Tak Jadi Sertai Latihan Tentera Tahun Ini, Kang Daniel Umum Album Baharu & Konsert Perpisahan

Share

Baru-baru ini, penyanyi popular, Kang Daniel disahkan tidak akan menyertai latihan wajib tentera pada tahun 2025 seperti yang pernah diumumkannya sebelum ini. Meskipun begitu,  figura kelahiran 1996 itu menyatakan bahawa beliau dijadualkan memulakan tugas pada separuh kedua tahun ini dan sehingga kini masih tiada pengesahan baharu mengenai proses pendaftarannya.

Dalam pada itu, di sebalik spekulasi mengenai tarikh penyertaannya, agensi ARA tampil membawa perkembangan terkini yang cukup menggembirakan peminat menerusi sebuah pengumuman bahawa Kang Daniel bakal melancarkan sebuah album istimewa berjudul ‘PULSEPHASE’ pada 12 Disember ini, sekaligus mencetuskan semula keterujaan peminat terhadap perjalanan muzik terbarunya.

Menerusi pengumuman album ini turut mencuri perhatian kerana ia muncul serentak dengan perancangan sebuah acara besar apabila Kang Daniel bakal mengadakan konsert fanmeeting perpisahan ‘RUNWAY: WALK TO DANIEL’ sebelum latihan wajib tentera bermula 13 Disember, yang dijangka tampil dalam skala lebih besar dan penuh elemen eksklusif berbanding fanmeeting biasa.

Pada masa yang sama, konsert tersebut dikhabarkan akan menampilkan pelbagai persembahan khas yang dirangka khusus untuk peminat setia beliau. Momen itu juga dijangka menjadi ruang paling bermakna buat Daniel untuk mempersembahkan lagu serta kandungan terbaru yang telah dipersiapkan menjelang era baharu kerjayanya sebagai anak seni.

Terdahulu, Kang Daniel terus mengukuhkan kedudukannya sebagai artis global melalui siri jelajah dunia yang bermula di Seoul dan merentasi Jepun, beberapa negara Asia lain, Eropah, Amerika Utara serta Amerika Selatan. Penerimaan hangat di setiap negara membuktikan kekuatan fandom antarabangsa yang dimilikinya.

Di samping itu, poster teaser album ‘PULSEPHASE’ yang sudah dikongsikan di media sosial sekaligus meningkatkan lagi rasa ingin tahu peminat dan penggemar muzik K-Pop. Agensi memaklumkan bahawa konsep, visual serta naratif album akan didedahkan secara berperingkat sehingga tarikh pelancaran rasmi.

Sementara itu, rangkaian aktiviti berskala besar ini dilihat sebagai langkah strategik Kang Daniel untuk menutup tahun 2025 dengan impak yang lebih mendalam dalam industri hiburan. Kombinasi album baru dan konsert perpisahan menjadikan penghujung tahun ini sesuatu yang signifikan buat penyanyi berkenaan.

Walaupun jadual sebenar bagi latihan wajib tentera beliau masih belum diputuskan, Kang Daniel membuktikan bahawa fokusnya terhadap muzik dan peminat tidak pernah terjejas. Selain itu, tahun 2025 dijangka menjadi salah satu fasa paling emosional dalam kerjaya beliau, namun tetap dipenuhi dedikasi dan karya yang dinantikan ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE