Apabila terdengar berita kematian, perkara pertama yang terlintas selain memberitahu kepada ahli keluarga terdekat, kita biasanya akan menghubungi pengurus jenazah kawasan bagi urusan gali kubur selain mandi dan kafankan.
Bagi yang pernah merasai kehilangan pasti tahu bagaimana perasaan ini. Islam juga menggalakkan pengebumian segera agar tidak menyeksa jenazah. Namun meski beragama Islam, ada juga yang masih jahil termasuk berkira tentang kos pengurusan jenazah sehingga sanggup mengebumikan jenazah selepas setahun disimpan.
Inilah pengalaman dikongsikan oleh pengurus jenazah, Mohamad Manderes Abdul Rahman, 42 tahun yang sudah 26 tahun terlibat dalam pengurusan jenazah di kawasan Batu Caves, Selangor.
Ustaz Mohamad berpengalaman 26 tahun dalam pengurusan jenazah di kawasan Batu Caves, Selangor
Berkongsi pengalaman sepanjang 26 tahun lalu, kata Mohamad atau mesra disapa Ustaz Mohamad, dia teringat pernah memandikan satu jenazah yang sudah setahun di simpan di rumah mayat sebuah hospital di sini.
“Mayat ini sudah setahun disimpan dalam peti sejuk hospital. Warisnya ada tapi tak mahu keluarkan duit bayar pengurusan jenazah termasuk harga kain kapan. Disebabkan sudah setahun disimpan, satu hari saya dipanggil untuk uruskan jenazah lelaki muslim ini.
Sekalipun disimpan dalam peti sejuk hospital tapi bagi satu tempoh agak lama, perut akan pecah dengan sendiri. Ulatnya berwarna hitam dan berbulu. Bukan macam ulat sampah yang dihurung lalat
Kata Ustaz Mohamad, dia sentiasa bersangka baik pada semua jenazah diuruskannya tapi jenazah lelaki ini benar-benar memberinya satu pengalaman lain.
Ads
“Disebabkan sudah setahun disimpan, walau dalam peti sejuk tapi mayatnya sudah mereput. Di perutnya penuh ulat mayat. Bukan macam ulat sampah warna putih tu tapi warna hitam dan berbulu-bulu. Paling senang nak imagine macam ulat bulu tu. Penuh hitam badannya.
“Ulat sampah datang dari lalat dan sebab itu warnanya putih. Tapi ulat mayat nie berbeza betul. Hitam warnanya. Datang dari haba perut kita selepas meninggal. Walau pun luar sejuk tapi haba badan panas. Paling senang nak tengok keadaan sama seperti ikan kembung pecah perut.
“Tugas saya adalah mengaut dan membuang keseluruhan ulat bulu ini. Penuh juga dan selepas itu saya mandikan. Fizikal jenazah dah tak macam orang baru meninggal, terlalu uzur. Sana sini dan mereput dan tertanggal.
“Lepas mandikan semua, saat dah kapan baru nampak kepalanya tergolek dalam troli. Disebabkan itu, saya mandikan kemudian. Memandangkan dah banyak reput, kita biasanya tak cantumkan pun, cuma letak di sisi mayat dan bila tanam begitu juga, letak di sisi,” katanya ketika ditemui.
Ads
Kata Ustaz Mohamad, dia tidak pasti punca kematian lelaki tersebut namun apa yang mengejutkan dirinya, semasa di tanah perkuburan, datang waris jenazah ini dan mengaku itu saudaranya.
“Mereka tak uruskan jenazah sebab berkira nak keluarkan duit pengurusan jenazah. Beristigfar saya, ada juga orang Islam yang jahil begini tapi saya sentiasa mahu bersangka baik dan meneruskan tugas sehingga selesai,”katanya berkata, individu yang menyeksa jenazah dengan tidak mahu mengebumikan dengan kadar segera atas alasan tiada duit adalah berdosa besar hukumnya.
Bagi Ustaz Mohamad, apa yang dikongsinya ini adalah sebagai pengajaran semata-mata dan dijadikan iktibar kerana menurutnya pengurusan jenazah bagi orang islam itu amat mudah sebenarnya tapi karenah ahli keluargalah penyebab kepada beberapa kesulitan timbul sehingga jadi kes di atas.
Perlukah mayat mangsa hancur seperti dilanggar keretapi dimandikan? Tonton video ini!
Ads
Dalam pada itu, jelas Ustaz Mohamad, apabila jenazah orang Islam itu meninggal dalam keadaan mayatnya hancur dan sebahagian anggota badan hilang, biasanya bagi kes-kes kematian akibat dilanggar komuter atau keretapi, jenazahnya tidak wajib dimandikan sama seperti jenazah yang sempurna.
“Kita perlu tayammum sahaja. Menggunakan debu dari tanah dan sapukan sekali di tubuhnya sebelum dikapankan. Tayammum ini dilakukan bagi mengelakkan anggota tubuh terus hancur jika terkena air.
