Kecoh di negara seberang apabila warganya menerima bantuan makanan tertulis Nasi Anjing. Kejadian ini berlaku di Tanjung Priok, Jakarta Utara yang mana wargaya terperanjat apabila bungkusan nasi diterima tertera perkataan nasi anjing beserta logo kepala anjing tertera di atasnya. Malah tertulis juga ‘nasi anjing, nasi orang kecil, bersahabat dengan nasi kucing’.
Hal ini mendapat perhatian ramai di mana Ketua Pesuruhjaya Perhubungan Polis Metro Jaya, Yusri Yunus memaklumkan agihan makana itu dilakukan di sekitar Masjid Babah Alun, Warakas, Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam.
“Akibatnya penerima bantuan marah dan kecewa kerana menerima makanan tersebut,”katanya kepada Detik News.
Jelasnya penduduk rasa dipermainkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan memberi bungkusan makanan dipercayai isinya adalah daging anjing. Mereka juga mempersoalkan tujuan individu memberi makanan itu kepada Muslim.
“Polis telah melakukan siasatan kepada tiga orang saksi dan menyita bahan bukti untuk mengetahui siapa pengirim makanan tersebut dan melakukan pemeriksaan makmal jenis daging apa yang di dalamnya.
Ads
Inilah nasi anjing. Lauknya adalah sotong, ikan bilis dan sosej dagingMengambil semangat anjing yang setia dan potion lebih besar dari nasi kucing, sedekah ini diberi nama nasi anjing oleh pemiliknya
Ermmm rupanya nasi anjing tu di dalamnya sotong, sosej daging dan ikan bilis, hikz!
Di sebalik kes yang tular hingga warga Indonesia menjadi kecoh, rupanya nasi anjing diberikan sempena sahur Ramadan ini isinya berupa sotong (disebut cumi ), sosej daging dan ikan bilis (dipanggil teri oleh warga Indonesia). Hahaha. Memang bikin suspen saja.
Ads
Menurut Yusri lagi, selepas isu itu kecoh, tampil individu menjelaskan situasi sebenar dan meminta maaf di atas salah faham yang terjadi. Menurut mereka, sedekah itu diberikan oleh sebuah komuniti ARK Qahal di Jakarta Barat dan individu yang mahu bersedekah di bulan Ramadan ini untuk penduduk yang terjejas akibat COVID-19.
“Namun salah faham timbul antara pemberi makanan dan penerima. Namun pihak kami sudah meminta agar nama Nasi Anjing itu ditukar agar tidak timbul salah faham kepada masyarakat,” katanya lagi.
Berdasarkan pengakuan pengirim bungkusan nasi, pemakaian istilah anjing merujuk kepada sifat setia dan mampu bertahan dalam kehidupan yang dimiliki oleh haiwan tersebut (merujuk kepada sifat anjing).
Ads
“Istilah yang diguna pakai yang digunakan dengan nama anjing itu kerana kami menganggap anjing haiwan yang setia dan nasi anjing kerana dibungkus lebih besar berbanding nasi kucing dan diperuntukkakn untuk orang kecil untuk bertahan dalam kehidupan.
Malah makanan itu halal sepenuhnya dan isinya adalah sotong, sosej daging dan ikan bilis, bukan berisi daging anjing seperti penduduk salah faham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sehingga semalam pada jam 12 tengahari, sebanyak 115 kes baru positif COVID-19 dilaporkan.
Ini menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,034 kes. Oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1011 kes. Mereka telah diasing dan diberikan rawatan. Sementara itu 9889 kes telah pulih sepenuhnya.
Memandangkan kes jangkitan dari Sabah semakin menular sama ada melalui pelancongan mahu pun pilihanraya di negeri tersebut yang baru saja berlalu, ia sebanyak mengundang gusar di hati orang ramai mengenai kebolehjangkitan dari individu yang sebelum ini bebas dari dikuarantin (bagaimana pun mulai Sabtu lalu yang balik dari Sabah disaring dan diwajibkan kuarantin 14 hari).
