Kehilangan Pricess of Wales, Kate Middleton daripada radar setelah dilaporkan menjalani pembedahan abdominal dengan jayanya telah menjadi topik yang hangat dibualkan bukan sahaja oleh rakyat di Britain tetapi juga oleh masyarakat dunia.
Kali terakhir Kate, 42 membuat kemunculan rasmi di khalayak ramai adalah pada Hari Natal bersama ahli keluarga diraja Britain lain.
Kate hanya kembali muncul menerusi hantaran foto di Instagram bersama tiga anaknya, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis pada sambutan Hari Ibu peringkat United Kingdom pada 10 Mac lalu yang telah menjadi objek kritikan awam berikutan suntingan tidak kemas yang dilakukan Kate menggunakan perisian Photoshop.
Sejak itu, Kate kembali menghindarkan diri daripada melakukan mana-mana kemunculan awam sehingga menimbulkan kesangsian.
Kira-kira jam 2 pagi waktu Malaysia pada 23 Mac 2024, Kate menerusi hantaran video di media sosial akhirnya mendedahkan kondisi kesihatan beliau pada waktu ini.
Kongsi Kate, beliau telahpun didiagnos dengan kanser tahap awal setelah menjalani pembedahan perut pada 16 Januari lalu. Berikutan itu, beliau perlu menjalani kemoterapi bagi mencegah punca ketumbuhan itu daripada merebak.
Ads
“Ia merupakan kejutan yang sangat besar buat saya, suami dan keluarga. Kami akan berusaha melakukan segala-galanya.
“Saya perlu sihat dan kuat setiap hari. Saya perlu memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh. Fikiran, badan saya perlu bersemangat.
”Dengan mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menghantarkan kiriman mesej berbentuk sokongan,” ujarnya.
Ads
Foto rasmi keluarga diraja Putera William & Puteri Katharine sempena Hari Natal 2024 bersama Putera George (kanan), Puteri Charlotte (tengah) dan Putera Louis (kiri).
Koresponden diraja di Britain saling berpendapat bahawa William & Kate telah memilih waktu yang tepat bagi membuat pendedahan ini. Ini kerana pasangan diraja itu ingin melindungi keselamatan & kesejahteraan emosi tiga anak mereka yang kini baru sahaja menjalani cuti perayaan Easter di Britain dan ingin sama-sama memberikan sokongan kepada ibu tercinta mereka itu.
Meninjau ruangan komen video pendedahan Kate Middleton di saluran YouTube BBC, warganet turut berdukacita dengan perkhabaran ini.
Ada juga yang berpandangan kritikan serta cemuhan yang diterima Kate berikutan isu suntingan gambar tidak kemas tempoh hari tidak seharusnya berlaku dan berharap agar ‘keyboard warrior’ yang melontarkan kata-kata nista termasuklah, “Kate Middleton seorang penipu,” meminta maaf dan menyesali perbuatan mereka itu.
Ads
Terdahulu pada 6 Februari 2024, Raja England, Raja Charles III turut didiagnos dengan kanser dan kini sedang menjalani rawatan susulan di istana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal beberapa hari lagi musim ketiga siri popular The Penthouse bakal disiarkan di kaca televisyen. Ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan drama tersebut untuk melihat kesudahan kisah yang penuh mendebarkan di Hera Palace.
Baru-baru ini, SBS telah pun melancarkan teaser pertama bagi drama hit tersebut. Video bermula dengan adengan sebuah kereta meletup dengan kuat dan Shim Soo Ryun mengatakan “Logan telah mati. Dia pergi ke suatu tempat untuk mengimbau kenangan bersama Logan Lee dan mengungkapkan “Pasti ada seseorang di sana” ketika Joo Dan Tae tertawa di belakang.
Joon Dan Tae muncul dan berkata “Aku merindukanmu, Shin Soo Ryun dan Joon Seok Hoon memberitahu Bae Ro Na, “Kita tidak akan berpisah sekali lagi”
Terdapat juga watak baru yang dibawa oleh On Joo Wan sebagai Baek Joon Gi, orang yang datang ke Korea bersama Logan Lee dan Chun Seo Jin mengatakan “Oh Yoon Hee tidak boleh berkomunikasi secara rahsia dengan Joo Dan Tae, bolehkah dia? Hati-hati dengan wanita itu”
Joo Dan Tae dilihat dengan marah menikam seseorang dan berkata “Shim Soo Ryun akan mati”. Chun Seo Jin dengan malu-malu mengatakan, “Seperti yang diharapkan Joo Dan Te.” Yoo Dong Pil (Park Ho San) juga sepertinya tidak ada gunanya, dan Shim Soo Ryun menolak seseorang dari tebing ketika dia menyatakan dalam suara, “Saya akan membawa mereka pada bila-bila masa. Saya akan mengambil nyawa mereka”.
Wah makin panas nampaknya musim ketiga ni.
So guys, jangan lupa saksikan musim ketiga The Penthouse yang dijadualkan akan bersiaran pada 4 Jun depan. Harapnya kesudahan filem ini buat penonton puas hati ya. Hiks!
Tapi berbeza pula dengan kes yang berlaku di Kampung Orang Asli Baru, Semenyih, Selangor. Kerana mata dia telah menemui ajal.
Menurut laporan daaripada BERNAMA, seorang lelaki warga Indonesia telah maut selepas dia dipercayai dipukul gara-gara disyaki mengintai di kampung tersebut.
Lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Dia telah menerima rawatan dan berada di Hospital Kajang selama 12 hari.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata lelaki tersebut telah ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Hasil bedah siasat mendapati punc kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala selain terdapat kecederaan dalaman. Buat masa ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di kampung tersebut bagi membantu siasatan.
Dia direman selama tujuh hari sheingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
REMAJA berasa amat kesal akan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Perbuatan mengintai bukan sahaja memalukan malah boleh merendahkan martabat dan maruah seseorang. Namun begitu jangalah bertindak menghukum dengan tindakan sendiri.
Apa jua kesalahan perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika perkara seumpama ini berlaku dalam kehidupan kamu seharian, elakkan daripada melakukan tindakan memukul dan menggunakan kekerasan. Hubungi pihak berkuasa dan serahkan segala siasatan kepada pihak berwajib.
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal melakar sensasi apabila dinobatkan sebagai ratu pecut Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Sarawak, Kuching hari ini.
Malah atlet dari Selangor yang berusia 19 tahun itu turut melakar kejutan apabila memperbaharui rekod 100 meter (m) temasya menerusi catatan 11.64 saat (s).
Kredit: MSN Selangor
Kejayaan tersebut sekaligus memadam rekod SUKMA 11.81s milik Azreen Nabila Alias yang dirakam pada edisi 2018 di Perak enam (6) tahun lalu.
Pingat perak pula menjadi milik pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad menerusi catatan 11.90s, manakala pelari tuan rumah, Ormilla Octavia Codday pula di tempat ketiga menerusi catatan 12.19s.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!