Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan seorang hamba Allah ini…
Siapa tidak kenal dengan seorang figura berjiwa hamba ini, namanya semakin dikenali di seluruh negara kerana sifatnya yang tidak lokek dalam membantu orang sekeliling yang memerlukan.
Ini termasuk jugalah baru-baru ini, dia menaja sepuluh buah bas kepada orang ramai untuk pulang ke kampung masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang.
Ads
Bukan sahaja kepada orang ramai, bahkan pempengaruh dan usahawan terkenal, Hafiz Mahamad turut memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta utiliti sukan (SUV) Kia Carnival bernilai lebih RM200,00 kepada seorang pekerja yang sudah lama setia bekerja dengannya.
Ads
Hafiz memaklumkan, hadiah kereta itu diberikan kepada pekerjanya yang sudah tujuh tahun berkhidmat dengannya dan kini bertugas di bahagian pengurusan.
Bukan itu sahaja, bapa kepada dua orang cahaya mata itu turut memberikan bonus raya sebanyak sebulan gaji kepada semua staf dan belanja persiapan raya di pusat beli belah, pada hari yang sama.
Ads
Dalam pada itu, Hafiz meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya kerana sentiasa memberi sepenuh kepercayaan kepada dirinya selain menyatakan dirinya hanya menumpang rezeki yang dikurniakan kepada Aina sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
China merupakan antara negara yang banyak menyediakan tempat pelancongan unik dan antaranya adalah jambatan kaca terpanjang di dunia, Gunung Huashan yang merupakan salah satu laluan pendaki paling bahaya di dunia dan banyak lagi.
Terbaru, buaian gergasi dibina di pinggir tebing yang curam setinggi 2,300 kaki atau 700 meter kini telah pun dibuka kepada orang ramai di Chongqing, China. Dikenali sebagai ‘Raja Buaian’ ia menjadi daya tarikan baru dan mencatatkan Guinness World Records sebagai B!G rush yang terletak di Afrika Selatan dengan perbezaan 40 kaki.
Permainan ekstrim ini juga dianggarkan setinggi 328 kaki atau ketinggian sebuah bangunan 30 tingkat. Ayunan buaian ini mampu mencapai setinggi 88 meter dari atas tebing dengan kelajuan hingga 130km/j.
Khabarnya, buaian ini telah siap dibina sejak tahun lalu tetapi disebabkan wabak pandemik COVID-19, pembukaannya terpaksa ditangguhkan.
Ketua jurutera, Shi Xuebin berkata buaian tersebut telah menjalani pemeriksaan keselamatan selama empat bulan dan mampu menahan gempa berkekuatan 10 skala ritcher serta angin kencang dengan angin kencang sehingga 103 batu sejam.
Seorang lelaki ditahan semalam di Singapura kerana enggan memakai pelitup muka dan melanggar peraturan jarak selamat ketika berada didalam MRT. Walaupun telah ramai penumpang didalam MRT tersebut yang telah menegur beliau, dia masih lagi enggan memakai pelitup muka tersebut. Sebuah video yang berdurasi 2 minit tersebut telah tular di media sosial dan ianya menunjukkan lelaki tersebut yang enggan memakai pelitup muka ketika menaiki kereta api di laluan MRT Timur-Barat.
Dalam video tersebut, kedengaran seperti lelaki tersebut memberitahu seorang lagi penumpang alasan mengapa dia tidak mahu memakai pelitup muka. Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ditegur oleh para penumpang yang lain, beliau menjawab “Pakailah pelitup muka anda, tidak mengapa, saya tidak akan sekali-kali memakainya.
Seperti yang dapat dilihat dalam video tersebut, lelaki itu kemudian duduk diantara dua penumpang dan wanita yang duduk disebelah kanannya terus segera bangun dan memberitahu penumpang lain agar tidak melayan lelaki tersebut. Ketika lelaki tersebut terus menerus memberitahu tentang kajiannya mengenai pelitup muka, penumpang disebelah kirinya pula segera bangun.
Selepas seminit, seorang penumpang telah menawarkannya pelitup muka dan lelaki ini telah membuat muka jijik sambil berkata “Saya tidak akan meletakkan benda itu pada muka saya” sambil menyelitkan kata-kata kesat dan meninggalkan pelitup muka itu diatas kerusi.
Sumber: Tangkap layar video Facebook Keefe ChanSumber: Tangkap layar video Facebook Keefe Chan
Lelaki ini dilaporkan telah ditahan kerana menyebabkan gangguan awam dan melanggar peraturan jarak selamat, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF). Mereka yang didapati bersalah kerana enggan memakai pelitup muka , akan dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 (RM30,924) atau kedua-duanya sekali.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pengguna jalan raya yang mempunyai saman tertunggak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah bersetuju memberikan tawaran pengurangan pembayaran saman sehingga 70 peratus kepada semua saman JPJ yang boleh dikompaun bermula hari ini hingga 16 September depan.
Menurut JPJ, saman yang tidak boleh dikompaun adalah kes yang masih dalam sebutan pihak mahkamah termasuk yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Tawaran pengurangan pembayaran saman ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 tahun ini.
Pengurangan kompaun itu akan diberikan kepada semua notis saman yang telah dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), serta Kaedah-Kaedah dan Perintah-Perintah di bawahnya termasuklah kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.
Tawaran ini turut diberikan kepada semua saman yang masih aktif dan tempoh kompaunnya masih berkuatkuasa dengan syarat pembayaran dilakukan dalam tempoh yang dinyatakan.
So guys, bagi korang yang masih mempunyai saman tertunggak, bolehlah ambil peluang ini untuk melunaskan pembayaran dengan kadar yang lebih rendah.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.