Kami di REMAJA memang cukup pantang bila orang buat main-main dengan makanan. Apatah lagi menjadikan makanan itu sebagai salah satu objek melakukan prank yang kurang cerdik.
Di Australia seorang kanak-kanak lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia dapati meletakkan jarum di dalam bungkusan buah strawberi.
Siasatan awal mendapat bahawa dia melakukannya di atas dasar ‘prank’. Menurut laporan, Detektif New South Wales telah menahan kanak-kanak tersebut pada Rabu yang lalu namun mengkhuatiri kejadian copycat atau meniru daripada kejadian ini berlaku.
Ads
Pemangku Penolong Komisioner NSW Police, Stuart Smith berkata disebabkan kanak-kanak tersebut masih lagi di bawah umur dia tidak akan didakwa di atas dakwaam merosakkan dengan meracuni atau mendatangkan bahaya makanan berbentuk buah-buahan yang di mana boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Disebabkan masih juvana kanak-kanak tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem dipanggil ‘youth cautioning system’.
Kejadian tersebut yang tular di media sosial telah mencetuskan kegusaran di kalangan orang awam di Australia yang risau akan keselamatan makanan di pasaran.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menyelar tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terutamanya datang daripada kanak-kanak yang harus didik menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Perbuatan yang turut dianggap sabotaj yang mampu mengancam nyawa orang awam ini juga menjadi topik perbualan hangat netizen yang mahu tindakan lebih tegas dikenakan kepada pelaku.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyelar tindakan yang dianggap amat tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini terdapat lebih 100 kes sedang disiasat dan terdapat 13 laporan daripada orang awma tentang kejadian jarum di dalam buah strawberi. NSW Police turut menawarkan habuan sebanyak AUD100,000 (RM300,424) kepada sesiapa yang dapat tampil memberikan maklumat terhadap pelaku lain.
Digarapkan agar kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Ia satu perkara yang bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi boleh menjejaskan industri makanan di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membaca kisah kejayaan Muhammad Aman bin Ahmad Tifli berusia 20 tahun dan dinobatkan sebagai pelajar terbaik Fizik peringkat A-Level, kami di majalah Remaja ingin mengucapkan tahniah buat anak muda ini.
Ternyata, dalam negara tidak pernah tandus dengan mereka yang berjaya dalam pelajaran. Dan ini amat membanggakan bagi anak muda Malaysia yang sememangnya sangat cerdik tetapi kurang didedahkan kejayaan mereka. Ia bukan seperti kisah gadis cendol manja yang mendapat sejuta viewer biarpun tiada kisah kejayaan mereka kecuali diviralkan atas sebab-sebab kurang pasti.
Bukan saja kejayaan Muhammad Aman, malahan di web site Majlis Amanah Rakyat (MARA) semalam turut memaparkan ucapan tahniah buat Nurfarisha Ahmad Fazli, bekas pelajar MRSM Parit yang mewakili delegasi Malaysia ke United Nation Winter Youth Assembly di ibu pejabat United Nation (UN) di New York.
Carian Remaja mengenai Winter Youth Assembly ini ia adalah satu persidangan melibatkan golongan remaja yang cerdik dan mereka akan membincangkan isu-isu semasa. Malah mereka akan membentangkan idea mengenainya di hadapan golongan berpengaruh di United Nation itu sendiri. Sudah tentulah ia bukan satu perkara mudah kerana mereka yang berada di UN adalah orang-orang pintar dan berpengaruh di dunia.
Aman dinobatkan sebagai pelajar terbaik Fizik Jerman di GMI dan bakal ke luar negara dalam masa terdekat untuk menyambung pengajian di sana
Inilah Nurfarisha yang mewakili Malaysia ke UN. Tahniah dari Majalah Remaja
Tetapi sayang, artikel mengenai kedua-dua remaja pintar ini tidak banyak disiarkan kecuali hanya berita mengenai Aman yang disiarkan dua hari lepas. Baca artikel ini di bawah ini dan bagaimana dia berkongsi tip belajarnya.
Kalau anak muda lain sibuk dengan Instastory, OOTD, panamadance dan juga viral gadis cendol, lain sekali dengan Muhammad Aman bin Ahmad Tifli. Pemuda berusia 20 tahun ini sibuk mempersiapkan bagasinya untuk terbang ke Jerman bulan depan.
Beliau baru sahaja diumumkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan bagi subjek Fizik peringkat peperiksaan As (GCE A-Level kerjasama UCLES United Kingdom) di majlis graduasi pelajar Program Persediaan A-Level Jerman di German-Malaysian Institute (GMI) di Dewan Gemilang Mercu Idaman di kampusnya di Kajang Selangor. Aman mencapai markah tertinggi dan pelajar terbaik bagi subjek Fizik dari seramai 101 orang pelajar Persediaan A-Level Jerman bagi kumpulan 2016.
Kata Aman, “Tak ada rahsia khusus, hanya saya banyakkan ulangkaji soalan-soalan tahun lepas”. Ujarnya lagi untuk seseorang mahir dalam subjek Fizik. Mengekalkan momentum pembelajaran sangat penting dan beliau nasihatkan jangan hanya belajar di saat-saat akhir menjelang peperiksaan.
Untuk kemahiran berbahasa Jerman pula, Aman hanya banyakkan menonton filem-filem Jerman dan sebanyak boleh mempraktikkannya dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan dan juga pelajar praktikal dari Jerman yang berada di GMI. Bahkan katanya, semasa dipilih mengikuti program persediaan A Level ke Jerman di GMI, beliau tiada langsung pendedahan kepada Bahasa Jerman dan mula mempelajarinya di kampus GMi sahaja.
Anak kedua dari tiga adik-beradik ini ialah bekas pelajar SMK Seksyen 7 Shah Alam, Selangor ditawarkan Skim Pelajar Cemerlang MARA untuk program Persediaan A-Level Jerman di GMI selepas menerima keputusan cemerlang SPMnya. Selama 22 bulan di GMI, Aman akan menyambung perjuangan ilmunya di Weilheim Jerman awal bulan Mac 2018 ini. Minatnya ialah ingin melanjutkan pengajian dalam Kejuruteraan Komputer di Universiti of Applied Sciences Jerman pada musim dingin 2018 ini iaitu sebaik melengkapi program insentif enam (6) bulan bahasa Jerman dan menduduki peperiksaan Bahasa Jerman, TesDAF.
Aman sempat menceritakan kenangan manis di GMI iaitu penglibatan aktifnya dalam pertandingan pidato dan mewakili GMI di Tenby Kuala Lumpur untuk Persidangan Model UN (United Nations Security Council) 2017 dan di Taylors College Seri Hartamas untuk Persidangan Model UN (United Nations International Strategy for Disaster Reduction) memenangi kategori delegasi terbaik 2017. Aman juga aktif dalam sukan Frisbee dan memanah.
Satu perkara yang sinonim apabila menemubual pelajar cemerlang ialah tidak lekang dari bibir mereka ucapan terima kasih dan penghargaan kepada ibu bapa mereka. Ini juga yang diucapkan Aman. Beliau sangat berterima kasih dan menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh ayahnya, Encik Ahmad Tifli Talha dan ibunya, Puan Noraniza binti Abdul Latif untuk melihat dirinya cemerlang.
Tahniah Aman dan moga Malaysia melahirkan lebih ramai pemuda bersahsiah tinggi seperti Aman.
Wabak pandemik COVID-19 terus mencatatkan jumlah pesakit meningkat dari hari ke hari. Setakat semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan seramai 1,209,636 kes sudah dicatatkan di seluruh dunia. Dari jumlah itu 60.88 peratus datang dari negara Amerika Syarikat, Sepanol, Itali, Jerman dan Perancis.
Jika dilihat Amerika Syarikat menduduki carta teratas sebanyak 609, 516 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian 26,057 pesakit, diikuti Sepanyol 170,060 kes dan bilangan kematian sebanyak 18,255 kes setakat semalam.
WHO mengeluarkan kenyataaan mengenai jangkitan Corona virus mengikut negara iaitu hampir dua juta rakyat dijangkiti dengan 126,813 orang mati
Dalam pada itu, Jepun mengambil langkah berani mengisytiharkan darurat di seluruh negara bagi mengekal penularan wabak COVID-19 sekali pun hanya mencatat 8,100 kes positif dan 146 kematian demi memastikan rakyatnya terselamat dari jangkitan.
Menurut laporan BERNAMA, Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.
Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.
Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes positif Covid-19 di Malaysia dilihat semakin meningkat disebabkan penularan daripada beberapa kluster baharu yang direkodkan.
Semalam, kes positif Covid-19 di Malaysia mencatatkan jumlah yang agak membimbangkan apabila sebanyak 660 kes baru direkodkan dan banyak negeri yang telah pun melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terdapat segelintir daripada kita mula berhadapan dengan masalah ekonomi sehingga terpaksa cuti tanpa gaji, malah ada yang sehingga dibuang kerja.
Namun, perut perlu diisi dan mereka yang terjejas juga terpaksa menukar cara hidup dan norma baharu demi meneruskan kehidupan.
Tidak terkecuali pemandu perkhidmatan e-hailing ini. Menerusi Tiktok berkenaan, lelaki itu telah memasang plastik di bahagian tempat duduknya bagi mewujudkan penghadang di antara pemandu dan penumpang. Kreatif juga idea ini.
Lelaki ini juga turut membuat satu lubang khas di plastik itu yang bertujuan untuk memudahkan para penumpangnya memberi wang tambang kepadanya. Apabila ditanya oleh salah seorang penumpangnya, dia menayatakan bahawa dia melakukan perkara tersebut bagi mengurangkan risiko daripada terkena wabak terbabit. Meskipun dirinya tidak pasti tentang keberkesanannya namun ia adalah merupakan cara yang kreatif bagi membasmi penyakit berkenaan.
Rata-rata warga netizen berasa kagum dengan tindakan bijak pemandu itu di samping terdapat sesetengah daripada mereka yang turut menyokong tindakan terbabit. “Tiada yang salah. At least dia ada effort untuk putuskan rangkaian dan berhati-hati”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan akaun itu.
Posting tersebut telah meraih tontonan umum menerusi laman media berkenaan sehingga menerima sebanyak 1 juta orang yang melihatnya!
Teruskan berdoa teruskan menjaga sop yang di tetapkan,kalau kita tak jaga kita siapa lagi yang nak menjaganya? Moga kita semua dilindungiNYA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!