Jika korang masih ingat kemunculan filem pertama dalam trilogi siri To All The Boys I’ve Loved Before pada tahun 2018, babak pertama filem tersebut menampakkan seorang gadis Korea-Amerika bernama Lara Jean (Lana Conrad) yang menjalani kehidupan yang ringkas dan menyimpan perasaan mendalam terhadap lelaki dari sekolah menengahnya.
Namun, memasuki fasa terakhir siri ini, filem terbaru To All The Boys: Always And Forever yang bakal menemui penonton Netflix pada bulan Februari ini jelas menunjukkan betapa pantas masa telah berlalu dan bagaimana ia telah mempengaruhi diri Lara Jean dan teman lelakinya, Peter Kavinsky (Noah Centineo) untuk bersiap sedia berdepan dunia ‘orang dewasa’ selepas ini.
Menariknya, walaupun 3 tahun telah berlalu, mereka berdua masih tidak bosan untuk berada di samping sesama sendiri dan beranggapan hubungan kawan yang terhasil di antara Lana dan Neoh adalah sesuatu yang cukup istimewa.
Kata Noah, dia menyifatkan mereka berdua ibarat pasangan yang telah berkahwin. “Kami amat familiar sesama sendiri dan selesa untuk berada bersama. Saya sudah mudah menangkap hint dan mengetahui apa yang ingin diperkatakan oleh Lana tanpanya perlu berkata apa-apa.
“Saya merasa bertuah dapat mengenali dia dan untuk kami saling mempercayai sepanjang kami berkenalan.”
“Memandangkan ini adalah filem terakhir dalam trilogi ini, saya merasakan ia adalah pengalaman yang bittersweet.
“Namun, saya gembira apabila kami dapat menamatkan siri ini dengan skrip dan jalan cerita sebaik ini. No regrets. Saya juga berharap peminat siri ini akan menikmatinya kerana kami gembira menjayakannya untuk mereka,” katanya yang bakal terbabit dalam sebuah projek bersama Dwayne Johnson tak lama lagi.
Lana turut berkongsi perasaan yang sama dan berpendapat mereka bertuah dapat digandingkan.
Ads
“Kami selalu bercakap tentang bagaimana kami masih berkawan baik walaupun setelah bertahun-tahun bersama di set. Cuba bayangkan jika kami tidak sukakan diri masing-masing! (ketawa)
“Saya rasakan kami sudah sebati dengan diri masing-masing. We speak the same language, we feel the same way. Saya selesa untuk berada di sampingnya dan itu adalah ‘ultimate goal’ apabila kita cuba mencari keserasian. Semuanya bertambah natural buat kami.” Jelas, Lana akan merindui produksi To All The Boys.
Filem ketiga ini juga cukup istimewa (atau mencabar, bergantung kepada cara korang melihat situasi ini) apabila ia dilangsungkan semasa musim pandemik COVID-19.
Noah sendiri tidak begitu pasti jika mereka boleh meneruskan penggambaran.
“Kami berjaya juga menyiapkan filem ini, malah terlibat pula dengan photoshoot pada musim panas lepas. Pendemik membuatkan pengalaman ‘shooting’ di seluruh dunia berbeza, but we did it.”
Malah, produksi To All The Boys: Always And Forever juga ‘berani’ untuk memilih terbang ke Seoul, Korea Selatan bagi menjalani penggambaran di kampung halaman Lara Jean dalam filem tersebut.
Ia adalah keputusan yang amat penting bagi mereka demi menunjukkan sisi Lara Jean yang kian matang dan menghargai salasilah keluarganya.
Ads
“Saya rasakan bahawa Lara Jean dalam filem pertama dulu akan berbangga dengan Lara Jean yang kita tonton dalam filem ketiga ini.
“Lara Jean akhirnya melangkah ke dunia sebenar dan membuat keputusan penting bagi dirinya. Dia dahulunya tidak tahu pun cara untuk berkawan, dia hanya menghabiskan masa bersama bukunya. Lara Jean yang lebih matang ini lebih bersedia untuk menerima cabaran.
“Babak kami di Korea misalnya menunjukkan salasilah ibunya yang pernah menjadi seorang remaja perempuan seusianya dengannya and that is so beautiful. Ia mirip kisah hidup saya sendiri apabila saya sekeluarga pernah ke Vietnam untuk kali pertama bagi mendapat tahu lebih mengenai ibu bapa kandung saya,” kongsinya.
Untuk pengetahuan korang, Lana Condor merupakan anak angkat yang dipelihara oleh pasangan dari Amerika Syarikat sejak usia setahun namun asalnya dilahirkan di Vietnam pada tahun 1997.
*
*
Ads
To All the Boys Ubah Hidup Mereka
Satu poin penting yang ingin penulis fokuskan setelah tamat menonton ketiga-tiga filem tersebut (yes I went on a marathon) adalah bagaimana Noah dan Lana sendiri perlahan-lahan mulai menguasai bakat seni lakonan mereka.
Noah sendiri masih belum pernah membaca mana-mana novel karya Jenny Han itu! Namun dia semakin mahir untuk membawakan sesuatu karakter seperti Peter hanya bersandarkan kepada skrip yang diberikan.
“Saya, pengarah dan Lana sama-sama membentuk karakter Peter. Contohnya dalam babak di kedai bakeri, Peter yang pada mulanya riang semasa trip kelas di New York bertukar muram apabila mendapat tahu Lara Jean tidak diterima masuk ke Universiti Stanford. Itu adalah impian mereka berdua. Saya cuba memahami emosinya bila babak seperti ini muncul. Dari situ, saya bina karakternya.”
Lana Condor bersama penulis novel, Jenny Han.
Bagi Lara pula, dia percayai siri To All The Boys telah mengubah hidupnya, for the better.
“Saya merupakan peminat tegar ketiga-tiga filem ini dan saya peminat karakter Lara Jean. Saya percayakan ceritanya.
“Pengalaman terlibat dalam trilogi ini telah mengubah hidup saya. Apa yang belajar daripada Lara Jean adalah untuk menikmati hidup kita dan jangan cuba untuk membesar lebih pantas daripada masanya.
“Saya nampak bagaimana remaja sekarang cuba untuk ‘berlari’ ke arah alam dewasa. Mungkin disebabkan pengaruh media sosial, remaja kini terbawa-bawa dengan pendekatan orang dewasa. Dan Lara Jean bukannya seperti itu, dia gemar to take things slowly and go day by day. And that is what I like about her.”
To All The Boys: Always And Forever akan menemui korang di platform Netflix pada 12 Februari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap kali ada filem seram terbitan Indonesia yang menemui penonton di negara kita, pastinya ramai yang teruja untuk mencabar keberanian masing-masing.
Iyalah, filem seram Indonesia selalu sarat dengan elemen mistik daripada kebudayaan dan kepercayaan sesetengah masyarakat di sana.
Ditambah pula dengan teknik sinematografi dan jalan ceritanya yang mempunyai plot twist, kita pasti akan ternanti-nanti dibuatnya.
*
Selepas ditayangkan di Indonesia pada Oktober 2019, akhirnya filem Perempuan Tanah Jahanam menemui pawagam Golden Screen Cinemas pada minggu ini. Penulis sendiri sempat untuk menyaksikan filem tersebut sempena acara yang dianjurkan oleh portal Media Hiburan.
Walaupun memiliki jalan cerita baharu, beberapa puluh minit pertama filem ini akan mengingatkan korang kepada filem Pengabdi Setan yang memecahkan rekod gempak di Malaysia 2 tahun lalu.
Ini kerana Perempuan Tanah Jahanam juga diarahkan oleh Joko Anwar. Malah peminat filem seram di negara seberang berpendapat Perempuan Tanah Jahanam lebih menakutkan dan realistik berbanding Pengabdi Setan kerana tempoh penggambaran filem ini lebih panjang (satu setengah bulan) dan di lebih banyak lokasi.
Perempuan Tanah Jahanam menceritakan tentang seorang gadis bernama Maya (Tara Basro) yang ingin mengkaji sejarah keluarganya bersama rakan baiknya, Dini (Marisa Anita) sebagai peneman.
Maya dan Dini
Maya juga mendapat tahu dia merupakan waris kepada harta peninggalan keluarganya.
Namun, jejak Maya dan Dini sebaliknya bertukar seram apabila sejarah hitam penduduk kampung tersebut menghantui mereka berdua sehingga mampu meragut nyawa.
Penduduk kampung memberikan layanan dingin kepada mereka berdua dan rupa-rupanya ingin membunuh Maya demi menghentikan sumpahan yang berlaku kepada bayi yang baru lahir di kampung itu.
*
Bagi penulis, filem ini sarat mesej dan bermain dengan fikiran penonton akan misteri yang menyebulungi kampung itu. Tetapi di pertengahan filem, korang akan mulai terasa seram dengan kejadian yang berlaku satu-persatu sehingga korang tak sempat nak berehat daripada rasa terkejut.
Cer tonton reaksi finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja yang menonton semalam di bawah.
Pasti ada di kalangan korang yang sedang on-the-way ke konsert Blackpink In Your Area Kuala Lumpur, bermula jam 6 petang ini.
Seperti biasa apabila kita ingin ke mana-mana konsert, perkara paling penting yang selalu kita fikirkan adalah pakaian yang nak dipilih dan sama ada tiket konsert sudah dibawa atau belum.
Selain itu, kita juga mesti memikirkan sama ada untuk menaiki pengangkutan awam atau memandu kereta sendiri disebabkan kesesakan yang kita hadap (ke hazab) di sana.
Buatnya hujan pulak, sedih weh!
Namun, kita selalu terlepas pandang mengenai benda yang DILARANG daripada dibawa masuk ke venue konsert. Dah sampai sekuriti, barulah nak ‘terhegeh-hegeh keluarkan barang tersebut dari dalam beg.
It’s okay, been there done that.
Sebab itulah, kami nak warning awal-awal 8 benda ini yang seharusnya korang tinggalkan saja di rumah.
* * * * *
01
Payung atau barangan over-sized
Ada yang bertanya, “Kalau kawan saya over-sized macam mana?” Bi-a-dap betul.
