Penyanyi dan bintang K-Pop terkenal, Kang Daniel baru-baru ini disahkan bakal menjalani khidmat wajib tentera pada Februari ini, sekaligus mencetuskan perhatian peminat di seluruh dunia. Khabar tersebut diumumkan secara rasmi oleh agensinya, ARA, pada 14 Januari, semalam.

Menurut kenyataan itu, penyanyi yang berusia 30 tahun itu difahamkan akan mendaftar sebagai tentera aktif pada 9 Februari di Pusat Latihan Tentera Darat. Di sana, beliau akan menjalani latihan ketenteraan asas sebelum memulakan khidmat wajib tenteranya sebagai anggota Angkatan Darat Korea Selatan.

“Hello, ini ARA. Kami ingin memaklumkan mengenai khidmat wajib tentera artis kami, Kang Daniel. Kang Daniel akan melapor diri di Pusat Latihan Tentera Darat pada 9 Februari, di mana beliau akan menjalani latihan ketenteraan asas sebelum melaksanakan khidmat wajib tenteranya sebagai anggota tentera aktif dalam Angkatan Darat,” tulis kenyataan itu.

Kang Daniel Umum Daftar Tentera Februari Ini, Kemunculan Dalam Projek Wanna One Dijangka Terhad

Ads

“Tiada sebarang acara khas akan diadakan pada hari pendaftarannya. Memandangkan lokasi pendaftaran akan dikongsi bersama para pelatih yang lain serta ahli keluarga mereka, kami memohon para peminat agar tidak hadir ke lokasi tersebut demi faktor keselamatan,” tegasnya lagi.

Dalam kenyataan sama, pihak agensi memohon agar peminat terus memberikan sokongan moral kepada artis mereka sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut. Selain itu, mereka turut menyatakan harapan agar Kang Daniel dapat melaksanakan tanggungjawab beliau kepada negara dengan penuh dedikasi serta kembali dalam keadaan sihat selepas tamat khidmat wajib tentera.

Kang Daniel Umum Daftar Tentera Februari Ini, Kemunculan Dalam Projek Wanna One Dijangka Terhad

Ads

Untuk rekod, Kang Daniel memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 sebagai ahli kumpulan projek Wanna One yang ditubuhkan menerusi program realiti popular Mnet, Produce 101 Season 2. Kumpulan tersebut berjaya mencipta fenomena tersendiri sebelum menamatkan aktiviti mereka mengikut tempoh kontrak yang ditetapkan.

Selepas pembubaran Wanna One, Kang Daniel meneruskan perjalanan seninya sebagai artis solo dan secara rasmi membuat debut solo pada tahun 2019. Sejak itu, beliau aktif dalam industri muzik dan dikenali sebagai antara penyanyi solo K-Pop paling berpengaruh.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daniel Kang (@daniel.k.here)

Terdahulu, pada 2 Januari, Mnet mengumumkan bahawa Wanna One bakal kembali bersatu menerusi sebuah rancangan realiti terbaru yang dijadualkan untuk ditayangkan pada separuh pertama tahun 2026. Pengumuman tersebut sekaligus mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat yang telah lama menantikan kemunculan semula kumpulan itu.

Pada hari yang sama, Kang Daniel secara tersirat memberi bayangan mengenai pendaftaran khidmat wajib tenteranya menerusi platform komunikasi peminat. Beliau menjelaskan bahawa penglibatannya dalam rancangan realiti tersebut berkemungkinan terhad dan hanya akan menyertai bahagian pengenalan program berkenaan sebelum memulakan perkhidmatan tenteranya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads