Kecantikan itu adalah perihal yang amat subjektif. Yang cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam dan sebaliknya.
Hantaran tular oleh Majalah Remaja berkaitan solekan 16 orang finalis pencarian Dewi Remaja 2022 pada minggu lalu di media sosial bertukar tular dalam tempoh seminggu dek banjiran komen warganet yang rata-rata menabur persepsi negatif terhadap foto yang dimaksudkan.
Lantas, ia hangat diperkatakan di ruangan portal serta media sosial sehinggakan beberapa personaliti terpanggil untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal ‘face shaming’ ini termasuklah penyanyi rap serta usahawan, Caprice.
Menerusi hantaran video terbaru di akaun Instagram, Caprice menjelaskan mengapa perihal kecantikan tidak wajar diukur dari rupa luaran sahaja; apatah lagi dihukumi menerusi satu hantaran kompilasi foto di media sosial.
Ads
“Malaysia, kecantikan bukan dari segi rupa sahaja. Ia boleh diukur dari segi cara mereka bawa diri, cara mereka fikir. Cara mereka bekerja (dan) perangai. Semua ini boleh buat seseorang lebih cantik.
“Kena ingat, kecantikan dari rupa sahaja mana boleh bawa sampai tua tetapi akal, cara kita fikir (dan) cara kita bawa diri dan perangai semua boleh dibawa sampai kita mati. InsyaAllah,” ujarnya.
Tambah Caprice lagi secara sinis, warganet yang galak menabur komen-komen negatif sedemikian ibarat tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.
“Kepada makcik-makcik yang kecam mereka semua, face shaming. Saya nak tanya sikit, saya bagi korang gosok gigi. Ada cermin ke tak?
“Kepada pakcik-pakcik yang kecam mereka semua, saya faham kenapa korang stres.
Ads
“Sebabnya hari-hari selepas korang balik kerja, korang kena jumpa bukan Jennifer Lopez tapi Jennifer Londeh. Saya faham korang stres. Sebab itu korang luahkan peraaan benci atau marah,” selorohnya.
As the saying goes, beauty is definitely in the eyes of the beholder.
Namun, kecantikan sejati yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau dibuat ‘wayang’ adalah kecantikan jiwa dalaman serta akal fikiran.
Ads
Selain Caprice, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2019 Shatirah Amanda turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu kecantikan menjadi bahan kecaman ini.
Sehingga kini, hantaran oleh Majalah Remaja itu telah menerima lebih 2500 komen dan lebih 2100 ‘share’ di Facebook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sejak beberapa hari ini, jumlah kes positif Covid-19 yang dilaporkan dilihat semakin berkurangan. Namun masih lagi ada segelintir masyarakat yang masih melanggar dan ingkar dengan PKP.
Ramai dalam kalangan kita yang akan berkunjung ke bank atau mesin ATM di musim PKP ni untuk membuat pengeluaran wang berbelanja. Untuk info korang, waktu operasi mesin ATM di seluruh negara kini disingkatkan lagi dari ham 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
Pengumuman waktu operasi baharu ini diumumkan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri hari ini. Langkah pengurangan waktu operasi ini diambil kerana semakin ramai yang menggunakan alasan untuk mengeluarkan wang pada waktu malam untuk mengingkari larangan sepanjang tempoh PKP.
Sebelum ini waktu operasi ATM telahpun dihadkan dari jam dari 7 pagi sehingga 10 malam. Selepas lebih empat minggu berkuatkuasa, rakyat Malaysia kini semakin santai dalam memastikan pembatasan sosial sentiasa dipatuhi dengan minggu lalu lebih 1000 kompaun baharu dikeluarkan kerana kesalahan keluar dari rumah semasa PKP.
Duduk di rumah jela korang dan janganlah kesana kesini memandangkan wabak Covid-19 masih lagi berbahaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penemuan jasad pelancong, Nora Anne Quoirin sememangnya amat memilukan apatah lagi ramai yang berharap agar remaja berusia 15 tahun itu selamat kembali ke pangkuan keluarga.
Di saat ini, masih terlalu banyak spekulasi oleh orang ramai malah ramai juga ingin mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi pada Nora sebelum ditemui.
Pun begitu, lelaki yang dikenali sebagai Ikhwan berkongsi di laman Twitternya mengenai satu lagi kes yang hampir sama dengan kes Nora melibatkan kematian pelancong asing di negara ini satu ketika dahulu.
Bagaimanapun, mangsa dalam kes tersebut iaitu Stephanie Foray, 30 tahun yang melancong seorang diri ditemui 3 bulan kemudian dan suspek pula telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tahun 2016 lalu.
Apa-apapun, masih terlalu awal untuk kita menilai apa yang terjadi pada Nora, namun yang pasti sama-sama kita berdoa semoga kebenaran mengenai remaja tersebut dapat diketahui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin jarang-jarang berlaku kejadian seperti ini. Yang banyak kita baca kebanyakan perompak jenis tak berhati perut. Malah ada sampai libatkan bunuh jika niat mereka terhalang. Tapi dalam satu kejadian yang tular ini di Pakistan ini nampaknya perompak masih berhati perut. Bila melihat mangsanya seorang penghantar makanan menangis lepas kena rompak, perompaknya pulangkan balik hasil rompakan dan sempat memeluk mangsa.
Dilaporkan oleh World Of Buzz, kisah perompak yang tak tahan melihat air mata ini berlaku di Karachi, Pakistan. Dalam video dirakam CCTV ini kelihatan dua orang lelaki bermotosikal telah merompak seorang penghantar makanan Food Panda yang dilihat sedang berdiri di pinggir jalan semasa insiden ini terjadi.
Ketika penghantar makanan itu mahu menaiki motosikalnya, kelihatan dua lelaki bertopeng menghadang jalannya dan kemudian terus merompak rider berkenaan. Tidak pasti apa dibicarakan, mungkin mengakui itulah saja wangnya, penghantar makanan itu terus menangis dan dia dilihat menyeka air matanya. Tidak sampai hati, perompak itu kemudian memberi semula hasil rompakannya dan dilihat memeluk mangsa (mungkin tanda meminta maaf) kerana melakukan perbuatan tersebut.
Dan ternyata, video rakaman CCTV ini menjadi viral apabila berita ini dimuat turun berita Pakistan. Video ini turut ditonton di twitter dengan 11,000 tanda suka dan 4000 komen.
Ramai netizen mempercayai perbuatan perompak itu terpaksa dilakukan kesan dari pendemik COVID-19 yang banyak melumpuhkan ekonomi dunia dan ramai orang hilang pekerjaan.
Menurut laporan Daily Times awal Jun ini, Kementerian Kewangan Pakistan telah mengakibatkan 3 juta orang hilang pekerjaan. Bahkan kadar kemiskinan di negara tersebut mencapai 33.5 peratus. Tiga juga penggangguran akibat COVID-19 itu di mana satu juta dari mereka bekerja dalam industri dan selebihnya sektor perkhidmatan.
Melucukan netizen turut membuat kesimpulan sesame mereka bahawa mangsa korban dan perompak adalah mangsa dari pandemic COVID-19.
“Kadang hal-hal kecil boleh membuat perbezaan besar. Rasa kemanusiaan boleh menyelamatkan kita.
“Walau ia satu tindakan kecil tapi perkara kecil beginilah boleh membuat kita menangis. Ia memberitahu kita bahawa yang buruk bukan selalunya jahat, mungkin terpaksa,”kata netizen.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!