Pelakon Riena Diana berkongsi cerita mengenai keputusan aktor Keith Foo untuk kembali ke Malaysia selepas hampir 10 tahun membina nama dalam industri hiburan Indonesia.
Menerusi perkongsian di Threads, Riena berkata dia sendiri pernah bertanya kepada Keith mengapa pelakon itu memilih untuk pulang ke tanah air sedangkan ketika itu kerjayanya di Indonesia sudah berada pada tahap yang baik.
Malah, Keith juga sudah mencipta nama menerusi pelbagai sinetron dan filem di negara jiran tersebut.
Keith Foo Mahu Keluar Dari ‘Comfort Zone’
Menurut Riena, Keith Foo memberitahu keputusan berkenaan dibuat kerana mahu keluar daripada zon selesa selain mencari pengalaman serta cabaran baharu selepas sedekad berada di Indonesia.
“I just want to come out from my comfort zone dan nak new experience pula dekat Malaysia, new challenges sebab dah 10 tahun dekat sana,” kongsi Riena mengenai jawapan Keith.
Bagaimanapun, Riena sempat berseloroh apabila Keith dikatakan mengakhiri jawapannya dengan mengatakan jika dia tidak pulang ke Malaysia, mereka mungkin tidak akan berjumpa.
“Tak balik, tak adalah jumpa Riena,” tulisnya sebelum bergurau bahawa akhirnya Keith pulang ke Malaysia dan berkahwin dengan Kim Raymond.
“Dia balik, dia kahwin dengan Kim tau! Funny-funny je guys, janganlah serious sangat,” selorohnya.
Rezeki Lakonan Terus Mencurah Di Malaysia
Dalam perkongsian susulan, Riena mendedahkan pada awalnya Keith Foo sebenarnya hanya dijadualkan pulang ke Malaysia bagi menjayakan sebuah projek.
Ads
Namun, selepas selesai projek tersebut, rezeki Keith dalam industri tempatan terus mencurah-curah apabila menerima tawaran lakonan secara berturut-turut.
Situasi itu membuatkan Keith merasakan mungkin sudah tiba masanya untuk memberikan fokus kepada kerjayanya di Malaysia.
Keputusan tersebut akhirnya membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya selepas bertahun-tahun membina kerjaya di negara jiran. Daripada hanya pulang untuk sebuah projek, peluang yang hadir satu demi satu membuatkan Malaysia menjadi lokasi untuk Keith meneruskan kerjayanya.
Keith Foo Pilih Keluarga Dan Mahu Dekat Dengan Ibu Bapa
Selain faktor kerjaya, keputusan Keith Foo untuk terus menetap di tanah air turut didorong oleh keluarga apabila memikirkan keadaan ibu bapanya yang semakin berusia.
Ads
Selepas hampir sedekad berada di Indonesia, faktor keluarga menjadi antara perkara yang dipertimbangkan pelakon itu apabila membuat keputusan mengenai hala tuju kerjayanya.
Lebih menyentuh hati, Riena berkata sehingga hari ini Keith masih menerima tawaran untuk menjalani penggambaran di Indonesia.
Ini menunjukkan peluang untuk Keith meneruskan kerjayanya di sana masih terbuka meskipun dia kini lebih aktif dalam industri hiburan Malaysia.
Namun, Keith Foo memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana tidak mahu berjauhan dengan anak perempuannya, Skylar.
Ads
“Actually up till today dia masih dapat offer untuk shoot dekat sana tapi dia refused sebab anak. Dia tak nak jauh dari Sky,” kongsi Riena.
Keputusan tersebut memperlihatkan bahawa keluarga kini menjadi antara keutamaan Keith meskipun peluang kerjaya di Indonesia masih ada sehingga hari ini.
Keith sebelum ini cukup dikenali dalam industri hiburan Indonesia dan pernah membintangi beberapa produksi sinetron serta filem sebelum kembali aktif mengembangkan kerjaya seninya di Malaysia.
Pengalamannya hampir 10 tahun di Indonesia juga menjadi sebahagian besar daripada perjalanan seninya sebelum mengambil keputusan untuk mencuba cabaran dan pengalaman baharu di tanah air.
Perkongsian Riena itu sekali gus memberi gambaran bahawa keputusan Keith Foo untuk pulang bukan disebabkan kekurangan peluang di Indonesia, sebaliknya satu pilihan peribadi untuk mencari cabaran baharu dan berada lebih dekat dengan keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert pada 28 Oktober ini di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.
Pastinya, ia adalah sebuah khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik penyanyi legenda itu yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Menurut figura terkenal tanah air itu, dia menjanjikan para peminat yang bakal hadir ke konsert tersebut akan membawa seribu satu kenangan dan tersenyum manis sepanjang persembahannya pada malam itu nanti.
