
Trend selebriti wanita popular berkahwin secara ‘mengejut’ nampaknya diteruskan lagi. Kali ini, tiba giliran penyanyi yang bermula sebagai personaliti berbakat YouTube, Elizabeth Tan.
Biarpun empunya badan masih belum mengesahkan perkara tersebut dan dilihat masih berteka-teki dengan peminat menerusi hantaran Instagram Story pada pagi ini, foto perkahwinan Elizabeth yang mesra dengan panggilan Lizzy telahpun bertebaran di media sosial sehingga menjadi bualan warganet pada pagi ini.

Foto-foto tersebut menyaksikan Lizzy dikahwinkan oleh bapanya, David Tan Suan Chew kepada lelaki pilihan berbangsa Cina yang kini dikenali sebagai Siew Jin.

Cantik dalam persalinan serba putih minimal, Lizzy dilihat girang dan tidak dapat menyembunyikan rasa gembira yang jelas terpancar pada wajahnya.
Dakwaan Lizzy telah menamatkan zaman bujang ini turut diperkuatkan oleh beberapa kenalan baik Lizzy seperti seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai @_esthygram_.

Terdahulu, Lizzy pernah menjayakan gimik berpakaian pengantin demi video klip terbaru berjudul Beku nyanyian bersama Hazama. Ramai yang ‘tertipu’ dengan gimik tersebut dan ia berjaya menjadi topik perbualan ramai warganet.

Apapun, kita nantikan sajalah perkembangan terbaru daripada Lizzy sekiranya benar dia telah berkahwin. Jika ya, congratulations sweetheart! *Berkecai lagi hati lelaki seMalaya.*
ARTIKEL BERKAITAN : Hannah Delisha Kahwin Secara Rahsia Setahun Lalu?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Bercerai Tak Semestinya Perlu Bermusuh & Bukanlah Penamat Segalanya” -Emma Maembong

Aktres jelita, Emma Maembong berharap orang ramai tidak mencetuskan spekulasi berkaitan perceraiannya dengan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, demi kebaikan anak-anak mereka.
Menerusi hantaran di Instagram, pelakon drama Takdir Itu Milik Aku itu memaklumkan bahawa dia masih menjaga hubungan baik dengan Shazli, yang merupakan bapa kepada kedua putera kesayangan mereka.
“Kami berharap semua pihak tidak memanjangkan berita perceraian ini dan tidak mereka-reka cerita tidak benar memandangkan hubungan kami baik-baik sahaja.
BACA: Emma Maembong Rahsiakan Penceraian Hingga Tamat Tempoh Idah Untuk Tidak Keruhkan Keadaan

“Apatah lagi, kesihatan mental anak-anak adalah keutamaan kami sebagai ibu bapa. Bercerai tidak semestinya perlu bermusuh dan bukanlah penamat segalanya,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Emma juga meminta agar orang ramai tidak campur tangan dalam urusan keluarganya agar dia dan Shazli dapat fokus membesarkan dua orang putera mereka.
“Ajal, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia sebaik-baik perancang.
“Sekali lagi, kami berdua memohon diberikan ruang peribadi untuk kami membesarkan dua putera kami dengan sihat,” jelasnya.
BACA JUGA: Sering Terima Teguran Soal Pantang, Emma Maembong Akhirnya Bersuara

Menurut Emma, mereka pada awalnya tidak berniat untuk mengumumkan perceraian, tetapi terpaksa berterus terang untuk mengelakkan sebarang fitnah.
“Malangnya, jodoh kami buat masa ini sampai di sini sahaja. Jika diikutkan, kami tidak mahu mengumumkan mengenai perceraian ini kerana enggan memanjangkan isu.
“Namun, bagi mengelakkan sebarang fitnah, kami sama-sama bersetuju untuk memaklumkan perceraian ini,” ujarnya.
Berita mengenai perceraian Emma dan Shazli mula tersebar di media sosial semalam. Emma juga memaklumkan bahawa dia sudah tamat tempoh idah dan mengambil pendekatan untuk tidak menghebohkan berita perceraian bagi mengelakkan situasi menjadi keruh.
Sekadar info, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel, 3, dan Shakil Aryan Shah, yang kini berusia setahun.

Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Emma Maembong
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solat Sunat Qabliah Sebelum Subuh, Hanya 2 Rakaat Tapi Nilainya Lebih Dari Seisi Dunia

Walau hanya solat sunat tetapi ganjaran yang Allah berikan sangat tinggi nilainya. Ramai melihat solat sunat, buat dapat pahala tak buat tak mengapa tetapi jika kita “rajin”sedikit melakukan solat sunat, fadilahnya ternyata lebih dan pasti kita tak sangka ganjarannya.
Mungkin ramai tertanya-tanya mengenai solat sunat Qabliyah yang hanya dua rakaat namun ganjaran melakukannya sebelum kita solat Subuh adalah solat sunat terbaik dari seisi dunia.
Rugi jika tak buatkan.
Baca juga perkongsian dari page Islam Itu Indah tentang kebaikan solat sunat ini.
"Peringatan Buat Diri"
1 – Jangan tinggal solat sunat qobliah subuh sekalipun bangun jam 6:45 pagi kerana Nabi saw ada bersabda bahawa ganjaran solat ini adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Kecuali dah terlampau hampir waktu subuh habis , maka hendaklah segera kerjakan solat fardhu subuh.
2 – Zikir Subhnanallah, Alhamdhulillah, Allahu Akbar, 33 kali jgn ditinggalkan setiap kali lepas solat. Kerana ini lah zikir khas buat anak Nabi saw , Fatimah sebagai zikir istiqamah penguat semangat.
3 – Berusahalah sedaya upaya utk solat subuh berjemaah di rumah-rumah Allah, @ paling kurang berjemaah dgn anak isteri di rumah, kerana ganjaran solat subuh berjemaah adalah sama seperti berqiamullail sepanjang malam.
4 – Jangan dilepaskan peluang berdoa selepas azan sebelum iqomah setiap waktu solat kerana disana diantara waktu-waktu mustajabnya doa.
5 – Pelajari serta hayati setiap bait-bait bacaan dlm setiap solat, bawa ia setiap kali solat, seolah-olah kita berbisik mengadu hal dgn Robbul Jalil setiap kali kita solat, agar dgn yg demikian hati kita sentiasa berada dlm solat, mudah-mudahan dgn asbab itu jugalah hati kita tidak lalai setiap kali solat. (memang itu pun diantara tujuan 5 kali sehari kita bersolat) dan itu janji Allah bahawa solat yg sedemikianlah punyai roh untuk menjaga kita dari berbuat keji & mungkar.
6 – Jangan dilepaskan Al Quran setiap hari terutama selepas solat subuh, bacalah apa juga surah, selain jadikanlah amalan 3 surah ini setiap hari yaitu, 10 awal & akhir surah Al Kahfi, surah Al Waqiah, juga surah Al Mulk. Asbab kepada sabda nabi : Bacalah Al Quran.. sesungguhnya Al Quran itu akan memberi syafaat (pertolongan) pada sahabat-sahabatnya.
7 – Jangan ditinggalkan solat-solat sunat qobliyyah ba'diyyah, witir, dhuha kerana solat sunat itu menambah asbab kepada redhanya Allah pada kita.
8 – Sentiasalah istiqamah solat di awal waktu. Wanita; bersedia, ternanti-nanti masuknya waktu solat manakala lelaki berusaha istiqamah solat berjemaah di rumah-rumah Allah kerana ia adalah sunnah Nabi kita saw yg utama.
9 – Lazimi menjaga wudhu' setiap masa kerana orang yg punyai wudhu' akan didampingi para malaikat-malaikat Allah.
10 – Amalkan sentiasa bawa ke mana-mana kayu sugi untuk bersugi kerana ada 70 kelebihan orang-orang yg sentiasa bersugi; antaranya, Zikir & bacaan ayat-ayat Al Quran orang yg bersugi lebih 70 kali di sukai Allah berbanding bacaan orang-orang yg tak bersugi. Dua rakaat solat orang yg bersugi juga lebih disukai Allah vs 70 rakaat solat orang yg tak bersugi, dan juga syaitan benci pada golongan-golongan mereka yg istiqamah bersugi.
12 – Sentiasalah melazimi lidah untuk berzikir seperti selawat @ kalimah-kalimah taubat @ kalimah-kalimah tauhid asbab kita bersugi dikatakan mulut kita ringan untuk tujuan itu.
13 – Lazimi pagi-pagi dgn kurma dan ambillah juga ia sebelum tidur kerana khasiat makanan sunnah ini sudah cukup sempurna bg menjana hormon perangsang kesihatan & kecergasan tubuh & juga minda kita untuk menjurus kepada sentiasa berfikir yg positif setiap hari.

13 rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu :
1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat ..
2 – Berdiri Betul : Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur ..
3 – Takbir-ratul Ihram : Fadhilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur ..
4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur ..
5 – Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur ..
6 – I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur ..
7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM ..
8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur ..
9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar ..
10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur ..
11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur ..
12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur ..
13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah SWT..
Perbaiki solatmu, maka Allah akan perbaiki hidupmu.
Cintailah Nabimu, maka Allah akan mencintaimu.
Muliakanlah ibumu, maka Allah akan memuliakanmu.
Bahagiakan ayahmu, maka Allah akan bahagiakan hidupmu.

Cara menjaga solat waktu :
1 – Buat solat taubat ..
2 – Solat diawal waktu ..
3 – Qada solat jika tertinggal ..
4 – Paksa diri untuk solat walaupun rasa terpaksa ..
5 – Berdoa semoga diri diteguhkan keimanan ..
6 – lstighfar jika terniat untuk tinggalkannya.
Masukkan 5 perkara dalam hati kita :
1 – Rasa ingin dekat dengan Allah ..
2 – Rasa ingin diampuni Allah ..
3 – Rasa ingin dibersihkan ..
4 – Rasa ingin diangkat darjat ..
5 – Rasa ingin diubah tabiat
KESIMPULAN :
Berusahalah menyantuni akan setiap perkara-perkara sunnah kerana itu semua akan mengundang redha Allah kepada kita.. Asbab bertambahnya redha Allah pada kita maka janji Allah
"Wahai jiwa-jiwa yg sentiasa tenang, kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan engkau redha dan aku redha. Dan berkumpullah kalian dalam kalangan orang-orang yg berbahagia dan masuklah kalian ke dalam syurga".
Kalau lah seluruh manusia mengetahui akan ini lah tujuan utama kenapa kita hidup di dunia ini (hanya nak dapatkan redha Allah) ketika mana saat kematian menjemput kita..
Nescaya sepanjang masa seluruh manusia akan sentiasa khusyuk lagi tawadhu dlm berusaha untuk mengejarnya.
Alhamdulillah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu BTS Jadi Soundtrack Filem Playing With Fire, Serius Berbaloi & Menghiburkan

Filem komedi antara yang sering mendapat tempat di hati penonton masyarakat Malaysia kerana rata-rata daripada kita menonton genre seperti ini untuk berhibur dan bersantai tanpa perlu memeras otak untuk berfikir.
Playing With Fire lakonan John Cena, Keegan-Michael Key, John Leguizamo dan Brianna Hilderbrand membuka tirai 2020 dengan lagak komedi santai yang pastinya sangat sesuai ditonton seisi keluarga buat mengisi masa lapang dan merapatkan lagi hubungan di antara satu sama lain.

Filem ini mengisahkan tentang sepasukan anggota bomba terpaksa menjaga tiga orang beradik yang mereka telah selamatkan daripada kebakaran dan tanpa disedari, mereka berhadapan detik sukar untuk mengawal ketiga-tiga beradik nakal itu.

Seperti yang korang tahu, sebelum ini John Cena merupakan seorang ahli gusti yang popular sekitar awal tahun 2000-an dahulu. Kalau lihat lagaknya yang garang dan serius tu, korang hampir tak percaya jika lelaki ini mampu melakonkan watak komedi dengan baik sekali.
Boleh dikatakan satu panggung terhibur dengan aksi lucu yang dibawa oleh John Cena bersama rakan-rakannya dalam filem ini. Ada sahaja babak yang bikin korang nak tergelak.

Walaupun jalan ceritanya agak cliche, tapi macam kami katakan tadi, untuk hiburan santai dan mengisi masa lapang bersama orang tersayang, why not korang try menonton filem ini. Memang sempoi habis. Dari awal cerita sampailah akhir, memang kami terhibur.
Malah, lebih gempak lagi apabila filem ini turut menggunakan lagu BTS yang bertajuk Fire sebagai muzik latar.
I’ve said before, I admire the message @bts_bighit sends thru music. @BTS_ARMY you’ll hear some familiar “Fire” in #PlayingWithFireMovie OUT FRIDAY! Thank you @andyfickman for using a favorite song of mine! (Only because RM wears jorts in the video) pic.twitter.com/rlXFcw8faA
— John Cena (@JohnCena) November 6, 2019
Menurut laporan Koreaboo sebelum ini, John Cena menjelaskan bahawa pengarah filem tersebut bertanggungjawab terhadap keputusan bagi memilih lagu tersebut untuk dimuatkan dalam filem itu.
Nah, kalau korang bukan Army pun, korang akan terhibur menonton Playing With Fire. So guys, weekend ni bolehlah beramai-ramai serbu panggung wayang, yeah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