“Bila selesai, kapankan terus dan kemudian disolatkan. Biasanya bagi kes-kes begini, pihak hospital tak akan menjahit anggota badan apatah lagi jika kebanyakan anggota badan itu sukar ditemui di lokasi kemalangan.
“Kta biasa uruskan saja jenazahnya mengikut apa diberikan. Tapi solatnya macam biasa. Jika kemudian selepas ditanam, kita terjumpa sebahagian anggotanya dan kalau selepas dna mengesahkan itu memang mayat individu itu, wajib kita basuh dan solatkan anggota tubuh berkenaan. Tak perlu gali semula kubur individu tapi cukuplah dengan menanamnya di tanah perkuburan,’katanya memaklumkan kos pengurusan jenazah termasuk mandi, kain kapan, solat jenazah, upahnya adalah sebanyak RM450 sahaja.
“Urusan ke kubur menggunakan van jenazah itu lain. Biasanya RM10 di hospital kerajaan jika dalam daerah tapi dikiran RM2 bagi satu kilometer bagi luar daerah,”katanya ketika ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nak makan tapi malas? Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.
Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.
Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try sendiri.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)
Cara membuat:
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing
2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula
3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji
4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap
5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin
6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu
11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas
12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah atau tidak korang mengalami situasi di mana terpaksa untuk menolak sesi interview kerana terlalu banyak menerima email tawaran bekerja dalam satu masa?
Kalau ikutkan hati memanglah rasa happy bila banyak panggilan interview yang diterima, tapi dah tentu korang tak dapat nak pergi semua tempat.
Seandainya korang berada di situasi seperti ini, janganlah hanya dibiarkan sahaja email tawaran yang tak dapat diterima itu. Manalah tahu di masa akan datang korang nak apply kerja lagi, sekiranya korang hanya berdiam diri dan tidak hadir, besar kemungkinan nama korang akan di blacklist.
Jadi, apa yang korang boleh buat?
Ikuti perkongsian yang telah dibuat oleh Asyraf Khalib ini tentang cara macam mana nak menjawab email panggilan interview yang terpaksa ditolak.
1. Greeting pekerja tersebut dengan menggunakan nama atau position mereka yang tertulis pada email (tengok bahagian signature)
2. Pujilah sikit cakap korang terharu sebab mereka dah habiskan masa untuk check resume korang dan siap balas email jemput datang interview
3. Jangan terus cakap ‘No’ atau ‘Saya tak berminat’. Beritahu dulu dengan cara paling baik yang korang nak tarik balik permohonan tempoh hari.
Tambah sikit ayat menunjukkan korang kecewa terpaksa tolak tawaran meraka. Nampak sikit la korang jaga hati mereka. Hiks!
4. Kalau ada alasan munasabah, tulis alasan tersebut. Kalau tak ada, lebih baik tak perlu. Contohnya cakap sekarang kau dah terima kerja di syarikat lain yang offer lebih awal. Jangan bagi alasan gila seperti korang dah tak berminat nak kerja di situ.
5. Ucap terima kasih sekali lagi dan beritahu yang korang berharap sangat perkara macam ni tak berlaku lagi. Sekurang-kurangnya mereka faham yang korang tak main-main dan bukan jenis suka mohon kerja banyak-banyak dalam satu masa.
6. Akhir sekali, letak signature menandakan korang serius dan bukanlah orang lain yang reply email tu sebab nak sabotaj. Haha!
7. Sebaiknya, balas email guna bahasa yang digunakan oleh pihak mereka. Kalau bahasa Inggeris, maka reply la dalam bahasa tersebut juga.
Kesimpulannya, tak semestinya dengan company yang kita bekerja saja perlu menjaga adab sebab mereka yang bayar gaji. Tetapi, kan lebih elok kalau berbuat baik juga kepada semua orang agar mereka selesa berurusan dengan kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon sensasi, Ruhainies tampil dengan sebuah perkongsian nota pendek di entri Instagram miliknya, secara tidak langsung telah mencuri perhatian netizen.
Pelakon drama hit Cukup Derita Itu memuat naik di Instagram Notes dengan coretan ‘the truth will prevail’.
Jika diterjemahkan, nota tersebut membawa maksud; ‘kebenaran pasti akan menang’.
Selain itu, adik kepada pelakon Risteena Munim itu turut menggunakan lagu berjudul Stolen yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, Jay Sean sebagai muzik latar.
Bagaimanapun, maksud sebenar yang ingin disampaikan dan kepada pihak mana yang ingin ditujukan tidak diketahui.
Pada 9 Mac lalu, Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan Wilayah (Jawi) di sebuah kondominium mewah di ibu negara.
Rentetan kejadian tersebut, isteri kepada Aliff yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengambil keputusan memfailkan cerai terhadap suaminya secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac, namun aktor itu enggan menceraikannya.
Tidak terhenti di situ, polemik antara mereka bertambah rumit apabila tiba-tiba muncul seorang wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine yang mengaku kekasih Aliff dan mendakwa sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.