Pada usia ketika kanak-kanak lain masih sibuk bermain, Sayf Mikael sudah berani melangkah ke hadapan memperkenalkan bakatnya dalam dunia peragaan dan lakonan. Baru berusia enam tahun, keberaniannya berdiri di hadapan kamera membuktikan bakat semula jadi yang dimilikinya bukan biasa-biasa.

Tidak hairanlah Sayf Mikael atau nama sebenarnya Muhamad Sayf Mikael sering menjadi pilihan klien dan penerbit. Walaupun masih kanak-kanak, pembawaannya yang matang serta bersahaja menjadikan setiap watak yang dibawanya kelihatan hidup dan meyakinkan.

Kecil-Kecil Cili Padi & Tampil Matang Depan Kamera, Sayf Mikael Kini Jadi Rebutan Penerbit

Terbaharu, bakat cilik ini muncul dalam drama bersiri Sumpah Ibuku dan Boleh Saya Bantu? yang disiarkan di TV3. Sebelum itu, Sayf Mikael terlebih dahulu diberi kepercayaan menerusi telemovie Mencari Tuhan Di Sebalik Dosa di bawah beberapa syarikat produksi.

Menurut ibunya, Anizatul Shima Mat Zin, 32, Sayf Mikael merupakan anak tunggal hasil perkahwinannya bersama suami, Lukman Hakim Halim, 33. Menariknya, mereka bukan datang daripada keluarga seni, namun minat dan bakat itu jelas terpancar dalam diri anak kecil ini sejak awal.

“Sebagai ibu, saya nampak kelebihan anak yang jenis cepat belajar malah sudah boleh membaca ketika umurnya dua tahun.

Kecil-Kecil Cili Padi & Tampil Matang Depan Kamera, Sayf Mikael Kini Jadi Rebutan Penerbit

Ads

“Kami bukan daripada keluarga seni tapi rezeki anak saya apabila ditawarkan berlakon iklan oleh satu syarikat perbankan pada Ramadan lalu.

“Sejak itu, dia dapat tawaran berlakon drama pula dan nampak kesungguhan anak saya kerana dia boleh hafal skrip dalam tempoh sehari saja. Bakatnya pun nampak semula jadi kerana bagi situasi saja, dia boleh berlakon tanpa perlu pegang kertas (skrip),” katanya.

Selain keupayaan menghafal dialog dengan pantas, Sayf Mikael turut menunjukkan kebolehan luar biasa dalam menghayati watak, termasuk babak yang menuntut emosi mendalam meskipun bergandingan dengan pelakon dewasa.

Kecil-Kecil Cili Padi & Tampil Matang Depan Kamera, Sayf Mikael Kini Jadi Rebutan Penerbit

“Saya tak tahu macam mana dia buat tapi Sayf Mikael memang mudah menangis.

Ads

“Apa boleh saya katakan, menangis macam petik jari saja baginya dan itu yang saya kagum,” katanya.

Walaupun anaknya semakin mendapat tempat dalam industri seni, Anizatul Shima dan suami tetap berpegang pada prinsip agar pelajaran sentiasa menjadi keutamaan dan tidak hanyut dibuai populariti.

Kecil-Kecil Cili Padi & Tampil Matang Depan Kamera, Sayf Mikael Kini Jadi Rebutan Penerbit
“Baru-baru ini, anak saya menerima tawaran berlakon drama makro bertajuk
Seikat Kasih terbitan syarikat Thousand of Years Media (TOYM). Drama itu sudah memulakan penggambaran dan akan ditayangkan Aidilfitri kelak.

Ads

“Walaupun seronok berlakon, saya dan suami selalu pesan kepada Sayf Mikael pentingnya pelajaran untuk masa depannya dan sampai masa, dia memang kena fokus belajar,” katanya.

Kecil-Kecil Cili Padi & Tampil Matang Depan Kamera, Sayf Mikael Kini Jadi Rebutan Penerbit

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Metro Online

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads