Fenomena filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 nampaknya terus hangat diperkatakan. Terbaru, Astro Shaw telah mengumumkan Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan jumlah pungutan berjumlah RM17.9 juta. Apa yang menarik ia masih ditayangkan di pawagam seluruh negara!

5 Sebab ‘Abang Long Fadil 2’ Berjaya Rampas Takhta Filem Terlaris di Malaysia!

Filem aksi hebat yang diterbitkan bersama oleh dua nama gergasi perfileman tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions telah mencatatkan nama mereka dalam lipatan sejarah perfileman tanah air dengan kutipan tertinggi.

Apakah formula yang menjadikan filem Abang Long Fadil 2 menjadi cukup luar biasa dan sukses?

5 Sebab ‘Abang Long Fadil 2’ Berjaya Rampas Takhta Filem Terlaris di Malaysia!

IKLAN

Terdapat beberapa faktor yang penulis lihat berkemungkinan menjadi faktor kenapa ia cukup mendapat tempat di hati penonton.

1.Gabungan dua produksi hebat Skop Productions dan Astro Shaw

Melihat dua nama ini sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita ke pawagam. Bahkan sebelum ini, dua produksi inilah yang pernah melahirkan banyak filem terlaris di Malaysia seperti Polis Evo, Ola Bola, Sembilu, Evolusi KL Drift, KL Gangster dan banyak lagi.

IKLAN

 2.Karya pengarah muda berkaliber

Ia merupakan karya arahan pengarah muda berkaliber, Syafiq  Yusof. Sentuhan daripada pengarah muda yang versatil ini merupakan satu nafas baru buat industri filem tanah air terutama dalam genre filem aksi.

3.Gabungan pelakon-pelakon popular

Melihat barisan pelakonnya seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Shib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson sudah cukup untuk menarik penonton ke pawagam. Pengenalan bintang viral sensasi Wak Doyok di dalam filem ini juga memberikan impak juga hebat. Pengaruh dibawa oleh Wak Doyok di kalangan follower-nya tidak dapat dinafikan agak menggila juga.

IKLAN

4.Faktor kesinambungan

Karakter Fadil sebenarnya sudah diiukti oleh peminat sejak dari filem KL Gangster lagi. Dengan menggunakan fomula cinematic universe yang sama, filem ini menjadi continuity yang sangat dinantikan oleh peminat. Tidak banyak filem tempatan yang berani mengetengahkan konsep begini.

5.Aksi lasak bertaraf antarabangsa

Dan yang terakhir sekali faktor aksi lasak yang bertaraf antarabangsa. Walaupun ia diangkat sebagai filem aksi komedi, namun Syafiq Yusuf cukup teliti dan menitik beratkan kualiti babak-babak aksi yang diketengahkan dalam filem ini.

Sehingga hari ini, Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan di 77 buah pawagam di seluruh negara. Dengan momentum yang luar biasa ini, penulis berani mengatakan bahawa mungkin ia mampu mencecah ke angka RM20 juta!

https://www.youtube.com/watch?v=Ua2qvIgVR5U

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI