Kawan-Kawan Finalis Bongkar Ramalan! Siapa Paling Layak Jadi Juara Hero Remaja?

Share

 

Setelah hampir 8 bulan mengenali diri masing-masing menerusi musim kesepuluh pencarian Hero Remaja 2020, akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.

Malam ini, seorang daripada 5 orang finalis akan dinobatkan selaku juara Hero Remaja 2020 sekaligus membawa legasi yang dipegang oleh juara terdahulu seperti Kamal Adli, Fattah Amin dan Alif Muhaimin.

Kami mengerti bukan mudah untuk 7 orang finalis memilih siapakah juara di hati mereka. Iyalah, dah lama berkenalan dan kelima-limanya sudah umpama kawan rapat sendiri.

Jom kita lihat siapakah ramalan bagi setiap seorang.

 

Jazmy Juma, 22

“Saya rasakan Nadhir ada peluang cerah untuk menang malam ini kalau nak ikutkan bagaimana prestasi dia sepanjang musim ini. Tetapi Umar bagi saya adalah seseorang yang fresh dan baru sangat dalam industri. Itu mungkin faktor yang penonton dan juri akan sukai.”

 

Hariz Hamdan, 18

“Susah sebenarnya kerana semua 5 orang dah sampai ke tahap ini. Mereka dah lakukan all out. Tapi latar belakang Umar daripada pasukan debat akan membantu untuk segmen Q&A nanti. Hariz pun rasakan faktor Umar yang bermula dari 0 is a life changing story sebagai seorang juara.

“Bukan hanya populariti saja yang dipentingkan tetapi juga cara pemikiran. Finalis yang akan berikan saingan sengit kepada Umar ialah Jabir kerana dia sudah mempunyai foundation Youth Care yang kuat untuk dijadikan sebagai inspirasi remaja di luar sana.”

 

Azri Khair, 24

“Walaupun low profile, Umar menyerlah apabila kita melihat kepada potensinya. Saya tak sabar untuk menunggu jawapan Q&A dari Umar. Tentunya saingan sengit pada pandangan saya adalah Nadhir kerana dia telah perform secara berterusan sejak awal lagi.”

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Pilih Hero Remaja Ikut IQ Atau Rupa?

 

Aniq Suhair, 20

“Dua orang yang akan bersaing sengit bagi saya ialah Nadhir dan Umar. Semuanya bergantung kepada bagaimana mereka perform pada malam ini. Kedua-duanya ada kelebihan berfikir.

“Skil seni seperti lakonan, pengacaraan dan sebagainya boleh diasah. Tetapi kebijaksanaan itu adalah pemberian dan bergantung kepada kerja keras. Mereka yang mempunyai fikiran yang bagus dan menjaga attitude boleh pergi jauh.”

 

Imran Aqil, 21

“Nadhir mempunyai visi yang jelas dari dulu sampai sekarang untuk memasuki industri seni. Latar belakang Nadhir dalam bidang broadcasting juga membantunya untuk mengetahui langkah seterusnya sekiranya dia menjadi juara pada malam ini. Untuk saya, he has the credibility and ability as a champion.

“Saingan terdekatnya datang dari Jabir Meftah. Walaupun saya lihat Jabir tidak ‘seriuh’ awal-awal musim dulu, maybe he is saving the best for this last stage. Dia ialah finalis yang bijak membahagikan masa dengan baik untuk pelajaran, kerjaya dan kerja-kerja amal.”

 

Thomson Goh, 23

“Nadhir dan Umar tampil presentable bagi saya. Mereka bercakap dengan jelas dan aware dengan apa yang dicakapkan oleh mereka. Saya dapat lihat itu secara jelas sepanjang promosi finale Hero Remaja 2020 di TV dan radio.

“Jabir pula bagi saya adalah finalis terbaik untuk masa ini jika juri mencari seorang yang boleh inspire dan aspire remaja di luar sana. Dia bagus juga dalam berkomunikasi. Yes sometimes he can overdo things but that can be fixed with experience.

 

Azim Yusof, 23

“Saya harus memilih Nadhir, bukan kerana dia kawan saya tetapi dia adalah pelapis industri yang berbakat, bijak bawa diri dan mempunyai skil menjaga branding dirinya sendiri. Dengan attitude yang memudahkan orang sekeliling dan pengalaman yang banyak, Nadhir adalah juara ramalan saya.

“Umar boleh lakukan kejutan kerana dia bukan finalis biasa-biasa. Ilmu datang dari pengalaman, dan Umar mempunyai pakej itu untuk pergi jauh.

*

Haa, korang setuju tak dengan ramalan 7 orang finalis Hero Remaja 2020 ini??

IKLAN