Foto Via Firstpost

Satu dunia ‘kalut’ apabila rangkaian media sosial Facebook termasuk WhatsApp, Messenger dan Instagram tergendala baru-baru ini. Hal ini juga menyebabkan pengguna mengalami kegagalan mengakses kesemua laman sosial ini dalam tempoh kurang lebih enam jam.

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru
Foto Via iol.co.za : Chris Ratcliffe/Bloomberg

Tapi apa yang menariknya, medium komunikasi saingan Whatsapp iaitu aplikasi permesejan Telegram dilaporkan menerima 70 juta pengguna baharu kelmarin dipercayai pengguna-pengguna media sosial yang ‘lari’. Perkara ini didedahkan sendiri oleh pengasas Telegram, Pavel Durov di siaran Telegram miliknya.

Hmm…nampak sangat manusia tidak mampu hidup tanpa media sosial.

“Semalam (kelmarin), Telegram merekodkan peningkatan dari segi pendaftaran dan aktiviti. Kadar peningkatan harian di Telegram dalam melebihi batas normal dan kami menerima 70 juta ‘pelarian’ daripada platform lain dalam masa sehari.

“Saya bangga dengan kebolehan pasukan kami menangani peningkatan mendadak ini dan Telegram masih mampu berfungsi dengan sempurna untuk majoriti pengguna,” tulis Durov.

Pun begitu, menurut Durov, sebilangan pengguna di Amerika mungkin mengalami gangguan sedikit lembap berbanding biasa kerana jutaan pengguna baharu dari benua ini berpusu-pusu mendaftar ke Telegram dalam waktu bersamaan.

“Kepada pengguna baharu, saya ucapkan selamat datang ke Telegram, platform permesejan terluas.

“Kami tak akan kecewakan bila yang lain kecewakan anda,” ujar Durov, mengakhiri tulisannya.

Buat yang tidak familiar dengan aplikasi Telegram, kami senaraikan 10 kelebihan Telegram berbanding WhatsApp. Berikut adalah fungsi Telegram:

File Transfer Lebih Besar

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, dan telegram tak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Malah, sesiapa yang pentingkan kualiti imej gambar atau video, telegram tempat paling mudah dan cepat.

Group Chat 

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru
Group chat boleh masukkan 1000 orang ahli, namun kalau lebih dari 1000 orang ahli maka perlu upgrade ke Supergroup yang boleh masuk sehingga 5000-100,000 orang ahli. Lebih menarik lagi tentang Group Chat ni selain boleh jadikan semua ahli group sebagai admin dan fungsi reply adalah dengan cara :

i) Mention
Boleh mention kawan-kawan dalam group hanya dengan meletakkan simbol @ dan akan keluar senarai username ahli-ahli group.
.
ii) Hashtag
Hashtag boleh digunakan dalam mesej. Tujuan hashtag ni apabila kita ingin cari sesuatu perkara, kita boleh cari melalui search dan mulakan dengan #.

Dapat Menambah Rakan Melalui Username

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Menurut pembangun aplikasi ini, ciri ini direka untuk mengurangkan penyalahgunaan nombor telefon, Dengan cara itu, privasi pengguna dapat dilindungi dengan selamat.

IKLAN

Telegram menggunakan username sebagai ganti nombor telefon kita. Melalui cara ini, pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon.Dan username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram.

Uninstall Telegram

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Katakan tiba-tiba handphone ‘jam’, dan nak uninstall beberapa apps, antaranya Telegram.

Boleh je uninstall telegram dengan senang hati sebab semua mesej, nota penting, dalam tu tak akan hilang!

Bila install balik, masukkan nombor telefon yang sama, masih boleh lihat 100% sama macam sebelum kita uninstall. Kalau whatsapp ter-uninstall? Selamat hari raya lah. Kan.

Fungsi  ‘Search’ 

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Best nya Telegram ni, korang boleh search apa sahaja yang korang minat, nanti akan keluar list yang korang search tu. Contoh nak tengok movie secara percuma je, search movie, akan keluar channel movie yang dah set sebagai public. Kalau private kena join ikut link.

