
Ramai rakyat Malaysia sebenarnya memahami Bahasa Inggeris, tetapi masih berdepan kesukaran untuk menggunakannya dengan yakin dalam perbualan harian.
Rasa malu, takut membuat kesilapan dan ketiadaan ruang latihan yang selamat sering menjadi penghalang utama.
Melihat realiti ini, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tampil melancarkan Kelas Sekejap, sebuah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang memberi fokus kepada pembinaan keyakinan melalui percakapan, bukan sekadar hafalan atau latihan bertulis.
Kelas Sekejap merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan “Learn by Talking”, di mana pengguna belajar Bahasa Inggeris melalui perbualan sebenar. Pendekatan ini direka untuk membantu pengguna membiasakan diri bertutur tanpa rasa takut atau tertekan.
Ramai boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris, tetapi gagal menggunakannya dalam situasi sebenar. Kelas Sekejap diwujudkan untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan ruang latihan yang lebih praktikal dan realistik.
Setiap latihan dalam Kelas Sekejap dijana menggunakan teknologi AI yang diperibadikan.
Aplikasi ini turut menggunakan suara Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sendiri untuk membacakan teks pembelajaran.
Pembelajaran disesuaikan mengikut tahap, minat dan keperluan pengguna, sama ada pelajar, individu bekerja atau sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Pendekatan ini memastikan pembelajaran lebih inklusif dan fleksibel, di mana pengguna boleh bermula dari tahap masing-masing tanpa tekanan untuk ‘mengejar’ orang lain.
Menurut visi yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, penguasaan Bahasa Inggeris bukan sekadar tentang kefasihan, tetapi keyakinan untuk berani bercakap. Kesilapan dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.
Kelas Sekejap menekankan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris seharusnya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap permulaan.
Dengan misi untuk membantu rakyat Malaysia bertutur dengan lebih yakin, Kelas Sekejap membawa mesej bahawa Bahasa Inggeris ialah kemahiran praktikal yang relevan dalam kehidupan seharian, pendidikan dan kerjaya.
Buat masa ini, Kelas Sekejap ditawarkan secara percuma dan pengguna boleh memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing.
Sumber : Instagram kelas_sekejap
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.