Rezeki setiap pekerjaan sudah ditentukan Allah SWT. Ada individu yang mencari rezeki dengan berniaga, makan gaji di swasta mahu pun kerajaan. Tidak kurang juga yang masih mencari-cari pekerjaan yang sesuai dengan minat masing-masing. Tak kira apa juga bidang pekerjaan yang kita cari atau perolehi, biarlah ianya berkat dan halal.
Dalam pada itu, jasa anggota keselamatan khususnya pihak polis, tentera, bomba antara yang sering disebut-sebut orang ramai kerana bakti yang mereka curahkan terhadap negara tercinta.
Semalam tular gambar wajah seorang anggota bomba yang kepenatan memadamkan kebakaran di Pasir Gudang. Dikatakan kebakaran bermula dari Subuh membawa ke petang dan sudah tentu kebakaran besar begini memerlukan kecekapan anggota bomba untuk mengawalnya dari merebak ke tempat lain.
Ads
Wajah kepenatan anggota bomba yang seharian bekerja memadamkan kebakaran
Ads
Kebakaran kilang di Pasir Gudang semalam
Rata-rata warganet mengucapkan terima kasih di atas jasa anggota bomba berkenaan (tidak dinyatakan namanya) yang bertugas di Balai Johor Bharu, Tebrau, Skudai kerana di wajahnya jelas kepenatan.
Ads
TQ Abam Bomba, moga Allah memberkati kehidupan kalian semua.
Bagi korang yang tinggal di Lembah Klang, nama ‘Kampung Sahabat’ mungkin kedengaran janggal sedikit.
Namun, bagi mereka yang menetap mahupun pernah ke Perlis, pastinya korang tahu bahawa Kampung Sahabat adalah sebuah penempatan yang terletak di negeri itu.
Indah dengan panorama sawah padi hijau, langit membiru dan pergunungan sebagai latar belakang – seperti yang sinonim dengan negeri Perlis.
Apabila remaja dan jurugambar sambilan, Dinny Aiman memuat naik foto pemandangan indah yang diambil di Kampung Sahabat ke akaun Instagramnya, dia sama sekali tidak menjangkakan foto tersebut akan menarik perhatian syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple.
Foto tersebut yang diambil dengan kamera iPhone 7 Plus telah dimuat naik semula oleh Apple di akaun Instagram mereka berserta caption berbunyi, “Humanity turns a photo into a story” dan mempunyai hashtag #malaysia di situ.
Dinny, 20 berkata kepada rakan media di Sinar Harian bahawa foto tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada kerjayanya sebagai seorang jurugambar.
“Saya hanya mengambil gambar di negeri kelahiran saya itu pada bulan Mei lepas dan hanya untuk berkongsi tentang keindahan pemandangan di Perlis,” katanya.
Akhirnya penantian rakyat Malaysia bagi menyaksikan siapakah wajah senarai barisan kabinet kerajaan perpaduan telah pun terjawab selepas Perdana Menteri ke-10 yang juga menyandang portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan perkara tersebut pada Jumaat lepas.
Sedia maklum, tiada mana-mana gabungan parti politik memperoleh majoriti mudah atau menang 111 daripada 220 kerusi parlimen, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Maka, baru-baru ini Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah capai kata sepakat untuk membentuk Kerajaan Campuran. GPS dan GRS juga turut memberi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Campuran ini.
Bagaimanapun, pastinya masih ada segelintir rakyat di luar sana masih tertanya-tanya dan tidak memahami apakah keperluan PH untuk bekerjasama dengan parti lain bagi membentuk sebuab kerajaan perpaduan.
Buat pengetahuan pembaca REMAJA, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, akhrinya membuka mulut mengenai kerjasama PH dan BN setelah lebih seminggu kerajaan perpaduan dibentuk.
“Keputusan PRU15 adalah unik. Seperti yang saya jangkakan, tidak ada gabungan yang akan mendapat majoriti membentuk kerajaan sendiri. Tetapi PH akan menjadi blok yang terbesar.
“Lebih unik lagi, keputusan ini telah menyebabkan bahawa Perikatan Nasional (PN) atau PH pun tidak boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan BN. Mana-mana gambungan memerlukan penyertaan BN untuk membentuk kerajaan.
“Walaupun PN berjaya mengumpul sokongan daripada semua parti-parti lain selain daripada PH atau BN, PN tidak boleh membentuk kerajaan. Saya pasti perkara ini disedari oleh semua pihak,” katanya.
Tambah Menteri Ekonomi itu lagi, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan agar kesemua gabungan politik membentuk kerajaan perpaduan. Hal ini ekoran daripada situasi PN yang sejak awal lagi menolak sebarang kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.
“Pada tiga hari terawal selepas PRU15, BN sebenarnya membuat keputusan untuk berkecuali. Mereka mahu kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyokong PH mahupun PN untuk menjadi sebuah kerajaan.
“Secara logik perkara ini boleh berlaku, tetapi kerajaan minoriti yang terbentuk itu adalah sangat tidak stabil dan ia boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Pada masa sama, PN yang sejak awal lagi menolak sebarang kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.
“Oleh kerana itu keadaan menjadi buntu. Tidak ada gabungan yang boleh membentuk kerajaan. Kebuntuan itu hanya ada jalan keluar apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung menitahkan agar gabungan-gabungan politik membentuk satu kerajaan perpaduan,” tambahmya lagi.
Dalam pada itu, Rafizi turut menyifatkan PRU15 pada kali ini mempunyai hikmah bagi mendesak semua pihak yang bersengketa sebelum ini ‘duduk semeja’ bagi mengutamakan rakyat.
“Sebenarnya PRU15 ada hikmahnya, ia mendesak semua pihak yang bersengketa dalam politik sebelum ini duduk semeja dan mengutamakan rakyat. Nasihat saya kepada semua adalah mengutamakan rakyat.
“Yang menjadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak geri kita. Ini masa untuk bekerja siang dan malam untuk melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini,” ujarnya panjang.
Terdahulu, PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi, masing-masing 82 dan 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Atlet tinju Algeria, Imane Khelif, menjadi tular di laman sosial kerana didakwa sebagai lelaki atau transgender. Ini berlaku selepas lawannya, petinju Itali Angela Carini, menarik diri dari perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak puas hati dengan keadilan yang diberikan.
Malah, kem Itali mendakwa Imane adalah lelaki secara biologinya dan dibenarkan bertanding dalam acara wanita, yang menimbulkan spekulasi.
Imane Khelif, Atlet tinju Algeria
Gagal ujian kelayakan jantina
Imane sebelum ini dibatalkan penyertaannya di Kejohanan Dunia akibat gagal ujian kelayakan jantina. Sebelum menarik diri, Imane melancarkan beberapa serangan padu ke arah Carini, memaksa Carini mengangkat tangan tanda menyerah.
Aksi ini menimbulkan persoalan di kalangan netizen mengenai diskriminasi di pentas tertinggi. Carini berkata dia tidak kalah, tetapi menyerah dengan matang, dan enggan berjabat tangan dengan Imane kerana kecewa.
Imane Khelif ketika kecil.
Imane Khelif alami sindrom Swyer
Sebenarnya, Imane mengalami sindrom Swyer, di mana beliau mempunyai organ intim wanita tetapi genetik lelaki (XY).
Imane Khelif alami sindrom Swyer
Berikut enam info berkaitan sindrom ini yang diperoleh daripada portal rarediseases.org:
Kanak-kanak perempuan dengan sindrom Swyer tidak menghasilkan hormon estrogen dan progesteron dan tidak akan mengalami akil baligh.
Kebanyakan individu yang menghidap sindrom Swyer tidak mengalami sebarang gejala luaran sehingga awal remaja mereka apabila mereka gagal mengalami haid.
Wanita penghidap Swyer syndrome mengeluarkan hormon testosteron yang lebih tinggi.
Mereka juga mempunyai ketinggian lebih berbanding wanita biasa.
Jika mengalami haid, jumlah darah kurang dan tidak mempunyai payudara untuk menyusukan anak.
Oleh kerana wanita dengan sindrom Swyer kekurangan ovari, kesuburan mereka terganggu. Bagaimanapun, mereka boleh hamil melalui implantasi dan bantuan hormon.
Siannya Imane ni, tak apalah Imane berani kerana benar walaupun satu dunia kata dia transgender. Bukti kukuh menunjukan beliau wanita dengan sindrom Swyer ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Sinar & Sinarplus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.