Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Bertempat di Nguyen Du Stadium dekat Ho Chi Minh City; Rashmita, 24 mengenepikan saingan terdekatnya dari Australia, Alana Deutsher-Moore yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara manakala wakil Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga pula bergelar pemenang tempat ketiga.
Rashmita Rasindran (tengah) bersama naib juara dari Australia, Alana Deutsher-Moore (kiri) dan pemenang tempat ketiga dari Vietnam, Nguyen Thi Quynh Nga (kanan).
Sebaik sahaja terpilih sebagai 20 peserta terbaik, Rashmita tampak selesa beraksi dalam pusingan pakaian mandi dan gaun malam sebelum terpilih untuk menjadi sebahagian daripada 6 peserta terbaik.
Di pusingan soal jawab, Rashmita berjaya menyakinkan para juri profesional yang turut dianggotai oleh naib juara Miss Universe 2023, Antonnia Porxild dari Thailand dengan jawapannya.
Ia sekaligus melayakkan Rashmita untuk diangkat sebagai Miss Charm 2024 dalam kalangan 36 orang peserta yang bertanding.
Ads
Ulangi Kegemilangan Kavita Sidhu
Untuk rekod, kejayaan wakil Malaysia memenangi gelaran Miss Charm ini mengambil masa 34 tahun untuk direalisasikan.
Sebelum Rashmita, terdahulu pelakon dan model terkenal negara, Kavita Sidhu pernah mencipta sejarah sebagai Miss Charm International 1990 sebelum gelaran tersebut dijenamakan semula menjadi Miss Charm.
Miss Charm 2024, Rashmita Rasindran.Miss Charm International 1990, Kavita Sidhu.
Bertempat di Leningrad (kini dikenali sebagai St Petersburg, Rusia), Kavita Sidhu bukan hanya memenangi gelaran Miss Charm International tetapi juga menjadi wakil Malaysia pertama yang menjuarai sesebuah pertandingan ratu cantik antarabangsa.
Ads
Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun berjaya mengalahkan 32 peserta lain untuk merebut gelaran Miss Charm International. Dengan kebolehan komunikasi yang baik, kecantikan dan ketinggian yang dimiliki, pantas Kavita menjadi plihan sebagai juara dan mencipta namanya sendiri dalam dunia seni di Malaysia.
Menariknya selepas kemenangan Kavita, pertandingan Miss Charm International tidak lagi dianjurkan sehinggalah ia dijelmakan semula pada Februari 2023 dan dimenangi oleh wakil Brazil, Luma Russo.
Sehingga ke hari ini, Kavita kekal relevan dan jelita seperti dahulu kala malah diangkat sebagai ikon fesyen serta pejuang kemanusiaan. Adakah Rashmita Rasindran akan mengikuti jejak langkah cemerlang Kavita Sidhu? Sama-sama kita saksikan perjalanan beliau sepanjang bergelar Miss Charm 2024 tahun hadapan.
Disclaimer: Perasaan nak rajinkan diri itu adalah sesuatu yang dipupuk dalam diri dan bukan wujud sebaik saja kita dilahirkan. Punctuality is made, not born with.
Tetapi mengikut kajian saintifik yang dilaporkan baru-baru ini, sesetengah daripada kita memang mempunyai kelebihan untuk mengatur jadual masa dengan cekap. Di samping itu, golongan ini juga dikatakan tidak suka menangguh kerja kerana sememangnya sifat mereka sudah dilahirkan begitu.
Cuba tengok kalau korang pun tergolong. Kalau tak ada tu, minta maaf bebanyak ya! Hehe..
Januari
Eddie Redmayne, 6 Januari 1982
January babies adalah orang yang gemar bekerja keras lebih berbanding daripada orang lain. Disebabkan sikap inilah, ramai di kalangan mereka yang sering dipilih sebagai ketua.
Selain ‘terbiasa’ berdisplin ketika melakukan tugasan dan menentukan jadual harian, mereka juga tidak gentar untuk ke hadapan demi mencapai kejayaan. Kalau diminta untuk menawar diri, mereka adalah antara orang pertama yang akan mengangkat tangan, gitu!
Betul ke?
Julai
Lindsay Lohan, 2 Julai 1986
July babies sering disebut sebagai remaja berdisplin. Mengapa? Mereka ini sudah terbiasa mengakui kesalahan sendiri jika terbukti melakukan apa-apa kesalahan. Selepas itu, mereka akan cuba sedaya mungkin untuk bangkit daripada kesalahan tersebut.
Disebabkan sifat ‘suka belajar daripada kesilapan lampau’ ini, July babies akan lebih berhati-hati selepas itu dan tidak mahu mengulang ia kembali. Lantas mereka tidak suka untuk menangguh kerja selepas itu.
September
Zendaya, 1 September 1996
September babies mempunyai kelebihan untuk mengetahui kelemahan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing tanpa diberitahu oleh orang lain. Itulah yang membuatkan mereka cepat berusaha demi tidak menempah kegagalan dalam hidup.
Walaupun mereka kadangkala dilanda rasa malas, tetapi disebabkan mereka suka mencatatkan reminder notes, mereka akan pantas get back on track.
November
Emma Stone, 6 November 1988
November babies adalah antara orang yang fokus tak ingat dunia! Hehe..
Seriously, korang mempunyai visi untuk siapkan kerja tanpa kisahkan apa yang sedang berlaku di sekeliling. Apabila diberikan tugas, korang ada kebolehan untuk block segalanya sehinggalah tugas itu berjaya disiapkan.
Kalau mereka ini menjadi bos pada satu hari nanti, matilah nak..
Apa pendapat korang, tepat tak kajian ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lagi beberapa bulan umat Islam bakal menyambut lebaran. Setiap kali menjelang Aidilfitri, pasti ramai pereka fesyen tempatan yang berlumba-lumba mengeluarkan koleksi baju raya masing-masing.
Malah, banyak fashion show sudah mula dianjurkan dan dipaparkan kepada semua untuk koleksi baju raya tahun 2023 ini.
Disebabkan terlampau ramai pereka fesyen serta jenama yang ada di pasaran, maka masing-masing cuba mengeluarkan rekaan yang luar batasan pemikiran normal.
Baru-baru ini tular di media sosial apabila pertunjukan fesyen biasanya dilakukan di tempat tertutup, namun satu jenama ini menggunakan laluan pejalan kaki.
Selain menyakitkan pandangan mata dengan ‘fesyen’ yang dianggap tidak menghormati identiti asal pakaian tradisional Melayu. Pertunjukan tersebut juga didakwa turut mengganggu pejalan kaki.
Sudahlah susah untuk melintas, tiba-tiba ada pula ramai model yang mengambil keseluruhan ruang hingga menyukarkan orang lain.
Rata-rata pengguna Twitter mengecam acara berkenaan kerana menyalahgunakan kemudahan awam. Malah ramai yang mengkritik fesyen tersebut yang dikatakan merosakkan pakaian tradisional tersebut.
Jangan kerana terlalu fikirkan fesyen, hilang terus entiti pakaian tradisional orang Melayu sampai akhirnya menjadi bahan jenaka orang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan perempuan sahaja perlu risau tentang tahap kesihatan mereka, kaum lelaki pun kena selalu peka dan buat pemeriksaan kesihatan secara kerap.
Tak guna kalau badan saja sado tapi sebenarnya tahap kesihatan masih tidak memuaskan. Sempena Hari Lelaki Sedunia, berikut kami senaraikan 5 jenis pemeriksaan yang perlu dilakukan oleh lelaki sekurang-kurangnya setahun sekali menurut portal Lelaki Sihat.
1. Tekanan darah
Kredit foto: healthline.com
Situasi sekeliling boleh menjadi punca darah tinggi atau menurunkan tekanan darah tanpa disedari. Jika tekanan darah korang bermasalah risau pula penyakit lain yang singgah. Serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah antara penyakit berangkai yang perlu korang elakkan.
2. Mata
Menurut kajian, kira-kira 45 juta rakyat US mengalami masalah mata akibat proses penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala.
Pemeriksaan mata boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan umur 18 hingga 61 tahun bergantung kepada nasihat doktor. So, tak salah kan buat pemeriksaan mata walaupun ramai yang rasa perkara ni tak penting. Kalau boleh prevent dari awal, why not?
3. Diabetes
Penyakit kencing manis merupakan musuh ketat lelaki kerana ia boleh menyebabkan hilang nafsu seks atau mati pucuk. Kenal pasti tahap gula dalam badan untuk mengenali tanda-tanda penyakit kencing manis.
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan atau lahir dari keluarga penghidap kencing manis, ujian ini perlu dilakukan dengan lebih awal.
4. Kolesterol
Pemeriksaan boleh dilakukan seawal umur 20 tahun setiap dua atau lima tahun bergantung kepada paras normal. Jenis kolesterol terbahagi kepada dua iaitu High Density Lipoprotein (HDL) dan Low Density Lipoprotein (LDL).
HDL merupakan kolesterol baik yang membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok, manakala kolesterol LDL adalah kolesterol jahat yang menyumbang kepada sakit jantung.
Jika paras tidak normal, korang perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor untuk mengesan tahap kolesterol baik dan jahat dalam badan.
5. Alat sulit
Kanser alat sulit atau prostat boleh menyerang lelaki semuda 15 hingga 34 tahun. 90 peratus pesakit kanser ini boleh disembuhkan sekiranya dapat dikesan daripada awal. Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri di rumah dengan mengesan sebarang benjolan, kawasan yang menjadi keras atau pembesaran alat sulit. Jika ada tanda-tanda macam tu, cepat-cepat jumpa doktor ok?
Ok guys, selepas ni harap korang lebih peka ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aslam Marissa Mahkamah Syariah jadi tumpuan apabila pasangan ini hadir ke mahkamah bagi pengesahan lafaz cerai dan rujuk. Status hubungan mereka masih belum diputuskan.