Kedah Dilanda Musim Bunga Tekoma, Cantik Sangat Nak OOTD

Share

Yeay, ‘musim bunga’ kembali melanda Kedah pada tahun ini apabila netizen di sana sudah mula memuat naik gambar mereka di bawah pohon Tekoma.

FB: Muhd Ruzi.

 

Digelar sebagai Sakura Kedah, fenomena pokok Tekoma berbunga lebat ini hanya berlaku sekitar bulan Mac apabila keadaan cuaca panas dan hujan sedikit pada waktu petang berlaku.

Serta-merta, landskap bandar raya Alor Setar dan kawasan di sekitarnya berubah wajah apabila pokok Tekoma mula mengeluarkan bunga berwarna merah jambu dan putih sejak hujung minggu lepas.

FB: Muhammad Jarmi.

 

Di media sosial pula, bukan saja penduduk di sana yang teruja untuk mengambil gambar bersama persekitaran cantik itu.

Malah ada juga remaja yang sanggup datang dari Kangar, Perak malah dari Kuala Lumpur semata-mata untuk melihat sendiri pemandangan tersebut dan muat naik gambar OOTD.

FB: Shahrun Dayak.

 

FB: Joe Farin

 

Menurut Ketua Bahagian Landskap dan Rekreasi Bandaraya Alor Setar (MBAS), fenomena ini berlaku setahun sekali, iaitu bermula daripada bulan Mac sehingga ke awal April. Ini kerana bunga Tekoma tidak mampu bertahan lama dan berkembang penuh bergantung kepada suhu panas musim kemarau. Selepas hari lebih kerap hujan, ia akan luruh sama.

FB: Pejabat Perpaduan Daerah Yan.

 

“Dua tahun lalu, suhu di Kedah mencecah 38 darjah Celcius, sehinggakan pokok ini hanya dipenuhi dengan bunga semata-mata! Tiada daun langsung yang kelihatan.”

Daripada apa yang penulis lihat, pokok Tekoma bukan saja tumbuh dan mekar merata di Kedah. Malah di Batu Pahat juga, pokok Tekoma ditanam di tepi jalan dan kini sedang berbunga lebat.

IKLAN