Di sebabkan itu telah tular di grup whatsapp beberapa lokasi dikenal pasti sebagai positif COVID-19 dan rakyat diminta mengelak lokasi dinyatakan.
Bagaimana pun, hal ini telah dinafikan oleh pihak KKM dan memaklumkan maklumat yang tersebar yang tersebar di media sosial ini adalah tidak tepat sama sekali.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kebiasaannya bagi lokasi-lokasi yang telah dilawati kes positif, pihak mereka akan melakukan proses disinfeksi dan nyahkuman.
Selepas proses ini, ia selamat untuk dikunjungi dengan mematuhi SOP. Maklumat tidak tepat sebegini boleh menjejaskan pihak lain. Elak stigma. Dapatkan maklumat betul.
Hah, dengar tu, jangan sesekali tular berita tidak tepat ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini tular di media sosial apabila kelalaian seorang pekerja am sekolah menyebabkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik. Tindakan ini menimbulkan salah faham beberapa pihak yang menganggap perbuatan itu seperti menghina negara.
Sekolah Jenis Kebangsaan Pui Ying di Klang telah menghias sekolah mereka dengan bendera tetapi akibat kecuaian seorang pekerja, dia memasang bendera dalam keadaan terbalik.
Hal ini juga berlaku di sekolah jenis kebangsaan di Kluang, Johor apabila seorang kerana tersilap menaikkan bendera dan ia tidak disedari.
Rentetan daripada situasi ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menjelaskan tiada lagi amaran atau kompromi terhadap mana-mana pihak yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik selepas ini.
Ini adalah amaran terhadap mereka yang masih tidak tahu menghormati bendera negara sendiri. Menurutnya lagi, isu pasang bendera Malaysia terbalik ini sudah banyak kali dibuat dan negara kita sudah 63 tahun merdeka, jadi perkara seumpama ini tidak sepatutnya berlaku.
“Selepas ini saya tidak lagi akan memberi amaran. Jika ada lagi kes ini saya akan arahkan pegawai penyiasat untuk buka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Tiada lagi permohonan maaf akan diberikan selepas ini,” jelas Datuk Ayob Khan.
Jelasnya lagi, kesalahan tersebut adalah kali terakhir dan selepas ini tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana pihak individu yang melakukan perbuatan seperti itu.
Seharusnya perkara ini tidak berlaku sekiranya masyarakat memandang serius dan sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu perkara itu. Mungkin masih ramai yang menganggap perkara ini remeh, namun ia memberi impak dan pandangan yang buruk terhadap negara.
Jika sebelum ini baju Dato’ Sri Ismail Sabri mendapat perhatian netizen setiap kali beliau tampil membuat liputan perkembangan terkini tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini Pak Long negara kita sekali mendapat perhatian apabila ‘background’ video perutusan darinya menjadi buah mulut netizen.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Dato’ Sri Ismail Sabri sedang menjalankan kuarantin kendiri dirumahnya selama 14 hari selepas berkunjung ke Sabah baru-baru ini. Disebabkan itu, beliau terpaksa melakukan sidang media di rumah.
Namun, sebaliknya apa yang terjadi apabila netizen memerhati koleksi beberapa barang yang tersusun di rak belakang yang menjadi pilihan ‘background’ Dato’ Sri.
Kalau korang biasa menonton penjual bundle yang sering melakukan sesi ‘live’ di Facebook, sudah tentu korang tahu bagaimana reaksi pembeli yang ingin membida barangan yang dijual.
Begitu juga di ruangan komen Ismail Sabri yang dipenuhi dengan komen seloroh netizen yang ingin ‘locked’ barangan yang ada dibelakang beliau. Hiks!
Situasi ini berjaya dirakam oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Saiful Rodzali. Haih, netizen ni tak pernah tak lucu kan? Hehe!