BTS telah mengumumkan bahawa mereka akan berehat daripada aktiviti kumpulan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solo mereka. Huh, biar betul?
Kumpulan Kpop itu membuat kejutan pada malam 2022 BTS Fiesta, iaitu bagi meraikan ulang tahun BTS sebagai satu kumpulan dengan menyiarkan video pengumuman tentang hala tuju dan masa depan kumpulan mereka.
Selepas menikmati minuman dan berbual bersama, Suga memulakan perbualan dengan berkata. “Kami akan berehat sekarang.”
“Perlukah kami bercakap tentang sebab kita tidak mengadakan FESTA (tahun ini) dan mengapa kami tidak membuat banyak projek baharu?” sambung Suga.
RM menambah, selepas beberapa single BTS dicalonkan di Anugerah Grammy, dia menegaskan kumpulan itu sudah penat.
“Tidak ada masa untuk saya berkembang. Bukan sahaja daripada segi kemahiran, tetapi sebagai seorang manusia. Saya sangat berbeza daripada 10 tahun yang lalu dan memerlukan masa untuk berfikir bersendirian supaya pemikiran itu boleh matang menjadi sesuatu yang lebih unik,” ujar RM.
Jimin berkata, “Kami mua memikirkan jenis artis yang masing-masing ingin diingati oleh peminat. Saya fikit kerana itu kami sedang melalui masa yang sukar, kami cuba mencari identiti dan itu adalah proses yang meletihkan serta berpanjangan,” tambahnya.
Suga juga menambah, kerana sangat penat, dia bergelut untuk mencari inspirasi bagi menghasilkan penulisan lagu baharu.
“Perkara paling sukar ialah menulis lirik. Saya tidak boleh berfikir tentang apa yang saya rasa dan ingin katakan secara peribadi, tetapi saya rasa seperti hanya memaksa perkara itu sekarang.. dan itu adalah perkara yang sangat sukar,” jelas Suga.
“J-Hope memberitahu saya tentang perkara ini, kami semua boleh benar-benar fokus pada aktiviti solo buat masa ini dan kemudian kembali bersama sebagai satu kumpulan. Sinergi itu akan menjadi lebih baik daripada sebelumnya,” kata V pula.
Ads
Sudah tentu berita ini membuatkan ramai peminat BTS sedih, namun mereka tetap memberikan sokongan yang terbaik buat kesemua ahli kumpulan kpop ini.
Ads
Sebagai peminat kami pasti ramai yang memahami dan bersikap terbuka menghormati keputusan yang diambil oleh kumpulan BTS ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Petik saja nama Uyaina Arshad, tentu ramai terus terbayangkan karakter pelakon serta hos yang ceria telatahnya, punya buah fikiran yang bernas dan tentunya kecekapannya apabila melontarkan pendapat.
Uyaina terbaru, meluahkan rasa bosannya terhadap gelombang berita berkaitan dengan isu kecurangan dan kisah penyondol yang hangat diperkatakan dalam media sosial baru-baru ini. Rasa muak itu, katanya, timbul setiap kali dia melayari media sosial yang seringkali memaparkan berita-berita berkaitan dengan kontroversi rumah tangga artis tempatan.
Dalam satu rakaman TikTok, Uyaina menyatakan kebimbangannya terhadap arus berita yang sama yang terus-menerus mengisi ruang berita di platform itu.
“Saya sudah bosan dengan berita yang sama. Asyik-asyik cerita mengenai isu penyondol. Asyik-asyik berita pasal curang dan rumah tangga orang. Bila hendak habis ini? Berapa ratus episod?” katanya dengan nada kesal.
Sempat melontar pendapatnya, Uyaina memilih untuk menonton kandungan berkaitan agama daripada cerita kontroversi selebriti tempatan. Dia juga menasihatkan para pengikutnya untuk menyibukkan diri dengan aktiviti yang lebih bermanfaat.
“Pelik, buka Instagram, TikTok dan aplikasi X cerita yang sama. Tahun bila nak habis ini? Penatlah, baik buka kandungan mengaji al-Quran. Lebih bagus kan?” katanya.
Walaupun meluahkan rasa kesal dengan menggunakan bahasa ‘F’, Uyaina juga mencuri perhatian dengan kelancarannya dalam menggunakan bahasa tersebut. Teruja dengan kebolehannya menggunakan bahasa F dengan lancar, netizen tidak terkecuali dari memberikan pujian dan sokongan kepada selebriti itu.
@uyaina.arshadBo fo san fan ta fa hu fu tak fakkkkk 🥵 Bila nak habis niiiii 🫠
“Ingatkan Uyaina cakap dengan bahasa Turki atau Sepanyol, rupa-rupanya bahasa F. Seronok tengok dia lancar guna bahasa F. Ini bahasa rahsia zaman sekolah!” komen seorang pengikut.
Bahasa F, yang popular pada tahun 1990-an, sering digunakan untuk berbual tentang perkara yang enggan diketahui oleh pihak lain. Namun, dalam kes ini, ia digunakan sebagai alat untuk meluahkan rasa kesal yang dialami Uyaina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan hanya paras rupa yang digilai ramai, Hero Malaya, Remy ishak juga terkenal dengan sikap merendah dirinya.
Menurut pelakon filem Sangkar itu, walaupun sudah lama berada dalam industri seni tanah air, namun dia mengganggap setiap hari adalah proses pembelajarannya sebagai seorang anak seni.
“Macam saya dahulu, saya pun ada idolakan seseorang. Tentunya apabila orang jadikan kita penanda aras, kita akan rasa berbangga kan. Tapi, saya sendiri pun masih belajar.
“Dalam dunia lakonan ini tak ada orang yang lama sebab kita semua bermula dengan benda baharu. Saya pun masih proses belajar. Jadi, bila orang rasa nak berlakon dengan saya, percayalah saya pun gementar.
“Sebab saya pun baharu. Setiap projek adalah baharu. Tapi, Alhamdulillah kalau ada orang rasa keterujaan itu,” katanya.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang putera ini memaklumkan dirinya sentiasa terbuka untuk membantu pendatang baharu saat dijadikan rujukan ketika berada di set pengambaran.
“Ya ada. Tapi, saya tak ingat nama. Dalam set pun ada yang tanya dan merujuk kepada saya. Okey sahaja untuk ajar. Kita tak boleh anggap budak baru lahir, terus berlari. Mereka perlukan masa untuk merangkak, kemudian berjalan.
“Beri mereka waktu. Saya pun pernah berada di situasi begitu. Takkan kita nak anggap mereka terus tahu semua,” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tarikh 15 Mac kedengaran seperti baru saja berlalu. Namun, tempoh hampir dua bulan itu dirasakan amat panjang bagi penduduk Christchurch, New Zealand yang masih terkesan dengan serangan pengganas di 2 buah masjid terbabit.
Masjid Linwood serta Masjid Al Noor di Christchurch menjadi saksi kepada kejadian berdarah yang meragut 51 nyawa (angka terkini) pada hari Jumaat mulia.
Menurut laporan media di stuff.co.nz, ahli jawatankuasa Masjid Linwood yang terkesan dengan serangan tembakan rambang itu berharap agar bulan Ramadan ini akan menjadi ‘bulan terapi’ bagi komuniti Islam di kejiranan tersebut.
Imam Abdul Lateef berkata, mereka telah memasang lantai serta karpet baru untuk menyambut kehadiran Ramadan. Begitu juga dengan dinding yang sudah dicat baru. Ini semua bagi menerima kunjungan jemaah yang akan memenuhi ruang legar bagi menunaikan solat sunat Tarawikh.
”Ya, kami masih trauma dan sukar untuk lupakan ‘luka mendalam’ itu. Tapi apabila komuniti di sini semakin kuat dan bersatu, kami boleh mengharapkan antara satu sama lain,” kata beliau.
***
Di Masjid Al Noor Christchurch pula, orang ramai termasuklah yang bukan beragama Islam masih mengunjungi pada setiap hari untuk memberikan penghormatan dan sokongan. Orang ramai kelihatan tak kekok untuk memasuki ke pekarangan masjid yang kini dikawal oleh anggota polis selama 24 jam itu.
Aktiviti keagamaan seperti sesi tutor fardhu Ain, bersolat dan menjemput tetamu bukan Islam menyarungkan tudung sebelum melawat masjid itu berjalan lancar seperti biasa.
Masjid yang menjadi saksi kepada 41 jemaah terkorban seakan menyatukan umat Islam dan pada masa yang sama menarik minat orang luar terhadap Islam.
REMAJA rasakan kita sendiri boleh mengambil contoh bagaimana komuniti Islam di sana mengimarahkan masjid mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran bulan Ramadan ini.
Masjid menjadi tempat mereka berteduh, bergaul dan menuntut ilmu. Mungkin kita sebagai penerus generasi juga seharusnya berbuat sedemikian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!