Dubai menjadi saksi kepada kemeriahan dan nilai eksklusiviti majlis perkahwinan diraja di antara Putera Mahkota Jordan, Putera Hussein bin Raja Abdullah II dengan Puteri Rajwa Al-Hussein yang berasal daripada keturunan warga Arab Saudi kebiasaan.
Memetik laporan Arab News, majlis yang berlangsung semalam di Istana Al Husseinieh itu cukup meriah dengan kehadiran tetamu kerabat diraja dari seluruh dunia termasuklah dari Malaysia sendiri.
Seri Paduka berdua telah berangkat menghadiri majlis perkahwinan diraja di Istana Zahran disusuli keberangkatan ke majlis jamuan sambutan perkahwinan diraja di Istana Al Husseinieh di Amman pada sebelah malam.
Apa yang pasti, kedua-dua majlis diraja tersebut juga menjadi tempat pertarungan fesyen di antara tetamu kerabat yang menerima jemputan.
Pengantin perempuan, Puteri Rajwa Al-Hussein sendiri mendahului senarai gaun tercantik apabila beliau menyarungkan gaun putih klasik rekaan pereka fesyen adibusana terkenal Lebanon, Elie Saab. Ia sekaligus menamatkan spekulasi media Arab mengenai pereka fesyen pilihan beliau .
Gaun unik dengan lengan panjang ini mungkin kelihatan ringkas dari pandangan hadapan dengan elemen garisan draping. Bagaimanapun, dari pandangan belakang ia menampakkan layah sepanjang beberapa meter bagi memberi impak dramatik sewaktu beliau berjalan.
Ads
Sementara itu, ratu fesyenista dari Jordan, Ratu Rania memilih jenama fesyen Perancis, Dior daripada koleksi adibusana Musim Luruh 2022. Ringkas tetapi elegan, ia cukup bertepatan dengan peranan beliau di sana selaku ‘tuan rumah’ bagi majlis perkahwinan diraja itu.
Turut mencuri tumpuan tentunya adalah kelibat Pricess of Wales dari United Kingdom, Kate Middleton yang nyata tidak mengecewakan dalam persalinan gaun serba blush rekaan Elie Saab (she got the memo!) daripada koleksi adibusana Musim Luruh/Sejuk 2017.
Ads
Korang perasan kan, ahli kerabat diraja lebih gemar memakai persalinan daripada koleksi yang sudah sedikit berusia agar ia tidak menyamai mana-mana gaun yang telah atau mungkin akan dipakai oleh selebriti antarabangsa.
Anyway, gaun pastel Kate itu kaya dengan perincian fabrik lace, lengan kembang dan tertutup sehingga ke bahagian leher bagi menghormati majlis.
Ads
Tidak ketinggalan, Puteri Mahkota Denmark iaitu Puteri Mary tiba dengan menyarungkan gaun serba krim dengan cetakan bunga kebiruan yang direka oleh Erdem. Untuk pengetahuan korang, Erdem Moralioglu merupakan seorang lagi pereka fesyen terkenal yang mempunyai darah bumi Arab (Turki dengan kacukan Kanada).
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejarah telah tercipta dalam dunia ratu cantik di Texas apabila seorang gadis berketurunan Filipina telah dinobatkan sebagai Miss Texas 2022. Ini merupakan kali pertama gadis Asia-Amerika memenangi mahkota tersebut dalam 85 tahun sejarah penganjuran pertandingan itu.
Averie Bishop, 25, merupakan seorang graduan undang-undang dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Hak Asasi Manusia dan Sosiologi dari Southern Methodist University (SMU). Kemudiannya dia menghadiri SMU Dedman School of Law untuk Ijazah Kedoktoran Juris yang mana dia baru-baru ini memenangi kejohanan Hujah Penutup Tahun Pertama.
Meninjau ke laman Instagramnya, dia memuat naik gambar kemenangannya dengan kapsyen berbunyi, “Sejarah. Saya merupakan Miss Texas ke-85 anda dan merupakan wanita Asia-Amerika pertama yang bakal mewakiliki negeri Lone Star ini.”
Menerusi kemenangannya ini, dia mendapat hak untuk mewakili Texas ke pertandingan Miss America 2022. Berasal dari Carrolton, Texas, Averie dalam satu temubual bersama media berkata, “Perwakilan menyelamatkan nyawa. Sekian lama saya meyakinkan diri yang saya tidak layak menjadi Miss Texas kerana tiada seorang pun yang kelihatan seperti saya mewakili negeri ini.”
Selaim bergelar peguam kini, Averi juga merupakan seorang pempengaruh di TikTok. Dia memiliki hampir 800 ribu pengikut yang setia mengikuti kandungan yang dimuat naiknya. Ketika pertandingan Miss Texas berlangsung, dia turut menampilkan kandungan yang mencuit hati di akaun TikToknya dan menerima puluhan ribu tanda suka.
Dek popularitinya, tahun lalu dia telah dilantik sebagai pembangun kandungan untuk inisiatif pembangunan pembelajaran TikTok. Dia menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan pengikutnya dan membincangkan stigma dalam komuniti Asia-Amerika.
Kredit foto: Instagram Averie Bishop
Merupakan ahli Majlis Penasihat Anti-Kebencian Datuk Bandar Eric Johnson, gadis cantik ini juga merupakan pembantu penyelidik untuk Penasihat Am SMU, Felo Yayasan Presiden Ronald Regan, Felo Dasar Kongres A.S. di Washington, D.C., penerima Biasiswa Interscholastic Universiti dan penerima anugerah Women of The Year Muzium Wanita Texas.
Selain daripada pelbagai kerja dan kejayaan hebat yang dikecapnya, sebagai anak seorang imigran, dia turut mengasaskan Yayasan Tulong bersama ibunya pada 2015. Salah satu matlamat organisasi bukan berasaskan keuntungan itu adalah untuk membantu menaja pelajar muda dari kampung dan wilayah terpencil di Filipina dalam bidang pendidikan.
Berjaya mengalahkan 40 peserta lain di pentas Miss Texas, bagaimanakah agaknya prestasi Averie nanti di pentas Miss America 2023 nanti? Kita sama-sama nantikan!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes sekumpulan remaja yang membakar sekolah Tahfiz baru-baru ini membuka mata masyarakat kepada bahaya pengaruh dadah dan masalah sosial di negara ini. Sedang isu ini hangat diperkatakan, polis Butterworth pula telah menyerbu sebuah parti dadah private dan menahan 26 individu yang hampir kesemuanya remaja berusia 15-19 tahun.
High Ketika Parti Diserbu
Ketika serbuan jam 11 pagi itu dilakukan, semua pengunjung parti kelihatan masih dalam keadaan khayal. Kesemua yang ditahan turut positif ujian ketamine, dan sesetengahnya turut positif methamphetamine. Mereka dikatakan telah membeli ‘pek parti’ yang berisi pil Erimin 5 dan Ketamine untuk pesta satu malam di sebuah unit homestay itu.
Kebanyakan remaja yang ditahan merupakan pelajar sekolah menengah berhampiran, dua ialah pelajar kolej vokasional, manakala yang lain-lain majoritinya tidak bekerja.
Penganjur Remaja 21 Tahun, Guna Sosial Media
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, ACP Nik Ros Azhan Abdul Hamid berkata, polis telah merampas 0.81g pil Erimin 5, 1.5g ketamine, dan 0.39g dadah yang tidak dikenalpasti berserta penyedut minuman dan alatan lain di lokasi berkenaan.
Menurutnya lagi, penganjur parti dadah tersebut merupakan seorang lelaki berusia 21 tahun yang berkolaborasi dengan seorang mekanik berusia 20 tahun. Mekanik tersebut telah bertemu dengan pengedar dadah bergelar ‘Boss’ di Juru Auto City untuk membeli dadah beberapa jam sebelum parti.
Parti rahsia itu dianjurkan dengan mudah melalui media sosial, dan kumpulan yang menggelar diri mereka Group Goyang Yuk itu dikatakan sudah beberapa kali mengadakan parti serupa.
Kesemua 26 yang ditahan direman selama 4 hari dan disiasat atas kesalahan memiliki dadah terlarang di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pesanan kami dari Team REMAJA, hargailah kehidupan dan masa depan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Ainul Aishah baru sahaja melangsungkan perkahwinan minggu lalu dengan pasangannya, Khalid Redzuan. Mempelai sama cantik dan sama padan ini yang sudah sekian lama bercinta disambut dalam majlis pernikahan dan resepsi penuh meriah di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, pastinya busana yang digayakan ratu sehari menjadi perhatian. Ainul yang berkulit hitam manis ini tampil cantik dan elegan dalam rekaan jenama fesyen tersohor tempatan iaitu Hatta Dolmat dan DPLKL.
Memilih busana jenama DPLKL untuk majlis penikahannya, rekaan gaun potongan duyung itu diberikan ilusi seumpana kurung moden dengan olahan draping pada pinggang. Memilih warna putih gading, Ainul dalam hantaran di Instagramnya meluahkan rasa, “In love with my beautiful nikah dress and whole look. I’m not over it yet.”
Rekaan DPLKL ini sangat regal dan menjadikan wanita berusia 37 tahun ini anggun menawan. Campuran fabrik renda mewah, sulaman bunga 3d dan juga tatahan jemeki menyempurnakan keseluruhan rekaan. Paling menarik, penghujung labuh gaun tersebut diberi kelainan dengan fabrik diolah menggunakan teknik lisu yang memberi satu keunikan.
Beralih pula ke busana resepsi, pereka fesyen terkenal Malaysia, Hatta Dolmat menjadi pilihan si ratu sehari. Seperti yang semua tahu, Hatta memang cukup terkenal dengan sentuhannya yang magikal tatkala mereka busana yang grandeur.
Memenuhi impian Ainul, pereka fesyen ini telah menghasilkan rekaan gaun kembang siap dengan riben besar di bahagian belakang bagi menambahkan lagi ‘drama’ kepada rekaannya. Jika dilihat dari dekat, peletakan perincian kepada busana ini cukup dramatik, bukan sekadar disulam begitu sahaja, bahkan ia disusun secara kreatif bagi memberi efek penuh mewah.
Gaya keseluruhan Ainul yang tampil bagaikan puteri dilengkapkan dengan pemakaian mahkota besar dan juga pemilihan layah meleret panjang.
Tidak lengkap seri keseluruhan tanpa pemilihan solekan dan juga dandanan yang sempurna. Untuk pernikahannya, Ainul telah mendapatkan khidmat Ady Razak untuk merias wajahnya dan CKay Liow untuk mendandan rambutnya. Ketika majlis resepsi pula, dia memillih jurusolek Gabriel Padan untuk merias wajah dan juga menyiapkan dandanan rambutnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.