Semua kenal siapakah gerangan pemilik nama Rita Rudaini ini.
Sejak beliau menyertai pencarian Dewi Remaja pada tahun 1997 bersama-sama selebriti lain seperti juaranya, Juliana Banos dan Wardina Safiyah, Rita Rudaini tidak lagi menoleh ke belakang dan terus berkembang menjadi salah seorang pelakon wanita paling konsisten dalam dunia lakonan tempatan.
Rita bukan saja berjaya di kaca televisyen menerusi drama-drama popular seperti Simbiosis, Rafflesia, Iris dan baru-baru ini sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaru Awesome TV iaitu Shah Alam 40K. Rita juga pernah menjadi pilihan utama bagi dunia filem tempatan dengan kemunculan dalam filem Balistik, Mami Jarum dan Cinta.
Tidak hairanlah beliau mampu bertahan sehingga ke hari ini. Selain daripada bakat dan rupa paras jelita, Rita diakui merupakan seorang yang tahu membawa diri, berdisplin dan profesional.
Ads
Siapa sangka Rita Rudiani, Datin Seri Umie Aida dan Anna Jobling yang digandingkan menerusi drama Shah Alam 40K berasal dari pencarian Dewi Remaja edisi berbeza? Sumber Foto: Instagram @ritarud727.
Jadi apabila timbul kenyataan daripada Rita yang mendapati beberapa pendatang baru dilihatnya tidak bertegur sapa dan mungkin sekali kelihatan sombong semasa hadir ke set untuk bekerja, Rita enggan berselindung. Sebaliknya, beliau memberikan sedikit nasihat buat mereka semasa temuramah bersama. rakan media di Gempak.
Ads
“Terus terang saya katakan, kebanyakan (pelakon baru) ang saya lihat sangat berlagak, tidak bertegur sapa pun dengan orang lain. Sebagai pelakon baru, kenalah ramah dan perkenalkan diri kepada orang lain.
“Pada masa yang sama, kena banyak bertanya supaya dapat fahami watak. Ia akan memudahkan proses lakonan bukan saja untuk diri mereka tetapi juga memudaphkan urusan produksi.
“Mungkin ada yang beranggapan apabila pelakon lama tegur sebegini, mungkin sebab kami dengki. Tidak sama sekali, ia hanya satu nasihat buat mereka,” jelas Rita.
Ads
Haa, agaknya siapa pelakon baru yang dimaksudkan oleh Rita itu?
Jangan lupa gaiss, pada zaman 90-an dahulu lebih mencabar tau untuk menjadi seorang pelakon profesional. Ya, Rita merupakan seorang finalis Dewi Remaja dan itu sedikit sebanyak memberikan kelebihan buatnya untuk meraih sedikit perhatian daripada produksi pada waktu itu
Namun jangan dilupa, tiada sebarang media sosial yang boleh menularkan seorang selebriti baru pada waktu itu. Semuanya bergantung kepaada bakat, karisma dan seperti yang Rita tekankan, attitude di set penggambaran.
Jadi kepada pelakon-pelakon baru di luar sana, dengar cakap kak Rita ini okay kalau korang ingin bertahan selama dirinya dalam industri ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini finalis Dewi Remaja 2022 menerima kecaman di media sosial Majalah Remaja apabila sebahagian warga maya mempersoalkan kecantikan para finalis. Terkini, mereka sekali lagi dijadikan bahan kecaman netizen.
Menerusi video dikongsikan oleh Sinar Harian di laman Twitter, peserta-peserta Dewi Remaja kelihatan ‘terkejut’ apabila ditanya mengenai soalan asas politik. Semasa ditemu bual, wartawan bertanyakan soalan mengenai tiga parti pembangkang dan tiga parti pentadbir kerajaan.
Video berdurasi 1.03 saat itu jelas menunjukkan Noor Alyssa Ahmad Azmi atau mudah dikenali sebagai Alyssa menjawab tiga parti pembangkang adalah PAS, MUDA dan Barisan Nasional sebelum menukar jawapan kepada Pakatan Harapan setelah bertanya kepada rakan sebelahnya.
Alyssa di acara Fashion Dayout Dewi Remaja 2022 X Kinohimitsu
Peserta Dewi Remaja lain, Keeran Kaur menjawab tiga parti kerajaan adalah Perikatan Nasional, BERSATU dan PAS sebelum diakhiri dengan tepukan oleh rakan seperjuangannya.
