkan nyawa atau tidak, anda berhak menyaman.
Saya terangkan lebih lanjut tentang kes di atas supaya anda jelas tentang undang-undang kecuaian lebuhraya ini dan sebagai panduan di masa akan datang. Dalam kes di atas Noor Ana adalah isteri kepada arwah Mohd Aisamuddin. Pada 13.10.2016 jam lebih kurang 8.00 – 8.30 malam di mana Aisamuddin melalui lebuhraya dan terlanggar bongkah kayu di atas lebuhraya di KM 175.4 Lebuhraya Utara Selatan.
.
Sewaktu di Mahkamah pegawai penyiasat menyatakan bahawa bongkah kayu tersebut berada di laluan kecemasan sebelum kemalangan dan terseret ke bahu jalan akibat perlanggaran.
Menurutnya lagi bongkah kayu tersebut digunakan oleh motor/treller untuk menahan tayar dari bergerak. Bermakna arwah telah menunggang motorsikal di laluan kecemasan.
Ads
Namun demikian mahkamah berpendapat adalah menjadi tanggungjawab lebuhraya untuk menyelia dan memastikan keselamatan pengguna-pengguna lebuhraya agar ia selamat digunakan seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 11(1) Highway Authority Malaysia (Incorporation) Act 1980. Saksi-saksi Defendan (pihak lebuhraya) mengesahkan kali terakhir membuat rondaan di tempat kejadian adalah pada jam 6.05 petang dan kejadian ini dipercayai berlaku pada jam 7.55 malam.
Mahkamah berpendapat tempoh masa 1 jam 50 minit ini adalah satu jangkamasa yang panjang untuk “membiarkan” kewujudan bongkah kayu tersebut di atas lebuhraya.
Dalam kata lain, mahkamah berpendapat ia adalah satu bentuk kecuaian dalam membiarkan bongkah kayu tersebut berada di situ sehingga menyebabkan kemalangan yang membawa kematian simati.
.
Ads
Setelah meneliti semua keterangan saksi-saksi dari kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan bahawa pihak lebuhraya telah cuai namun demikian mahkamah mendapati simati turut menyumbang cuai 30% di dalam kemalangan ini.
Ini adalah kerana mahkamah mendapati simati telah menggunakan lorong kecemasan semasa kemalangan yang mana lorong itu hanya dibenarkan untuk digunakan oleh kenderaan yang menghadapi apa-apa kecemasan sahaja.
Oleh yang demikian ahli keluarga layak menuntut 70% dari RM422,400.00 bagi anak dan isteri si mati dan 70% dari tuntutan sebanyak RM57,600.00 untuk bapa si mati.
Begitulah sedikit sebanyak tentang undang-undang kemalangan jalan raya. Malah kadar kiraan ganti rugi sehingga memperolehi jumlah RM422,400.00 dan RM57,600.00 juga adalah berdasarkan peruntukkan undang-undang atas kiraan gaji terakhir si mati, umur si mati, bukti tanggungan si mati dan bukanlah kiraan tanpa asas.
Sekian berhati-hati di jalan raya dan sentiasa berwaspada. Ingat orang yang tersayang. Saya kongsikan link di bahagian komen berkenaan post terdahulu langkah-langkah menuntut dari pejabat highway tanpa prosedur mahkamah sekiranya kemalangan akibat kecuaian lebuhraya. Oleh: Nor Zabetha
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Antara asam garam yang terpaksa dilalui oleh pengkarya dan artis di seluruh dunia ialah berdepan dengan sekelompok manusia tidak bertanggungjawab yang merompak hasil seni mereka.
Walaupun dunia muzik kini sudah beralih platform kepada digital, masalah ini masih lagi tidak selesai dan berleluasa. Saban tahun pasti ada sahaja artis yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan mereka mengaut hasil kerja haram dengan cetak rompak yang kini dilakukan dalam bentuk digital.
Inilah yang dialami oleh penyanyi muda terkenal kesayangan ramai, Zayn Malik apabila single terbarunya terpaksa dikeluarkan lebih awal daripada tarikh sebenar gara-gara ia dibocorkan dengan sengaja oleh individu tidak bertangungjawab,
Dalam satu kenyataan di Twitter yang dikongsi bersama lebih 26.8 juta follower, Zayn berkata single terbarunya yang berjudul ‘Don’t Matter’ yang turut menampilkan kolaborasinya bersama August Alsina.
Pengumuman yang dilakukan oleh Zayn secara tiba-tiba itu mendapat reaksi yang cukup luar biasa daripada peminat sehinggakan laman web Zayn Malik mengalami kesesakan trafik dan turut crash.
Ramai netizen meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat mendengar lagu tersebut selepas sejurus ia diumumkan. Tapi ia kini telah dapat diakses oleh semua orang.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi Twitter, Zayn berkata lagu tersebut sebenarnya tidak dirancang untuk dikeluarkan pada waktu sekarang namun disebabkan ia telah dibocorkan oleh seseorang maka dia harus melakukannya segera demi peminatnya.
Dan impaknya, ia telah menjadi topik trending nombor 1 di twitter!
