Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D. McFeeters ketika berbahasa kebangsaan.
Brian D. McFeeters. FOTO: Indonesia Expat
Video yang dimuat naik oleh akaun rasmi kedutaan AS di Facebook semalam telah menarik perhatian ramai setelah mendapati penguasaan bahasa Melayu Brian amat bagus. Biarpun sedikit baku, beliau berjaya bertutur sepenuhnya dalam bahasa Melayu sepanjang video berdurasi 2.04 itu.
Sebahagian respon warganet turut merasakan penguasan bahasa beliau lebih baik daripada sesetengah rakyat kelahiran Malaysia yang seakan melupakan kepentingan bahasa kebangsaan kita dalam pertuturan harian. Lebih menghairankan apabila ada sesetengah daripada kita yang ‘malu’ menggunakan bahasa kebangsaan biarpun hakikatnya fasih.
Brian sewaktu menyerahkan watikah perlantikan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada bulan Mac lalu di Istana Negara. FOTO : BERNAMA
Sebelum Brian mula berkhidmat sebagai Duta Besar di Kuala Lumpur pada Mac 2021, beliau terlebih dahulu pernah dihantar bertugas sebagai seorang diplomat di beberapa buah negara lain seperti di Jakarta, Indonesia; di Baghdad, Iraq dan di Seoul, Korea Selatan.
Maka, tidak hairanlah apabila beliau dilaporkan fasih berbahasa Melayu, Indonesia, Perancis, Sepanyol dan Jerman.
Ads
Jika korang masih ingat sebelum ini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong juga dikagumi ramai apabila beliau fasih berbahasa Melayu demi memastikan penyampaiannya mengenai COVID-19 difahami oleh semua penduduk Singapura termasuklah mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris, Mandarin atau Kantonis.
Berbalik kepada inti pati yang diperkatakan oleh Brian menerusi video yang dimuat naik semalam, ia adalah berkenaan bantuan AS kepada Malaysia yang sedang memerangi wabak COVID-19.
Beliau mengumumkan bantuan tambahan COVID-19 oleh Kedutaan AS kepada Malaysia. Antara yang disumbangkan termasuklah PPE seperti pelitup muka dan sanitizer kepada barisan frontliners Malaysia.
Ads
Beliau turut mengumumkan negara Uncle Sam itu bekerjasama dengan COVAX bagi menyumbangkan 80 juta dos vaksin tambahan bagi program vaksin COVID-19 dunia.
Tujuh juta daripada dos itu akan disumbangkan kepada beberapa negara di benua Asia melalui COVAX. Ini termasuklah Malaysia, India, Nepal, Bangladesh, Indonesia, Thailand dan beberapa lagi negara lain. COVAX sekaligus membantu menyelesaikan masalah kelambatan negara Asia untuk memulakan program vaksinasi terhadap penduduk mereka.
Untuk pengetahuan, COVAX merupakan perkongsian bersama di antara Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pakatan Vaksin Global (GAVI) dan Gabungan Bagi Inobasi Persediaan Epidemik (CEPI).
Walaupun ia digelar sebagai ‘sumbangan’, namun COVAX bukanlah menyumbang terus kepada penerima seperti yang disangka. Ia bermaksud negara-negara terpilih ini telah menjamin akses dos vaksin daripada Amerika Syarikat yang merupakan di antara pembekal serta pengedar vaksin terbesar dunia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia yang ke-10, beliau terus menjadi perhatian warganet dalam mentadbir dan menguruskan negara.
Jika kita diperhatikan di media sosial, ada sahaja perkara yang membuatkan rata-rata warganet cuba untuk menahan diri mereka untuk mengagumi sikap merendah diri pemimpin tersebut untuk mengelakkan dilabel sebagai ‘pentaksub’.
Terbaharu, nama baik PM 10 itu telah ‘berkumandang’ menerusi rancangan ‘game show’ terkenal antarabangsa, Who Wants to Be a Millionaire di India, apabila soalan yang diajukan kepada peserta adalah berkaitan dengan beliau.
Menerusi sedutan video rancangan tersebut, dapat dilihat peserta ditanya negara manakah yang memilih Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pada tahun 2022 dan peserta berjaya menjawab soalan tersebut dengan tepat.
Susulan itu, klip video tersebut telah mencuri perhatian warganet. Menerusi ciapan di Twitter, ada segelintir yang berasa kagum dan ada juga yang mengatakan ia perkara biasa untuk ditanya kerana berkaitan pengetahuan AM.
“Hebat DSAI. Bukan setakat pemimpin dan ulama’ dunia, marhaen biasa luar negara pun kenal dia,” ciap seorang pengguna.
“Soalan tanya siapa Perdana Menteri Malaysia sahaja pun. Normal lah pengetahuan umum orang tanya siapa perdana menteri sesebuah negara itu,” ciap seorang lagi pengguna.
Selain itu, Ada juga netizen tertanya-tanya kenapa sudah tiada rancangan itu di Malaysia.
“Kenapa rancangan ni dah takde kat Malaysia eh?” ciap seorang netizen.
Sekadar informasi, rancangan yang pernah terkenal satu ketika dahulu di Malaysia, mula diperkenalkan di Amerika Syarikat. Malah, terdapat negara lain turut perkenalkan rancangan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sekali imbas posternya mungkin ramai beranggapan bahawa Killing Gunther merupakan sebuah filem aksi. Sebenarnya, kamu tak salah kerana masih ada elemen aksi turut diselitkan di dalam filem arahan Taram Killam, pelakon komedi yang mucul dari program SNL. Ini merupakan filem pertama arahan Taran Killam, jadi tidak hairanlah sedikit sebanyak filem ini ada kekurangannya.
Jika dilihat di atas kertas, Killing Gunther menjanjikan sebuah kolektif pelakon-pelakon hebat yang terdiri daripada Cobie Smulders, Bobby Moynihan, Hannah Simone, Allison Tolman dan Arnold Schwarzenegger yang memegang watak Gunther. Gabungan hebat ini jika difikirkan mampu menlahirkan sebuah filem komedi yang baik.
Arnold Schwarzenegger memegang watak sebagai pembunuh upahan nombor satu di dunia
Premis Killing Gunther cukup ringkas; Blake seorang pembunuh upahan bersama krewnya ingin mencari dan menghapuskan Gunther yang dipercayai menjadi pembunuh upahan terhebat di dunia. Untuk membuktikan dirinya lebih hebat, Blake harus menyempurnakan misi ini. Dan sepanjang misi ini dijalankan, Blake telah mengupah juru video untuk merakamkan setiap detik misi mereka.
Dan di sinilah kita sebagai penonton melihat rakaman yang dilakukan oleh juru video tersebut. Ia seakan menonton program realiti televisyen yang penuh dengan aksi letupan dan komedi daripada setiap karakter. Jika kamu pernah menonton filem What We Do in the Shadows, itulah corak arahan yang ingin dicapai oleh Taran Killam.
Namun, sayangnya ia tampil dengan banyak kelemahan. Salah satu daripadanya ialah fokus karakter utama yang agak tidak berapa jelas. Karakter-karakter lain juga tidak dikembangkan dengan begitu baik. Kemunculan Arnold Schwarzenegger tidaklah terlalu lama di dalam filem ini. Mingkin ia hanya sebagai gimik.
Walau bagaimanapun, Killing Gunther masih ada elemen komedi yang boleh kita hargai. Walaupun tidak menawarkan plot yang menarik namun kemunculan pelakon-pelakon hebat mungkin mampu mengubati kekecewaan itu.
Killing Gunther kini mula ditayangkan di seluruh negara bermula 2 November 2017.
Rating – 2.5/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang banyak menampilkan bintang-bintang ternama dalam sukan bola sepak telah melancarkan jersi terbaru mereka bagi menghadapi persaingan Liga Super 2020.
Apabila menyebut mengenai JDT, sudah pasti peminat setia pasukan kelab ini tidak akan melepaskan peluang mendapatkan jersi baru pasukan yang dibawakan oleh Nike ini.
Nampak memang cun malah siap ada majlis perlancaran besar-besaran lagi ketika memperkenalkan jersi terbaru ini.
Namun di sebalik perlancaran video jersi berkenaan, ia telah mendapat kutukan dari netizen yang beranggapan perempuan terlalu murah sehingga mudah “dibeli” dengan hanya melihat lambang jersi berkenaan.
Dapat dilihat dalam video berkenaan, wanita hanya diletak sebagai objek seksual semata-mata sehingga hilang maruah diri.
Hilang adat ketimuran, kesopanan dan langsung tidak melambangkan adat dan budaya orang Malaysia yan penuh dengan rasa malu terutama kalangan anak gadis.
Dalam video berkenaan dapat dilihat bintang back JDT, model berkenaan mahu keluar dari kelab malam berkenaan namun sebahagian bintang JDT dan didahului oleh pemain pertahanan, Carbin Ong yang kemudian dilihat bangun dan menayangkan jersi JDT di sebalik jaket dipakainya.
Akhir kata dari hendak balik tak jadi balik sebab teruja dengan jersi. Korang rasa?
Ini merupakan antara komen yang dilemparkan netizen berkaitan video tersebut.