Kisah pengorbanan seorang bapa dari Malaysia kembali tular di media sosial selepas dilaporkan semula, sekali gus menyentuh hati ramai.
Menurut laporan 8world News, lelaki berusia sekitar 70 tahun, Cheong Kah Pin, telah lebih sedekad menunggang motosikal dari Johor Bahru ke Singapura setiap dua minggu semata-mata untuk bertemu anak lelakinya yang dipenjarakan walaupun lawatan tersebut hanya berlangsung selama 15 minit.
Cheong akan bangun seawal jam 2 pagi sebelum menunggang motosikal menyeberangi Tambak Johor menuju ke Penjara Changi. Dia tiba di sebuah stesen minyak berhampiran penjara sekitar jam 3 pagi dan menunggu di situ sehingga waktu lawatan bermula pada jam 8 pagi.
Ads
Anaknya, Cheong Chun Yin, ditahan pada Jun 2008 di Lapangan Terbang Changi atas kesalahan menyeludup heroin dan ketika itu berusia 24 tahun. Chun Yin pada awalnya dijatuhi hukuman mati sebelum hukuman tersebut diringankan pada tahun 2014 susulan pindaan undang-undang dadah di Singapura. Kini, dia menjalani hukuman penjara seumur hidup serta 15 sebatan, dengan kemungkinan semakan kes pada tahun 2028.
Cheong berkata dia memilih untuk bergerak awal pagi atas faktor usia dan keselamatan.
Ads
“Saya sudah tua, dan apabila menunggang motosikal, saya bimbang terlanggar orang lain atau orang lain melanggar saya.
“Sebab itu saya datang awal dan menunggang perlahan. Ada stesen minyak di sebelah penjara, dan saya akan duduk di situ menunggu,” katanya.
Sepanjang lebih sepuluh tahun, Cheong menyaksikan kawasan sekitar penjara berubah, namun stesen minyak itu kekal menjadi tempat setianya menunggu. Di situlah dia berehat dan kadangkala menerima secawan teh daripada kakitangan yang disifatkannya sebagai ‘kawan’.
Kes tersebut turut mengubah kehidupan Cheong sepenuhnya apabila dia terpaksa menjual tiga buah rumah demi membiayai kos guaman anaknya. Kini, dia menyara hidup dengan menjual sayur-sayuran di Pasar Awam Taman Johor Jaya.
Apabila kisah ini dikongsi secara dalam talian, ia meraih lebih 1.5 juta tontonan dan mencetuskan pelbagai reaksi. Ramai menawarkan bantuan kewangan dan pengangkutan, namun Cheong menolak dengan penuh rendah hati.
“Saya tak mahu menyusahkan kamu semua. Cukuplah sekadar melihat kamu semua mengambil berat, itu sudah membuatkan saya sangat gembira. Saya tak mahu duit sesiapa… saya hanya mahu anak saya dibebaskan,” kongsinya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang sudah merindui untuk merentas negeri kerana sudah terlalu lama rakyat Malaysia ‘terkurung’ di rumah akibat perintah kawalan pergerakan yang diarahkan oleh pihak kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak COVID-19.
Jangankan ke luar negeri, nak merentas daerah pun masih lagi belum dibenarkan dan kerana itu ramai yang telah ‘memendam’ rindu untuk berjalan-jalan di seluruh Malaysia.
Tambah pula dengan video yang tular di media sosial, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai Pakya Begon telah pun memuat naik sebuah video yang menunjukkan keadaan terkini di Cameron Highland.
Menerusi video Tik Toknya itu, Pakya Begon merakamkan keadaan di Brinchang yang kelihatannya berkabus tebal dan sudah tentu cuacanya sangat sejuk. Video itu menerima hampir 180 ribu tontonan (ketika artikel ini ditulis) dan telah membuatkan ramai yang cemburu melihat situasi tenang di Cameron Highland.
Rata-rata meninggalkan komen rindu dengan Cameron Highland dan tidak sabar untuk ke sana selepas dibenarkan merentas negeri nanti.
Malah, Pakya Begon turut berkongsi bahawa peniaga-peniaga di Cameron Highlands terkesan teruk kerana lebih setahun lumpuh akibat COVID-19.
Menurut ramalan kaji cuaca daripada laman web mdcameron.gov.my, cuaca di Cameron Highland kini mencecah antara 15 hingga 20 darjah Celsius. Wah, sejuknya! Makin rindu nak ke sana lagi.
Semoga wabak pandemik ini cepat-cepat berakhir dan kita boleh bergerak bebas seperti sedia kala lagi.
Isu pembuangan sampah merata-rata dan bukan di lokasi disediakan masih agak menebal di kalangan mereka yang suka mementingkan diri sendiri. Bagi mereka asal masalah dah satel cukup dan dan biar orang lain fikirkan.
Sebab itulah tepi semak, tepi jalan, rumah kosong, tanah-tanah terbiar, sungai dan lain-lain lokasi sering menjadi tempat membuang sampah.
Walau ada papan tanda dan amaran denda tapi golongan selfish ini masih selamba buang sampah.
Namun idea bijak sebuah kampung dikatakan di Panji Alam, Kuala Terengganu yang membina kubur palsu di lokasi tepi jalan yang penuh dengan sampah memang rare dan amat bijak.
Ternyata sampah yang penuh dan selepas dibersihkan serta dibina kubur di situ, tempat tersebut terus bersih.
Memang padu cara nie. Nampaknya elemen menakutkan seperti tanah perkuburan masih menghantui rakyat Malaysia sehingga tempat itu benar-benar bersih.
Sumber :Man Fazli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terharu betul bila pertama kali tengok foto kanak-kanak ini. Rasa geli hati pun ada tengok telatahnya dengan rakan-rakan.
Di beberapa buah negara sekarang musim sejuk melampau sedang melanda begitu hebat. Malah di Amerika Syarikat sudah ada beberapa kes kematian kerana sejuk melampau.
Ini pula kisah seorang kanak-kanak di China yang menjadi tular kerana fotonya yang diselaputi ais ketika ke sekolah. Dengan cuaca seperti benua Artik, kanak-kanak yang dikenali dengan nama Wang Fuman ini berjalan sejauh 4.5 kilometer dalam suhu -9°C untuk sampai ke sekolah!
Foto: AsiaWire
Menurut media tempatan, People’s Daily Online, pelajar tahun 3 yang bersekolah di Zhuanshanbao Primary School di Xinjie, Ludian. Dia sebelum ini memang sudah diketahui umum berjalan setiap hari pada jarak tersebut untuk ke sekolah. Wow, what a champ!
Fotonya yang tular tersebut menunjukkan rambut Wang Fuman diselaputi ais sehinggakan mencuit hati rakan-rakan sekelasnya. Menurut gurunya, hari tersebut merupakan hari pertama peperiksaan dan cuaca telah turun sejuk secara mendadak.
Sampai dah bertukar warna biru tangannya sebab sejuk. Foto: AsiaWire
Wang Fuman juga merupakan seorang pelajar yang sangat bijak terutamanya dalam subjek Matematik. Dan dia juga difahamkan datang dari keluarga susah dan tinggal bersama nenek dan seorang kakak. Ibu bapanya pula terpaksa berhijrah ke kota besar lain demi mencari rezeki.
Netizen tempatan rata-ratanya melahirkan rasa kagum dengan keazaman dan kesungguhan Wang Fuman demi mengejar pelajaran.
Semoga keazaman pelajar cilik ini menjadi sumber inspirasi kepada korang semua untuk tidak berasa putus asa. Ketahuilah sesusah mana pun kita masih ada lagi yang lebih menderita. Berjuanglah untuk mendapatkan pendidikan sebaik mungkin kerana dengan ilmu korang boleh berjaya dunia dan akhirat di masa akan datang.