“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini. ” ujar Anuar Zain.
Sementara itu, bagi pihak penganjur pula, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.
Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan Anuar Zain dalam karrier seninya.
“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat dan penggemar muzik beliau.
“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng dari JioBuddy.
Jennifer Thompson merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.
Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +6011 510 03 111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).
Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda akan berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond. Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula, mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.
Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan selalu berita diskaun harga tiket penerbangan Malaysia Airlines muncul. So apa lagi, rebutlah!
Hari ini, Grand Travels Deals Malaysia Airlines Bhd tampil menawarkan diskaun harga tiket penerbangan ke destinasi terpilih sehingga 40 peratus.
Tawaran ini juga applicable untuk pakej tambang (diskaun 50 peratus) untuk kanak-kanak, diskaun 10 peratus bagi belian awal 10 kg bagasi lebihan, pilihan tempat duduk dan tempahan hotel.
Menurut wakil mereka, tawaran yang akan bermula dari 23 hingga 29 April ini terdiri daripada tambang dua hala. Bagi kebanyakan daripada kita yang akan memilih kelas ekonomi, tambang menjadi serendah RM259 ke Phnom Penh, RM299 ke Jakarta, RM699 ke Hong Kong atau Colombo Sri Lanka dan dari serendah RM2,829 ke London.
Menariknya, tambang ini sah bagi perjalanan bermula 25 April ini sehingga 31 Mac 2019. So, korang ada masa untuk betul-betul rancang itenarari dan perjalanan di sana. Beli tiket dulu, fikir kemudian!
Bagi yang teringin nak bercuti atau pulang ke Sabah atau Sarawak pula, memang banyak diskaun yang diberikan kepada penumpang. Antaranya dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu.
Dah beli tiket penerbangan, tempahan bilik hotel di Malaysia pun disertakan dengan diskaun sehingga 50 peratus jika korang tempah menerusi Booking.com.
Patutlah 2018 dikatakan tahun terbaik untuk melancong.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pemain dram Dewa 19, Tyo Nugros meluahkan rasa kecewa apabila tidak dapat menyertai Konsert DEWA 19 ‘CintaKu TerTinggal Di Malaysia’ yang berlangsung di Stadium Unifi Arena, Bukit Jalil selepas berdepan masalah imigresen di Indonesia.
Menerusi sebuah video pesanan yang dipaparkan ketika konsert berlangsung, Tyo memaklumkan bahawa beliau tidak dibenarkan berlepas ke Kuala Lumpur meskipun sudah berada di lapangan terbang untuk perjalanan tersebut.
“Tanggal 6 Januari 2026 saya telah mahu berangkat dan berada di lapangan terbang. Bagaimanapun saya tidak dibenarkan berangkat oleh pihak imigresen atas permasalahan yang tidak saya ketahui,” katanya.
Al Ghazali yang tampil menggantikan posisi Tyo sebagai Drummer pada malam Konsert DEWA 19 ‘CintaKu TerTinggal Di Malaysia’
Menurutnya, sehingga kini beliau masih berusaha mendapatkan penjelasan berhubung isu yang menyebabkan perjalanannya ke Malaysia tergendala. Situasi itu sekaligus memaksanya melupakan hasrat untuk beraksi bersama rakan-rakan seperjuangan di hadapan ribuan peminat.
Ketiadaan Tyo nyata mengecewakan sebahagian peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di Kuala Lumpur. Malah, pemuzik berusia 56 tahun itu juga pernah mencuri perhatian ramai peminat wanita ketika kunjungan kumpulan berkenaan ke Malaysia pada tahun 2022 dan 2023.
Walaupun kehilangan salah seorang anggota penting, konsert berkenaan tetap diteruskan mengikut jadual dengan posisi dram digalas oleh Al Ghazali, anak kepada pengasas Dewa 19, Ahmad Dhani. Persembahan turut dimeriahkan oleh tiga vokalis terkenal iaitu Ari Lasso, Ello dan Virzha yang berjaya menghiburkan hampir 10,000 penonton.
Sepanjang hampir dua jam persembahan, Dewa 19 membawakan 25 lagu popular termasuk ‘Dewi’, ‘Separuh Nafas’, ‘Kangen’, ‘Pupus’ dan ‘Pangeran Cinta’. Lebih istimewa, konsert tersebut turut menyaksikan kemunculan Padi Reborn sebagai artis jemputan, sekaligus menjadikan gabungan dua kumpulan legenda Indonesia itu sebagai hadiah istimewa buat peminat muzik Nusantara di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!