Contoh lain nak tengok drama melayu, keluar semua list channel dan berapa orang ahli channel yang dah join channel tersebut. Pendapat Lia, join channel yang mempunyai ahli yang ramai. Confirm channel tu mesti best!

Ruang Penyimpanan Tanpa Had

 

IKLAN
“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

 

 

Cloud storage semakin diperlukan pada masa kini kerana fail yang disimpan melalui cloud storage lebih selamat, tidak mudah hilang, tidak berada dalam peranti, dan mudah diakses.

Salah satu cloud storage yang boleh anda gunakan adalah Telegram. Aplikasi ini menyediakan ruang penyimpanan tanpa had yang bermaksud anda boleh menyimpan mesej, gambar, dan pelbagai fail lain di dalamnya secara percuma.

Mesej Rahsia

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Telegram juga mempunyai ciri yang dikenali sebagai mesej rahsia atau Secret Chat. Fungsi ini tidak akan ditemui pada aplikasi WhatsApp dan aplikasi sembang yang lain. Anda boleh menghantar mesej yang private and confidential.

Secret Chat ini menggunakan end-to-end encryption yang bermaksud tidak ada pihak lain yang mengethui mesej anda kecuali mereka yang berada di chat room yang sama. Telegram juga tidak dapat mengetahui apa yang anda bualkan di Secret Chat.

Secret Chat juga mempunyai self-destructed properties atau dapat memadamnya dalam jangka masa yang anda tentukan. Penghantar dan penerima mesej juga tidak dapat forward kepada orang lain.

Ada Touch ID / Password

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Untuk setengah orang, maklumat dalam telegram dia tu sangat privasi. Mungkin dia ada simpan banyak maklumat dalam telegram, jadi dia boleh set password hanya untuk apps Telegram sahaja.

IKLAN

Caranya mudah, pergi ke Setting – Privacy and Security. Boleh set password korang kat situ.

Lepas ni segala maklumat penting dalam telegram akan lebih selamat dengan adanya password. Menarik bukan?

Channel Telegram

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

Apa beza Channel dengan Group Chat?

Bezanya adalah Channel untuk medium penyiaran maklumat dengan cara ‘one way communication’, manakala Group Chat tujuan untuk berkomunikasi beramai-ramai dalam group.

Channel Telegram terbahagi kepada 2 iaitu:

i) Public – Boleh sebar luas dan tiada had keahlian

ii) Private – Ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin sendiri

Step untuk buat Channel Telegram,

Step 1: Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda
Step 2: Tetapkan sama ada nak buat Public Channel atau Private Channel
Step 3: Masukkan link
Step 4: Done!

Apa kelebihan Channel Telegram ni?

1. Ahli dalam channel unlimited, contoh ahli channel Lia sekarang dah lebih 15,000.
2. Ahli yang baru join dapat lihat semua post yang terdapat di dalam channel termasuk post paling awal.
3. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel.
4. Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
5. Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja.
6.Kalau 1 post admin delete, semua ahli takkan nampak lagi post tersebut.
7. Jumlah views bagi setiap mesej yang buka dan baca akan ditunjukkan di bahagian bawah kanan bersebelahan dengan masa.

Boleh Log In Dari Pelbagai Peranti

“Kami Tak Akan Kecewakan…,” Pengasas Telegram Ucap Selamat Datang Buat 70 Juta Pengguna Baru

WhatsApp secara umumnya hanya boleh digunakan pada dua peranti iaitu satu telefon pintar dan satu pada dekstop. Korang tidak boleh log masuk pada dua telefon pintar sekaligus untuk mengelakkan daripada digodam.

Tidak seperti Telegram, aplikasi ini dibolehkan log masuk akaun korang pada lebih dari satu peranti serentak. Hal ini akan memudahkan pada anda yang menggunakan pelbagai telefon pintar.

Menarik betul. Tapi malangnya, ada ura-ura mengatakan aplikasi Telegram ini akan dikenakan kaedah ‘paid features’. Tapi buat masa sekarang jangan risau, perkhidmatan mesej di Telegram masih kekal percuma. 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI