Ramai rakyat Malaysia sebenarnya memahami Bahasa Inggeris, tetapi masih berdepan kesukaran untuk menggunakannya dengan yakin dalam perbualan harian.
Rasa malu, takut membuat kesilapan dan ketiadaan ruang latihan yang selamat sering menjadi penghalang utama.
Melihat realiti ini, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan tampil melancarkan Kelas Sekejap, sebuah aplikasi pembelajaran Bahasa Inggeris yang memberi fokus kepada pembinaan keyakinan melalui percakapan, bukan sekadar hafalan atau latihan bertulis.
Belajar Bahasa Inggeris Dengan Bertutur, Bukan Sekadar Faham
Kelas Sekejap merupakan aplikasi pertama di Malaysia yang menggunakan pendekatan “Learn by Talking”, di mana pengguna belajar Bahasa Inggeris melalui perbualan sebenar. Pendekatan ini direka untuk membantu pengguna membiasakan diri bertutur tanpa rasa takut atau tertekan.
Ramai boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris, tetapi gagal menggunakannya dalam situasi sebenar. Kelas Sekejap diwujudkan untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan ruang latihan yang lebih praktikal dan realistik.
Ads
Setiap latihan dalam Kelas Sekejap dijana menggunakan teknologi AI yang diperibadikan.
Aplikasi ini turut menggunakan suara Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan sendiri untuk membacakan teks pembelajaran.
Pembelajaran disesuaikan mengikut tahap, minat dan keperluan pengguna, sama ada pelajar, individu bekerja atau sesiapa sahaja yang ingin memperbaiki kemahiran komunikasi mereka.
Pendekatan ini memastikan pembelajaran lebih inklusif dan fleksibel, di mana pengguna boleh bermula dari tahap masing-masing tanpa tekanan untuk ‘mengejar’ orang lain.
Ads
Membina Keyakinan, Sedikit Demi Sedikit
Menurut visi yang dibawa oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, penguasaan Bahasa Inggeris bukan sekadar tentang kefasihan, tetapi keyakinan untuk berani bercakap. Kesilapan dilihat sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran, bukan sesuatu yang perlu ditakuti.
Kelas Sekejap menekankan bahawa pembelajaran Bahasa Inggeris seharusnya boleh diakses oleh semua, tanpa mengira umur, latar belakang atau tahap permulaan.
Ads
Dengan misi untuk membantu rakyat Malaysia bertutur dengan lebih yakin, Kelas Sekejap membawa mesej bahawa Bahasa Inggeris ialah kemahiran praktikal yang relevan dalam kehidupan seharian, pendidikan dan kerjaya.
Buat masa ini, Kelas Sekejap ditawarkan secara percuma dan pengguna boleh memilih tahap pembelajaran mengikut kemampuan masing-masing.
Sumber : Instagram kelas_sekejap
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan terbaru penyanyi popular Adele menarik perhatian ramai apabila penampilan fizikalnya itu dilihat sudah banyak beza berbanding dengan dirinya yang dahulu.
Khabarnya, Adele telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 45 kilogram dengan mengamalkan Sirtfood Diet dan latihan kardio sebanyak tiga kali seminggu.
Maka, tidak hairanlah jika personaliti ini kini sudah kelihatan jauh berbeza dan makin cantik sekarang.
Untuk korang yang nak menurunkan berat badan tu, Remaja nak kongsikan gambar-gambar transformasi Adele dari tahun 2018 sehinggalah sekarang, bagi menaikkan lagi semangat dan memberi inspirasi buat korang. Hiks!
Jom kita lihat antara gambar-gambar berikut.
1. 2008
2. 2008
3. 2009
4. 2009
5. 2011
6. 2011
7. 2012
8. 2013
9. 2013
10. 2016
11. 2017
12. 2017
13. 2018
14. 2019
15. 2020
Pergh, memang berbeza la!
So apa lagi guys, masih belum terlambat untuk korang menurunkan berat badan dan jadi secantik Adele. Hiks!
Good luck!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahukah korang bahawa sebelum satu dunia dan Malaysia dilanda demam gelombang hallyu, artis dan pelakon dari Jepun terlebih dahulu mencipta fenomena mereka?
Kalau tak percaya cubalah tanya abang atau kakak korang adakah mereka kenal dengan nama-nama seperti Sorimachi Takashi, Takenouchi Yutaka dan semestinya Takuya Kimura.
Takuya Kimura pernah menjadi Asian Hearththrob popular suatu ketika dahulu
Takuya Kimura yang juga menganggotai grup popular SMAP merupakan antara ikon selebriti dari Jepun yang paling dikenali di seluruh dunia. Drama-drama popularnya menjadi hit di seluruh Asia dan dia diberi gelaran ‘The King of Ratings’.
Selain itu, bukan sahaja menerusi bidang lakonan dan nyanyian nama Takuya Kimura juga sering menjadi sebutan di dalam bidang fesyen dunia. Wajahnya yang memiliki karakter androgynous sering menghiasa majalah-majalah fesyen dan dia menjadi rebutan pelbagai jenama.
Kini dia sudah berusia 45 tahun dan berumahtangga dengan Shizuka Kudo dan dikurniakan dua orang cahayamata perempuan iaitu Kokomui (17 tahun) dan Mitsuki (15 tahun).
Baru-baru ini salah seorang anaknya, Mitsuki atau dikenali dengan nama Koki telah mencuri perhatian ramai pihak. Memiliki wajah yang saling tak tumpahnya dengan ayahnya, Koki telah melakukan debut pertamanya sebagai model apabila muncul sebagai penghias muka depan majalah fesyen tersohor, Elle Japan.
Dalam tempoh tiga hari selepas membuka akauan Instagram, Koki telah mengumpul lebih 66 ribu followers. Dan sehingga kini jumlah follower-nya terus meningkat mencecah lebih 1.3 juta!
Mengapa ramai yang tertarik dan tertanya-tanya tentang Koki? Pertama kerana dia memiliki wajah yang cukup seiras dengan bapanya, Takuya Kimura. Kedua kerana dia baru sahaja berusia 15 tahun dan memiliki ketinggian 170 cm; ketinggian yang cukup sempurna buat seorang model terutamanya dari Asia.
Kemunculannya di pentas peragaan dan acara fesyen dari jenama terkenal seperti Chanel turut menarik perhatian ramai pemerhati fesyen. Koki juga telah dilantik menjadi duta kepada jenama BVLGARI, sekali gus menjadikannya sebagai duta termuda yang pernah dilantik oleh jenama fesyen terkenal itu.
Wow! Pada usia 15 tahun Koki telah ‘bergelumang’ dengan jenama-jenama high end fashion seperti Chanel dan BVLGARI. Hebat betul anak gadis Takuya Kimura ini.
Disebabkan itulah ramai yang meramalkan Koki bakal menjadi nama besar dalam bidang peragaan dan mungkin juga lakonan pada suatu hari nanti.
Gadis yang fasih dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Jepun, Inggeris dan Perancis ini kini bersekolah di The British School di Tokyo.
Koki juga cukup berbakat dalam bidang muzik dengan kemahirannya dalam alat muzik seperti flute dan piano.
REMAJA meramalkan nama Koki akan terus popular di seluruh dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas berita pembatalan segala bentuk penganjuran bazar Ramadan di seluruh negara pada minggu lalu, bukan rakyat saja mengeluh kerana merindui menu berbuka kegemaran masing-masing.
Malah ramai pengusaha makanan dan minuman turut mengeluh.
Ini berikutan sumber pendapatan mereka pada setiap tahun banyak terarah kepada peluang berniaga pada bulan Ramadan. Tak keterlaluan juga sekiranya penulis menyifatkan ada perniagaan yang ‘mengaut keuntungan’ untuk tempoh setahun hanya dalam masa sebulan ini saja.
Memahami sentimen tersebut, kerajaan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan syarikat Grab Malaysia.
Menurut Ketua Grab Malaysia iaitu Sean Goh, tanpa penganjuran bazan Ramadan, peniaga mungkin tidak dapat menghasilkan pendapatan seperti tahun-tahun sudah.
“Oleh itu, kami mahu menggalakkan mereka untuk menggunakan khidmat pembayaran cashless (tanpa tunai) serta membantu mereka mencapai jutaan pelanggan Grab melalui perkhidmatan kami seperti GrabPay, GrabFood dan GrabExpress.”
Grab ingin bekerjasama dengan lebih banyak majlis-majlis negeri untuk mendigitalkan ribuan peniaga bazar Ramadan. Selepas ini, korang akan lebih mudah mendapatkan menu kegemaran seperti Ayam Percik, Murtabak, Roti John dan sebagainya di GrabFood.
Sekiranya korang kenal mana-mana restoran dan peniaga di media social yang ingin memanfaatkan peluang bersama Grab ini, korang boleh meminta mereka menghubungi syarikat di grb.to/GrabRamadan.
Untuk pelanggan seperti kita pula, Grab sudah menyediakan diskaun sehingga 30 peratus untuk keperluan raya semasa kita shopping menggunakan GrabPay. Hanya klik pada promosi Grab ‘Raya Deals Dari Rumah’ okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin berkongsi fasa bahagia selepas bergelar isteri, kisah perkenalan dengan Esmeer Mansor serta bagaimana cinta dan kematangan mengubah hidupnya.