Penerima Anugerah Pelajaran Diraja oleh Majlis Raja-raja Malaysia bagi Kategori Bukan Bumiputera, Wong Yong Jie mengakui cabaran hidupnya bermula seawal usia lapan tahun, apabila dia kehilangan bapa akibat kemalangan jalan raya.
Peristiwa itu mengubah hidupnya dan menyaksikan ibu tercintanya, Ooi Siew Lee yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar membesarkan dua orang anak sendirian.
Biarpun tidak bermula sebagai pelajar cemerlang, semangat juang graduan berusia 23 tahun ini semakin kuat selepas ibunya sering berpesan bahawa ilmu adalah kunci untuk mengubah nasib hidup.
Sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM), dia berusaha keras untuk mencapai kejayaan demi keluarga tercinta.
Ads
“Selepas kematian bapa pada 2009, ibu mengambil tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan berniaga barangan perkakasan untuk menyara kehidupan serta pendidikan saya dan abang.
“Ketika di Tingkatan Satu, saya pernah diejek rakan-rakan kerana tiada bapa, dan itulah titik tolak untuk saya tidak menoleh ke belakang,” katanya.
Tambah Yong Jie lagi, dia berjanji untuk bekerja keras demi masa depan yang lebih baik buat keluarganya. Kini, usaha kerasnya membuahkan hasil apabila dia berjaya menggenggam ijazah dan terpilih sebagai salah seorang graduan cemerlang di majlis konvokesyen USM.
“Saya bersyukur kerana dapat membuktikan kejayaan ini bukan hanya untuk diri saya.
Ads
“Tetapi juga sebagai hadiah buat ibu yang telah berkorban demi memastikan saya mendapat pendidikan terbaik. Beliau adalah tulang belakang saya,” ujarnya lagi.
Bercita-cita untuk terus menimba ilmu, Yong Jie merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang yang sama melalui laluan pantas ke peringkat Doktor Falsafah, dan berharap suatu hari nanti dapat berbakti sebagai pensyarah di USM.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Bernama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Angka 177 nyata ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang menonton siarang langsung acara pembukaan Sukan Olimpik ke-32 pada malam ini.
Angka tersebut mewakili giliran delagasi atlet dan pegawai dari Malaysia untuk berarak masuk ke dalam Stadium Olimpik Tokyo.
Dalam suasana acara yang lebih ringkas berbanding edisi Olimpik terdahulu yang menjadikan acara pembukaan sebagai momen utama penganjuran mereka, semua yang terlibat pada malam ini berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan menjaga penjarakan sosial serta memakai pelitup muka sepanjang masa.
Bercakap mengenai perarakan masuk delegasi Malaysia, mereka nyata telah membuat kejutan kepada semua orang dengan pemilihan persalinan serba segak dan cantik.
Selalunya pada kejohanan sukan sebesar Sukan Olimpik, Malaysia seringkali memilih persalinan berwarna jingga-hitam bagi mewakili semangat harimau Malaya.
Bagaimanapun pada malam ini, skuad Malaysia yang diketuai pembawa Jalur Gemilang, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying telah menyarungkan persalinan yang diilhamkan daripada Laksamana Hang Tuah.
Ia juga mewakili keempat-empat warna pada Jalur Gemilang. Bagi atlet lelaki, masing-masing segak dengan sampin, bengkong dan tanjak. Manakala bagi wanita, mereka melengkapi saudara lelaki mereka dengan baju kurung putih berkain sarong corak serta kot labuh berwarna merah. Turut menghiasi persalinan mereka ialah aksesori dokoh berwarna emas dan pelitup muka khas dengan paten sama serta bendera Malaysia kecil.
We saw you Dhabitah Sabri! Hehe..
Menariknya, persalinan pada malam ini telah direka serta disiapkan khas oleh Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.
Perubahan stail persalinan skuad Malaysia kali ini telah menerima respon yang amat positif dalam kalangan warganet yang menonton siaran langsung sebentar tadi.
Untuk pengetahuan, lebih 200 negara telah berarak masuk ke dalam stadium. Akan tetapi, tidak semua atlet dan pegawai boleh mewakili negara mereka. Jumlah tersebut terpaksa dikecilkan sebagai langkah berjaga-jaga mengelakkan jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan semua pihak yang terlibat.
Usahawan terkenal, Kak KM meluahkan rasa bangga dan seronok apabila hadir menyaksikan konvokesyen anak sulungnya, Nabila Razman, yang kini bergelar graduan di peringkat diploma, Universiti Malaya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kak KM memuji Nabila sebagai anak yang bijak dan menyifatkan pencapaian anak gadisnya itu sebagai kebanggaan dirinya.
“Tahniah anak mama yang bijak pandai, Nabila. Kebanggaan mama,” tulis anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian sama, dapat dilihat Kak KM turut berkongsi momen istimewa ketika Nabila menerima skrol di atas pentas, serta video di hadapan dewan, di mana memeluk dan mengangkat Nabila dengan penuh kegembiraan.
Reaksi positif turut diterima daripada pengikut Kak KM yang turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan Nabila.
Ramai yang tidak menyangka gadis itu sudah berjaya menamatkan pengajian, memandangkan mereka merasakan baru sahaja Nabila dihantar oleh ibunya untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Kak KM Sayang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat kata ganti nama singkat atau singkatan iaitu, “kau” (singkatan daripada engkau), “ku” (singkatan daripada aku), “mu” (singkatan daripada kamu) dan “nya”.
Kata ganti nama singkat “kau” dan “ku” sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya. Contoh:
1. “Kaudengar lirik lagu ini, sungguh sedih.”
2. “Kulihat seluruh kaki pengemis itu sudah berkudis dan bernanah.”
3. “Kini baru kusedari betapa ikhlasnya cintamu terhadapku.”
.
Kata ganti singkat “ku”, “mu” dan “nya” sebagai akhiran ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Contoh:
1. Cantik sungguh keretamu itu.
2. Sudah lama keretanya dihantar ke bengkel.
3. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti tentang kesedihanku ini.
4. Aku pasti menjemputmu nanti.
5. Kasihku, mengertilah tentang perasaanku ini.
Kata ganti nama singkat bagi merujuk Tuhan menggunakan huruf besar pada huruf pertama dan ditulis dengan menggunakan tanda sempang “-“. Contoh:
1. Sesungguhnya, ampunkanlah hamba-Mu ini.
2. Mereka memohon hidayah-Nya.
Kata ganti nama singkat ini sering digunakan dalam penulisan cerpen dan novel. Justeru, sambil membaca dan bersantai pasti kita mendapat sedikit info berkaitan dengan kata ganti nama singkat ini.
Penyiaran artikel ini merupakan hasil kerjasama Majalah Remaja dan Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Faridah Mohamad Saad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!