Berikut merupakan reaksi daripada peminat Zayn Malik terhadap single terbarunya, ‘Don’t Matter’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, REMAJA menyiarkan kisah Quaden Bayles, mangsa buli berusia 9 tahun di sekolahnya. Lebih menyayat hati, rakaman video dirinya menangis dan meminta tali untuk menggantung dirinya kerana tidak tahan dibuli mendapat perhatian seluruh dunia. Quaden turut meminta seseorang mengambil nyawanya kerana dia sudah tidak tahan dibuli.
Ekoran itu, videonya dibuli mendapat perhatian dunia sehingga begitu ramai bersimpati dan meminta agar budaya buli ini dihentikan dengan segeraa. Bagi mengubat luka hatinya, satu tabung GoFundMe turut ditubuhnya oleh pelawak terkenal, Brad William yang mana jumlah kutipan sudah mencecah lebih AUD150,000. Niat mereka adalah bagi memberi kebahagiaan kepada Quayen untuk membawanya ke Disneyland dan menginap hotel di sana.
Saat Quaden menangis meminta agar nyawanya diambil akibat tidak tahan dibuli, satu dunia bersimpati terhadapnya
Dalam kisahnya mendapat perhatian dunia termasuk di kalangan selebriti ternama Hollywood, timbul satu dakwaan dibuat seorang individu bahawa ibu Quaden sebenarnya menipu orang ramai untuk tujuan duit.
Lebih memeranjatkan ada yang mendakwa usianya 18 tahun dan bukan 9 tahun. Dan jangan hairan, dia merupakan seorang pelakon dan instafamous.
18 tahun ke 9 tahun nie, tengok gaya memang bergaya betul Quaden nieAda mendakwan dirinya seorang pelakon dan instafamous
Dalam laporan Astro Awani yang disiarkan hari ini, turut menyiarkan temuramah yang dibuat pada 2015 di mana Quayen dan ibunya, Yarraka Bayles pernah muncul satu temuramah berkenaan penyakit dialaminya Studio 10 dan dicatatkan usianya ketika itu adalah 4 tahun sekaligus memberi kebenaran usianya sekarang adalah 9 tahun (rakaman video ibunya yang tular seluruh dunia membuktikan usianya 9 tahun).
Tertera hari lahirnya pada 15 Dev 2011 menandakan usianya kini adalah 9 tahun
Sejak semalam, rakaman Quaden yang menangis dipercayai akibat dibuli mendapat perhatian badan kebajikan dan selebriti seperti Chatri Sityodtong, Jillian Barberie, Brad Williams, dan Hugh Jackman.
Bukan itu sahaja, pasukan ragbi The Indigenous All Stars turut menjemput Quaden untuk mengetuai pasukan mereka dalam perlawanan National Rugby League All Stars yang berlangsung Sabtu ini.
Quaden Bayles mula mendapat perhatian umum apabila ibunya muat naik sebuah video dilaman Facebook mengenai anaknya yang dibuli.
Tujuan video tersebut dimuat naik adalah untuk meningkatkan kesedaran bahaya buli kepada masyarakat umum.
Jadi, korang rasa kita yang dah “dibuli” dengan video palsunya atau memang betul Quaden dibuli? Korang nilailah sendiri ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai di kalangan kita sukakan masakan Cina Muslim. Bahkan banyak restoran berkonsepkan makanan ini dibuka dan mudah didapati. Tidak terlalu berlemak dan berminyak, tentu ramai yang ingin mencuba menu masakan Cina Muslim.
REMAJA kongsikan resipi kuey teow goreng Chinese style untuk korang cuba buat sendiri di rumah ya. Serius memang sedap dan resipi yang dikongsikan oleh Sue ini sudah disyerkan lebih dari 8000 pengguna fb yang mengakui keenakannya.
Apa kata, malam nie bolehlah cuba masakkan, sesekali tukar menu dari nasi ke kuey teow.
Bahan-bahannya :-
(A) 1/2 kg kuey teow 3 biji telur – pukul hancur sahaja
(B) 5-7 ulas bawang putih – cincang halus Udang dan sotong jika suka minyak secukupnya untuk menumis
(C) 1/2 sudu makan sos tiram 1/2 sudu kecil kicap cair 1 sudu kecil kicap pekat manis – Sue tambah 1/2 sudu kecil kicap pekat – untuk warna sahaja 1/2 sudu kecil pitis otak udang – Sue tambah 2 sudu makan sos cili – Sue tambah
*Satukan sebati* Tauge secukupnya Daun kucai jika suka
Cara memasaknya :-
1) Tumis bahan (B), bawang dahulu sehingga kuning dan masukkan udang. Biarkan sekejap sehingga udang bertukar warna.
2) Kemudian masukan bahan (A) kuey teaw terlebih dahulu. Goreng sekejap sehingga minyak serap pada mee dan baru masukan telur. Biarkan sekejap sehingga telur kering.
3) Kemudian masukan bahan (C) dan goreng lagi sehingga sebati pada kuay teow dan akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Goreng seminit dan tutup api.
*Penggunaan api mesti sedang besar supaya kuey teaw tidak hancur*
Kredit: Sue
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!