Tiada angin, tiada ribut, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar bercerai secara baik.
Rahsia yang disimpan oleh Emma, 32 hingga tamat tempoh idah sekarang adalah agar episod perpisahan ini tidak diperbesarkan. Dirinya juga enggan mengeruhkan keadaan demi kebaikan keluarganya terutama anak-anak.
Memetik kenyataan Emma kepada Harian Metro, tujuannya terus memuat naik bersama bekas suaminya itu di laman media sosial pula adalah demi kebaikan anak-anak mereka agar emosi kekal stabil dan tidak terkesan dengan perpisahan mereka.
Kata Emma lagi, dirinya kini hanya ingin memastikan dua orang anaknya iaitu Shariq Gabriel, 4 dan Shakil Aryan Shah, 1 melihat keluarganya masih bahagia biarpun ibu bapa mereka tidak tinggal sebumbung.
“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.
Ads
“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu, saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman,” ulasnya.
Bagi pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail berkenaan, perkahwinan diakui bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi pelbagai dugaan perlu ditempuhi sebagai suami isteri dan ibu bapa setelah pasangan menerima cahaya mata.
Ads
Bagaimanapun, Emma bersyukur hubungannya kini dengan bekas suami baik-baik sahaja dan masing-masing menerima perpisahan yang berlaku dalam keredhaan dan penuh kematangan.
Buat masa ini, fokus mereka berdua hanyalah untuk membesarkan kedua-dua anak mereka dengan melibatkan kedua-dua pihak serta ahli keluarga yang lain buarpun sudah tidak bersama.
Ads
Sebagai rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Mengakhiri zaman bujang merupakan satu detik yang dinanti buat semua pasangan yang ingin berkahwin. Namun, kita hanya merancang, sebaliknya Tuhan yang menentukan segalanya.
Tidak semua perancangan yang diatur berakhir dengan keindahan. Seorang bakal pengatin dari Singapura, yang dikenali sebagai Shasha telah mendapat perhatian netizen apabila momen yang ditunggu untuk meraikan perkahwinan bersama pasangan bertukar menjadi ‘mimpi buruk’ kerana tiga minggu sebelum majlis, tunangnya membatalkan perkahwinan.
Segala persiapan majlis seperti urusan katering, bunga dan pakaian telah pun siap dan hal ini menambah lagi tekanan buat bakal pengantin perempuan.
Seiring berjalan waktu pengantin lelaki dan keluarga tidak langsung menghubunginya untuk membincangkan situasi yang terjadi kepada mereka, gadis itu memutuskan untuk meneruskan sesi photoshoot secara berseorangan kerana tempahan fotografi dan gaun pengantin semuanya telah dibuat.
sg menjadi viral dan mendapat lebih daripada 1.7 ribu perkongsian di laman Facebook. Shasha dilihat sebagai seorang yang positif dan kuat kerana ingin meneruskan penggambaran walaupun tanpa pengantin lelaki.
Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat gadis Singapura ini.
Kami turut mendoakan agar Shasha terus kuat dan bertemu dengan pasangan yang lebih baik nanti.
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan komposer terkenal, Amylea Azizan kini bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad.
Pasangan itu disatukan pada majlis akad nikah di rumah keluarga Amylea di Sungai Petani, Kedah, bagaimanapun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka.
Dalam majlis secara tertutup, penyanyi lagu popular Tetap Kamu itu menerima mas kahwin senaskhah al-Quran, telekung serta hantaran bernilai RM8,888.
Selain itu, Amylea menerusi kenyataan media bersyukur kini bergelar isteri. Katanya, tanpa disangka perkenalan secara singkat itu berakhir ke jenjang pelamin.
“Sebenarnya, saya belum bersedia mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat. Namun, kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perkenalan saya dengan suami bermula dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.
“Bila selesa berkawan, suami terus melamar saya. Suami buat keputusan selepas mendapat petanda baik daripada solat istikharah dan terus berjumpa keluarga saya,” katanya.
Sempena pernikahan, penyanyi berusia 37 tahun itu tampil dengan single baharu berjudul Panji Putih Buat Pangeran didedikasikan khas buat suaminya.
Amylea berkata, lagu itu dicipta sebagai tanda cinta yang akan kekal hingga akhir hayat dan dapat didengari oleh anak cucu suatu masa nanti.
Dah banyak isu tentang kahwin muda yang selalu kita baca di media sosial mahu pun media-media elektronik.
Ramai menyokong tindakan kahwin muda sebab katanya tak nak berlakunya maksiat dan lebih baik kahwin saja.
Bermulalah perkongsian indah si pengantin baru tentang kehidupan yang lebih berkat, rezeki makin bertambah dan tanggungjawab digalas bersama-sama pasangan. Oh sweetnya!
Persoalannya, senang ke nak kahwin dan hidup berumah tangga ni?
Nah, setiap orang mempunyai pandangan mereka sendiri. Lain pula bagi Gatdi yang tidak berapa setuju untuk mengajak anak muda berkahwin awal. Dia sendiri berkahwin pada usia 22 tahun dan dia jugalah orang yang paling tak suka untuk perjuangkan kahwin muda.
Nak tahu kenapa? Jom ikut thread twitter ni..
1. Jangan bandingkan diri dengan orang lain
2.Jangan kahwin sebab ikut trend
3. Kahwin ni benda serious
4. Dah sedia mental?
5. Komitmen bertambah
Tapi, baginya kalau dah memang ada peluang dan ruang untuk berkahwin, kahwin je la. Usahalah sebaik mungkin dan Rasulullah sendiri menyuruh untuk berkahwin muda, tapi ada syaratnya.
Syarat untuk kahwin adalah MAMPU. Mampu zahir dan batin.
MAMPU= KEWANGAN
KEWANGAN=DUIT
So, pendapat korang macam mana pula? Tepuk dada, tanya selera! Apa-apa pun semua yang kita lakukan dalam hidup ni ada pros and cons. Paling penting, buatlah keputusan dengan bijak, bukan sekadar hanya mengikut hawa nafsu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JYP Entertainment menyumbang 100 juta Korea Won bagi membantu kos rawatan rehabilitasi kanak-kanak dan remaja OKU menerusi program Every Dream Matters.