Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia akibat terjerut tali pengikat langsir di kediamannya di Halaman Meru Impian, Meru Raya, petang tadi.
Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa, berusia dua tahun tiga bulan bermain seorang diri di bahagian ruang tamu rumah.
Ketika kejadian, anak bongsu daripada dua beradik itu tinggal bersama ibu tiri, bapanya berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pensyarah keluar atas urusan kerja sementara anak sulung berusia lima tahun berada di tadika.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, sebelum kejadian, kanak-kanak itu ada meminta makanan dan ibu tiri berusia 30 tahun memberikannya biskut sebelum meninggalkan mangsa untuk memasak.
Ads
“Wanita itu bagaimanapun mula rasa tidak sedap hati kerana anaknya senyap, dia kemudiannya melihat di ruang tamu dan dapati mangsa berada dalam keadaan tergantung di tali yang digunakan untuk menggantung langsir ke sisi.
“Mangsa ketika diturunkan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.
Ads
Beliau berkata, wanita itu cuba menyelamatkan anaknya melalui bantuan pernafasan, namun denyutan nadi mangsa begitu lemah.
Mangsa yang kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh disahkan meninggal dunia.
Ads
“Siasatan awal mendapati, mangsa berkemungkinan berada di kawasan tangga yang terletak bersebelahan dengan pintu dapur sebelum bermain di tali pengikat langsir yang menutup ruang masuk ke dapur berkenaan,” katanya.
Hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 6.55 petang tadi mendapati, kematian mangsa akibat tergantung.
Negara kita masih lagi dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan beberapa tempat masih lagi dilanda banjir. Bencana tanah runtuh juga agak merisaukan kerana terdapat tempat yang turut berlaku situasi buruk ini.
Terbaharu, satu berita yang mengejutkan pada pagi ini apabila setakat 10 pagi tadi seramai 9 orang mangsa disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.
Malah, dianggarkan seramai 94 mangsa terbabit dalam tragedi itu. Sebelum ini, menerusi kenyataan Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.24 pagi sebelum menggerakkan anggota dan aset ke lokasi kejadian.
TERKINI
Kira-kira 69 orang dikhuatiri terperangkap dan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, pada awa pagi ini .
Laporan awal mengatakan lebih 100 orang berada di lokasi dan beberapa mangsa sudah diselamatakan : BOMBA pic.twitter.com/x2bzUHDyC5
“Menurut laporan awal komander operasi, kejadian tanah runtuh berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan.
“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan satu ekar.
“Maklumat awal daripada pihak polis mendapati, terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan tersebut yang mungkin menjadi mangsa runtuhan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Difahamkan Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) turut diaktifkan bagi penyelamatan mangsa yang masih terperangkap.
Setakat jam 10 pagi, seramai 59 mangsa selamat, seorang cedera manakala sembilan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan,” katanya.
Al-Fatihah dan takziah buat mangsa kejadian tanah runtuh ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan aktiviti skydiving merupakan antara sukan yang mahal untuk dicuba, tetapi dengan adanya pusat rekreasi yang menawarkan aktiviti ini di daratan, setidaknya kita masih boleh merasai pengalaman sukan lasak itu dengan harga yang jauh lebih murah.
Kalau ikutkan sukan skydiving yang sebenar, ramai yang tidak berani dengan paras ketinggian yang ditetapkan maka ramai yang mengambil inisiatif dengan mencubanya di pusat rekreasi yang menyediakan indoor skydiving.
Lain pula yang berlaku pada seorang pelanggan skydiving yang videonya telah menjadi tular di TikTok gara-gara tidak boleh ‘menerbangkan’ diri ketika mencuba permainan tersebut.
Rata-rata warganet tidak dapat menahan gelak melihat video tular itu. Apa yang lebih mencuit hati, pekerja pusat indoor skydiving itu juga sudah berusaha untuk membantunya ‘terbang’ namun percubaan itu tetap gagal. Hiks!
Apa-apa pun syabas diucapkan kepada pelanggan tersebut kerana punya keberanian untuk mencuba. Kami sendiri pun belum tentu berani untuk mencuba aktiviti ini. Betul tak? Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tidak dinafikan, negara China ialah salah satu kuasa besar yang sering mendominasi kejohanan Sukan Olimpik dan saling bersaing dengan seterunya, Amerika Syarikat. Pada edisi Tokyo 2020 setakat ini, China masih unggul di tangga pertama kedudukan pingat dengan sejumlah emas 34 pingat emas walaupun dikejar rapat Amerika Syarikat (30 emas) dan Jepun (22 emas).
Kalau korang masih ingiat, pada Olimpik Beijing 2008 saja, China selaku tuan rumah telah berjaya mengumpul 100 pingat; 51 daripadanya adalah emas!
Fuh hebat kan..
Ini jelas menunjukkan China mempersiapkan atlet-atletnya dengan begitu rapi dan mereka mempamerkan kualiti yang hampir sempurna dalam setiap acara yang disertai.
Semalam, penerjun cilik perempuan China, Quan Hongchan mengejutkan dunia setelah mempamerkan prestasi memukau dan berjaya melakukan 3 terjunan ‘perfect 10’ di hadapan tujuh orang juri; walaupun dia baru berusia 14 tahun. Ternyata, kuasa China dalam bidang sukan tidak boleh disangkal lagi.
Akan tetapi, di sebalik kecemerlangan Quan, terselit kisah yang menyentuh hati dalam kalangan atlet dari China sebenarnya. Sebilangan daripada mereka sebenarnya berasal daripada kelompok masyarakat yang susah dan memerlukan bantuan kewangan untuk keluarga.
Contohnya seperti Qua tadi, remaja itu berkorban menjalani latihan berat sejak berusia 7 tahun lagi dan ingin memenangi pingat emas untuk China demi menampung kos rawatan ibunya yang sakit.
Mungkin disebabkan populasi penduduk China yang amat padat di mana ramai yang memerlukan bantuan, tercetus persaingan sengit dalam kalangan kanak-kanak di China untuk bergelar atlet kebangsaan.
Mereka yang terpilih menyertai program sukan itu pula perlu berkorban seawal usia 4 tahun. Mereka diberikan latihan intensif selama lebih 10 jam sehari, tanpa pendidikan yang sebenar, dan pemikiran mereka ‘dicuci’ untuk mengintai sebutir pingat emas di Sukan Olimpik. Itu adalah makna kejayaan sejati untuk para atlet ini.
Foto Kredit : chinatoday.comFoto Kredit : min.news
Tanpa menerima pendidikan formal, mereka meletakkan keseluruhan diri mereka pada program latihan menuju ke Sukan Olimpik tanpa alternatif lain.
Sekiranya mereka gagal, mereka akan dibuang tanpa mempunyai skil lain ataupun pendidikan yang membolehkan mereka layak melakukan kerja-kerja lain.
Foto Kredit : min.news
Inilah yang terjadi kepada gimnas lelaki China bernama Zhang Shangwu.
Shangwu terpilih menyertai program latihan pada umur 12 tahun dan kemudian berjaya menjadi gimnas China yang berjaya memenangi 2 pingat emas semasa kejohanan sukan musim panas Universiade di Beijing pada tahun 2001. Lalu, dia menempah tiket sebagai atlet harapan China.
Malangnya, tidak lama selepas itu, Shangwu mengalami kecederaan pada bahagian tendon Achilles dan terpaksa menarik diri daripada Sukan Olimpik Athens 2004.
Dia kemudian terpaksa meninggalkan program latihan pada 2005 tanpa sebarang pampasan. Apa yang dilakukan Zhang untuk menampung kehidupannya adalah melakukan persembahan gimnastik jalanan sebagai punca pendapatan!
Foto Kredit : min.newsFoto Kredit : SCMPFoto Kredit : min.news
Zhang menjadi seorang gelandangan yang tidur di bawah jambatan atau di kedai komputer. Pingat emas yang diperolehi pula telah lama dijual pada harga USD15 (RM63). Beberapa tahun selepas itu, Zhang juga pernah dilaporkan mencuri untuk kelangsungan hidup namun ditangkap dan dipenjarakan lebih 4 tahun.
Lapor Nanjing Daily pada tahun 2010, seramai 45 peratus atlet China dibiarkan tanpa kerja selepas bersara daripada acara sukan masing-masing. Sebilangan besar di antara mereka yang pernah mewakili negara juga tidak diambil sebagai atlet secara langsung oleh persatuan sukan negeri.
Nasib atlet China ini ibarat pepatah Melayu pula; ‘habis sepah madu dibuang’.