Iklan Kedai ‘Saka’ Buat Netizen Terhibur, Memang Boleh Relate Dengan Eco Shop Ni

Share

Sebut kedai RM2.12, pasti kita akan menyebut ECO. Harga barang yang dianggap murah bagi rakyat Malaysia dan sesuai dengan kos sara hidup yang semakin tinggi. Setiap satu barangan di kedai ini hanya berharga RM2.12 membuatkan pengunjung menggelarnya sebagai “kedai berhantu”.

Sumber Gambar : Facebook / PropertySubangJaya

Masakan tidak, jika dari rumah, niat hanya untuk membeli satu atau dua barang saja tetapi sebaik melangkah masuk, paling tidak satu bakul akan penuh sekaligus ramai yang kata “sakanya” cukup sukar dihalang, hahaha.

Baca Artikel Berkaitan : 11 Barang Korang Wajib Beli Di Kedai Eco, Memang Berbaloi Dan Berkualiti!

Terbaharu, Eco Shop telah berkongsi sebuah iklan dipanggil ‘Kedai Saka’ di Facebook dan YouTube miliknya pada 22 Februari yang lalu. Menerusi iklan tersebut, kita dapat lihat bagaimana pelanggan yang masuk ke kedai Eco Shop tidak menemui pintu keluar dan membeli barangan yang bukan dalam ‘list’ pembelian mereka.

Diilhamkan oleh kisah benar

Aksi yang akan berulang setiap hari, setelah masuk, tidak dapat jumpa pintu keluar, kedai nampak biasa sahaja, tetapi tidak. Berjaga-jaga dengan isteri anda, selepas cuba, tidak dapat dihentikan.

Rata-rata netizen yang menonton iklan ini rasa terhibur dan memang boleh relate dengan situasi mereka.  Setuju bahawa kedai ni memang ada ‘Saka’. Malah sempat berkongsi pengalaman masing-masing menjejakkan kaki ke dalam kedai ‘berhantu’ itu.

Sumber Gambar : Youtube Kedai Eco

So apa pendapat korang lepas tonton iklan kedai Eco Shop ni? Tapi memang betul pun, penulis pun selalu macam tu. Kedai je RM2.12 tapi bila bayar nak berpuluh juga. Hiks

 

IKLAN