Payung dilarang kerana ia akan menghalang pandangan penonton lain sekiranya hari hujan. Oleh itu, lebih baik korang sediakan baju hujan di dalam beg.
* * * * *
02
Kamera DSLR / profesional
Kebanyakan daripada penganjur konsert akan menyediakan jurugambar mereka sendiri. Oleh itu, sama ada golongan media atau penonton biasa dilarang untuk mengambil gambar menggunakan peralatan canggih seperti DSLR.
* * * * *
03
Perakam Video / Perakam Suara
Begitu juga dengan video cam dan voice recorder. Jika nak rakan sekalipun, lebih baik gunakan telefon pintar korang (secara senyap-senyap!)
* * * * *
04
Minuman Alkohol Dan Dadah Terlarang
Siapa yang nak mengaku mereka membawa masuk dadah dan alkohol, kan? Jadi, jika korang tahu kawan sebelah merancang untuk membawa dadah, nasihatkan mereka agar lupakan saja niat itu. Nanti kena tangkap kan susah.
* * * * *
05
Minuman Bertin dan Bergelas
Di dalam venue konsert ada menyediakan kaunter belian untuk makanan dan minuman. So jangan risau okay!
* * * * *
06
Laser Pen / Pointer
Terutamanya bagi yang akan duduk di hadapan pentas, mereka selalu teruja untuk bermain dengan gajet berlaser. Elakkan kerana ia akan menggangu konsentrasi penyanyi dan pemuzik nanti.
* * * * *
07
Senjata Atau Objek Tajam
Demi keselamatan orang ramai, sebarang objek tajam dan merbahaya akan dilarang daripada dibawa masuk, sama sekali.
* * * * *
08
Bendera / Poster Politik
Kami tahu rakyat Malaysia sekarang sedang kecoh dengan isu politik sana sini, tapi tak perlulah sampai nak bawa poster parti ke konsert. Spoil mood betul!
Why not, korang enjoy je dengan performance Blackpink malam ini. Dah bayar tiket mahal-mahal, rugi kalau korang tak feel betul-betul!
Hit you with that Ddu-du Ddu-du Du!
Terima kasih kepada MacpiePro yang menganjurkannya pada kali ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun dunia semakin berubah dengan pantas, esen kepada ciri-ciri kepimpinan masih sama seperti zaman terdahulu.
Sejak kecil, kita dibesarkan dengan kisah-kisah pemimpin hebat dunia Islam yang banyak mengubah corak kepimpinan dan kehidupan masyarakat Islam sedunia.
Mungkin sempena Pilihan Raya Umum ke 14 ini, kita boleh mengharapkan agar ciri-ciri lima pemimpin hebat Islam ini ada dalam diri calon mana-mana parti.
Gemar Turun Padang
Walaupun diberikan tampuk kuasa pemerintahan, ia tidak harus disalah guna untuk menguntungkan diri sendiri dan orang terdekat. Sebaliknya, rakyat yang memerlukan bantuan dibela.
Saidina Umar al-Khattab mudah menitiskan air mata jika ada rakyat yang kelaparan. Beliau tidak mampu untuk tidur dengan nyenyak sehinggalah dapat memastikan perut rakyat terlah terisi dengan makanan.
Dalam bahasa mudah, seharusnya pemimpin sentiasa berusaha untuk menjamin rakyat dapat hidup dengan selesa.
Membantu Dengan Ikhlas
Satu hari, Saidina Umar al-Khattab bertemu dengan seorang ibu yang memasak batu hanya untuk menghiburkan anaknya yang menangis kelaparan. Semuanya gara-gara tidak mampuk memiliki makanan.
Pada waktu itu juga, beliau memikul sekarung gandum dari gudang negara untuk diberikan kepada wanita tersebut namun merahsiakan kerja amalnya itu. Dalam dunia sekarang, janganlah pemimpin mengharapkan liputan media untuk datang sebelum mereka menghulurkan tangan bantuan.
Ikhlaslah ketika membantu rakyat.
Pikul Amanah Negara
Pemimpin hebat, Khalifah Umar bin Abdul Aziz akan memastikan rakyat di bawah kepimpinannya tidak lagi terdiri daripada golongan penerima zakat. Penurunan statistik kemiskinan semasa zamannya menjadi penanda betapa sistematik cara beliau menguruskan amanah dan ekonomi negara.
Berani Pertahankan Rakyat
Panglima kaum Muslimin, Salahuddin al-Ayyubi menghabiskan separuh daripada kehidupannya untuk membebaskan negeri Muslim daripada cengkaman penindas. Bagi beliau, tidak sejengkal pun tanah kaum Muslimin boleh dihina atau dirampas oleh sesiapa pun.
Beliau pantang menyerah tatkala berada di medan jihat sehingga beliau begitu disegani oleh pemimpin dunia pada waktu tersebut.
Sumber: Timbalan Mufti Perak
* * * * *
Diharap bakal pemimpin daripada mana-mana parti boleh mencontohi sifat kepimpinan yang ada pada mereka ini. Bukan sekadar menaburkan janji manis dan beramah mesra semasa tempoh berkempen saja.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!