Sistem Politik Yang Bertukar-Tukar
Seperti biasa, rata-rata netizen dalam warganet tidak lepas peluang untuk meluahkan pendapat masing-masing. Ada yang tidak puas hati setelah melihat kelakuan semasa mereka memberikan jawapan. Malah tidak kurang juga mempertahankan Dewi Remaja 2022.
Menurut warganet yang mempertahankan Dewi Remaja, sistem politik di Malaysia sejak lima tahun kebelakangan ini sistem kerajaan di Malaysia telah mengalami pertukaran sebanyak tiga kali untuk mentadbir sesebuah negara. Jadi ia agak mengelirukan.
Foto Via Twitter Sinar DailyFoto Via Twitter Sinar DailyFoto Via Twitter Sinar Daily
Mungkin kita pun akan ‘terkejut’ apabila disoal tentang perkembangan semasa politik di Malaysia, kerana ‘pemegang’ sesuatu jawatan atau peralihan kuasa politik sering bertukar-tukar.
Kalau korang masih keliru, kami kongsikan infografik parti pembangkang dan parti pentadbir kerajaan.
Foto Via Twitter
Untuk pengetahuan korang, hanya tinggal 11 orang finalis yang berjuang bagi menempah slot ke pentas finale Dewi Remaja 2022. Pada minggu ini, mereka berdiri di pentas teater bagi menjayakan dua buah persembahan secara langsung di hadapan para penonton termasuklah pelajar-pelajar, ahli keluarga & rakan-rakan sendiri!
Jangan lupa tonton episod separuh akhir Dewi Remaja 2022 pada 27 Ogos 2022, jam 9 malam di Astro Ria & aplikasi Astro Go.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi individu Noor Neelofa Mohd Nor bukanlah mudah seperti yang dilihat oleh masyarakat. Kejayaannya hari ini dilalui penuh dengan cabaran dan liku-liku sebelum sampai ke tahap di mana personaliti ini berada sekarang.
Bermula dengan hanya seorang peniaga kasut selepas Neelofa menjuarai Pencarian Dewi Remaja 2009/10, wanita ini terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan membintangi drama serta filem, selain turut bergelar pengacara TV dan model.
Setapak lagi ke hadapan, Neelofa terus menempa kejayaan dan bergelar seorang usahawan berjaya melalui jenama tudungnya, Naelofar Hijab.
Nama Neelofa juga kini sudah ke peringkat antarabangsa apabila dia sering menghadiri pertunjukan fesyen yang menghulurkan jemputan kepadanya.
Sebagai seorang selebriti berhijab, Lofa turut berbangga kerana dia menjadi di antara wakil pertama individu berhijab di pentas fesyen dunia.
Pernah ditolak oleh jenama fesyen terkenal dunia
Berkongsi pengalamannya ketika mula-mula berhijab dahulu, Lofa mengakui bahawa dia pernah ditolak oleh sebuah jenama fesyen terkenal dunia yang bertapak di Malaysia ketika ingin membuat pinjaman pakaian daripada mereka.
“Masa mula-mula saya nak loan baju dari[ada sebuah jenama fesyen mewah dunia, saya pernah kena reject kerana mereka mengatakan bahawa jenama tersebut tidak sesuai dipakai oleh individu yang berhijab.”
Oh no they did not!
“Ketika itu saya agak terkejut kerana alasan yang diberikan oleh pihak mereka.
“Adakah mereka ingat orang yang berhijab itu tidak pandai bergaya? Orang kampung? Jadi dari situ saya rasa tercabar dan ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu duduk serta berdiri sebaris dengan orang lain di peringkat antarabangsa.
“Mula-mula saya menggayakan turban jika menghadiri event luar negara tetapi Alhamdulillah, pada September lalu saya berjaya menggayakan hijab sepenuhnya ketika menghadiri fashion show antarabangsa. Saya bangga kerana dapat membawa imej berhijab di mata dunia.
“Ini baru langkah permulaan untuk saya kerana ada banyak lagi yang saya nak capai dalam kerjaya ini,” jelas Neelofa yang berkongsi pengalamannya bersama Top 7 Finalis Dewi Remaja di Ate Cetera, Sri Hartamas.
Walaupun sibuk dengan kerjayanya, Neelofa sempat meluangkan masa bersama juniornya bagi memberi semangat dan kata-kata nasihat kepada mereka yang bakal memasuki dunia hiburan nanti.
Apa-apa pun, terima kasih kami ucapkan kepada Neelofa dan semoga anda lebih berjaya di masa akan datang dan terus menjadi inspirasi buat anak muda yang ingin berjaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.
“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.