Dibesarkan dalam ‘keluarga’ filem francais ‘Fast & Furious’ sejak usianya 1 tahun lagi, Meadow Walker Thornton-Allan lebih mengenali set penggambaran aksi tersebut berbanding mana-mana individu lain.
Maka tidak hairanlah apabila Meadow yang merupakan anak perempuan kepada mendiang bintang Fast & Furious, Paul Walker dipilih untuk melakukan kemunculan cameo dalam filem Fast X yang dijangka menemui penonton pada Khamis, minggu ini.
Bukan niatnya untuk mengejar glamor atau publisiti sebagai anak mendiang. Sebaliknya, Meadon berkata kemunculannya ini adalah untuk memperingati memori bersama ayahnya.
Menerusi hantaran di Instagram, Meadow masih ingat pernah mengekori ayahnya itu di set-set filem Fast dan melihat bagaimana beliau serta rakan-rakan pelakon lain menjayakan babak lakonan aksi kereta.
“Filem ‘Fast’ pertama dilancarkan ketika saya berusia satu tahun! Saya membesar di set menonton ayah, Vin, Jordana, Michelle, Chris dan lain-lain menerusi monitor. Terima kasih kepada ayah saya, saya dilahirkan ke dalam keluarga ‘Fast’.
Ads
“Sukar untuk percaya sekarang saya boleh berada di sini juga. Bersama-sama mereka yang pernah berada di sekeliling melihat saya membesar,” catatnya.
Meadow dilihat muncul dalam babak di atas pesawat dan mungkin sekali terlibat dalam lebih banyak babak yang akan kita tonton sebaik sahaja filem ini ditayangkan.
“Saya amat bersyukur dapat memperingati legasi ayah dan berkongsi momen ini bersamanya sehingga bila-bila,” simpul Meadow.
Ads
Untuk pengetahuan, kemunculan cameo Meadow Walker ini terjadi bersempena ulang tahun kesepuluh pemergian Paul Walker dalam satu kemalangan jalan raya pada tahun 2013. Beliau berusia 40 tahun dan Furious 7 merupakan kali terakhir beliau melakonkan watak Brian untuk francais filem tersebut.
Selain Meadow, filem Fast X turut dibintangi oleh pelakon asalnya seperti Vin Dieser, Michelle Rodriguez, Tyrese Gibson, Ludacris, Jordana Brewster dan Sung Kang.
Turut muncul bagi menguatkan filem ulang tahun ini ialah Jason Mamoa John Cena, Jason Statham, Scott Eastwood, Helen Miren, Brie Larson, Daniela Melchior, Alan Ritchson, Rita Moreno, Michael Rooker, Charlize Theron dan pelakon cilik, Leo Abelo Perry.
Ads
Terdahulu pada tahun 2021, REMAJA pernah melaporkan mengenai pertunangan Meadow Walker pada usia 22 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem seram fiksyen Underwater bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air tidak lama lagi. Dibintangi oleh Kristen Stewart, Vincent Cassel, Jessica Henwick, John Gallagher Jr, filem ini memaparkan para survivor yang cuba melarikan diri dari mahluk raksasa yang sedang memburu mereka di dasar laut.
Norah Price adalah salah seorang daripada sekumpulan penyelidik yang terperangkap jauh di dasar lautan selepas makmal bawah air mereka musnah akibat satu gempa bumi. Selain berdepan masalah kekurangan oksigen dan alatan yang rosak, mereka turut diburu oleh satu raksasa laut dalam bermisteri yang muncul akibat gempa bumi itu. Mereka perlu bekerjasama dalam mencari jalan untuk menyelamatkan diri dari terus diburu raksasa tersebut.
Pada mulanya sebelum kami menonton tayangan perdana filem ini tanpa melihat trailernya, kami menganggap mungkin ia berkaitan dengan serangan haiwan ganas di dasar laut. Namun, ternyata jangkaan kami meleset kerana cerita ini sepertinya berkisarkan tentang sekumpulan ‘alien’ yang menyerang pasukan penyelidik bawah air.
Korang bayangkan macam mana jika berhadapan dengan situasi cemas di dalam air yang sangat dalam? Yes, babak tersebut merupakan antara scene favorite kami. Penonton akan dibawa menyelusuri misi menyelamatkan diri oleh pasukan makmal bawah air yang bertugas di dasar lautan.
Selepas Kristen Stewart gagal memberi impak dalam filem Charlie’s Angels pada tahun lalu, dia sekali lagi tampil sebagai pelakon utama menerusi Underwater dengan lakonan yang boleh dikatakan berkesan.
Wataknya sebagai ‘hero’ menjadi tunjang utama apabila dia bertanggungjawab dalam memastikan rakan-rakannya yang lain turut terselamat daripada insiden itu.
Apa yang boleh kami katakan durasi selama 1 jam 35 minit bagi filem ini sudah memadai kerana ia padat dengan aksi dan jika terlalu lama takut pula nanti jadi lebih mengarut kan? Hiks!
Kalau nak tahu macam mana aksi yang digarap oleh pengarah William Eubank ini, saksikan Underwater di seluruh pawagam tanah air bermula 9 Januari 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tak kenal dengan kisah bekas ahli tentera Inggeris yang satu ketika dahulu pernah berkuasa di Sawarak ini.
Nama Sir James Brooke selalu disebut-sebut dalam halaman buku teks subjek Sejarah di sekolah menengah. Ada sebab mengapa beliau merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama dan mencipta satu dinasti pemerintahan oleh keluarga barat di negeri Sawarak.
Pada asalnya, Sarawak ialah sebuah tanah jajahan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kesultanan Brunei. Tetapi James Brooke lah yang menerima tanah dan menjadikan Sarawak seluas sekarang.
Menariknya, team produksi di Hollywood kini sedang merancang untuk melancarkan sebuah filem mengenai beliau dengan judul Rajah.
Filem tersebut dilaporkan akan menelan belanja kira-kira RM48 juta dan akan diarahkan oleh calon pengarah terbaik Anugerah Akademi, Michael Haussman serta diterbitkan oleh Rob Allyn.
Bukan itu saja, pelakon Inggeris berbakat, Jonathan Rhys Meyers (Bend It Like Beckham, Mission Impossible III) juga dikhabarkan bakal membawa watak James Brooke.
Babak Jonathan Rhys Meyers dalam filem Bend It Like Beckham.
Manakala Dominic Monaghan (Lord of the Rings) akan melakonkan watak Colonel Arthur Crookshank yang merupakan saudara kepada James dan rakan sepasukan beliau.
Selain itu, beberapa pelakon tempatan yang dijangkakan akan terlibat dalam projek ini ialah Bront Palarae, Shaheizy Sam dan Datuk Rahim Razali.
Bront Palarae.
Filem Rajah ini bakal memulakan penggambaran pada akhir September ini. Sebelum ini, terdapat beberapa filem Hollywood yang memetik kisah yang berlaku di Malaysia. Antaranya termasuklah The Sleeping Dictionary (2003) dan Anna and the King (1999).
Industri seni negara juga pernah mengeluarkan filem bersejarah seperti Ola Bola, 1957: Hati Malaya, Tanda Putera dan Hanyut (2016).
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin baru-baru ini mengesahkan sudah putus tunang dengan Eronmose Sleem sejak sebulan lalu.
Aya (27) yang juga gadis kacukan Melayu dan Afrika ini berkata, dia menganggap mereka tiada jodoh walaupun sudah merancang untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
“Saya sudah kembali single sekarang. Kami berpisah secara baik, tiada gaduh-gaduh dan sebagainya. Ia juga bukan berpunca daripada orang ketiga. Kami sudah berkawan selama 4 tahun dan bertunang pun lebih kurang 2 tahun. Kalau ikut perancangan hujung tahun ini atau awal tahun depan sepatutnya kami mahu berkahwin. Tapi nampaknya tiada rezeki”
Kredit: xtra
Menurut Aya, hubungannya dengan bekas tunang masih baik sehingga kini dan dia tidak mempunyai masalah jika perlu bekerjasama lagi
“Kami berpisah kerana tiada persefahaman dan bukan disebabkan orang ketiga. Mungkin saya banyak kekurangan dalam hubungan kami. Namun, kami masih berkawan baik dan boleh bekerjasama lagi. Malah, bekas tunang juga selalu membantu saya untuk buat content di media sosial”
Sebelum ini, Aya pernah memaklumkan bekas tunangnya adalah individu yang mendorongnya untuk aktif sebagai content creator atau pencipta kandungan sebelum ini. Eronmose juga adalah tulang belakang untuk pelakon itu mengorak langkah menjadikan dirinya dikenali ramai seperti hari ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.