Konsert Kaleidoscope kembali untuk penganjuran kali kedua, menjanjikan hiburan berkualiti dengan barisan artis terkenal dari industri hiburan tanah air.
Diketuai oleh Naib Juara Big Stage 2022, Danial Chuer, konsert ini akan menampilkan dirinya bersama pelajar tahun akhir dalam bidang Komposisi Muzik di Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Konsert Kaleidoscope 2.0 bakal berlangsung pada 10 dan 11 Januari 2025, bertempat di Dewan Konsert Seri Budiman, UiTM Shah Alam, bermula jam 8.45 malam.
Menyusuli kejayaan penganjuran Kaleidoscope yang pertama pada awal tahun 2024, Kaleidoscope 2.0 akan mengetengahkan 11 hasil komposisi baharu serta 9 gubahan semula oleh pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Muzik (Komposisi) UiTM.
Ads
Konsert ini juga akan diserikan dengan penampilan artis terkenal seperti Aisha Retno, Elica Paujin, Daniesh Suffian, Sabrina Azman, Luqman Faiz, dan juga pengarah konsert itu sendiri, Danial Chuer.
Selain itu, konsert ini juga melibatkan kerjasama dua organisasi pelajar UiTM iaitu Persatuan Muzik Komposisi dan Persatuan Perniagaan Muzik. Para pelajar dari pelbagai program di UiTM seperti Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik Persembahan, Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Seni Muzik, Diploma Muzik serta Diploma Produksi Audio Digital turut mengambil bahagian dalam menjayakan konsert ini.
“Kaleidoscope merupakan satu platform untuk semua pelajar mempelajari, mendalami serta mempamerkan kebolehan dalam bidang komposisi muzik di samping mengembangkan bakat dalam persembahan.
“Proses pembelajaran ini bukan sahaja terhad kepada aspek permainan muzik tetapi juga merangkumi pengurusan serta pengendalian acara. Sebagai seorang yang aktif dalam industri, saya berasa bertanggungjawab untuk memberikan peluang serta pendedahan kepada seluruh pelajar tentang hal-hal berkaitan industri muzik.
Ads
Konsert ini adalah persediaan awal buat pelajar UiTM supaya mereka mampu bersaing serta memenuhi permintaan industri terutamanya dari sektor pekerjaan apabila melangkah ke dunia industri sebenar. Walaupun sumbangan ini kelihatan kecil, saya yakin ilmu dan pengalaman ini dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari sepanjang berada di UiTM,” kata Danial.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan hasil karya dan gubahan pelajar-pelajar berbakat ini yang bakal mencorakkan masa depan industri muzik tanah air.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama bersiri The Penthouse 2 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan pengakhiran yang menimbulkan tanda tanya. Seperti biasa, kalau tak suspen bukanlah The Pentouse namanya. Hiks!
Setiap daripada watak jahat dalam siri tersebut telah menerima hukuman dan ‘bapak’ segala kejahatan Joo Dan Tae telah pun dihukum penjara seumur hidup. Namun, pada babak akhir drama ini, Logan Lee telah dibom dan ramai netizen yang mengatakan bahawa ‘orang tua’ yang mengebom Logan itu adalah Joo Dan Tae.
Banyak spekulasi yang telah dibuat oleh penonton dan jika difikirkan secara logik, mana mungkin orang jahat seperti Joo Dan Tae itu dimatikan sahaja wataknya di dalam penjara kan?
Nah, apa-apa pun kita tunggu sahaja musim ketiga The Penthouse yang akan ditayangkan Jun nanti.
Apa yang kami nak kongsikan dengan korang adalah salah satu watak lagi yang bakal dirindui peminat. hiks! Cheon Seo Jin menerima hukuman tujuh tahun penjara atas kesalahan jenayah yang telah dilakukan. Namun, bagi kesalahan membunuh ayahnya sendiri, dia belum didakwa kerana tiada lagi laporan yang dibuat terhadapnya.
Mungkinkah pada musim ketiga nanti Seok Kyung akan membocorkan rahsianya?
Lakonan Kim So Yeon antara yang sering mendapat pujian kerana pelakon wanita ini mampu membawakan watak antagonis dengan baik sekali. Pendek kata, siapa yang menontonnya memang geram lebih-lebih lagi dengan memek mukanya yang menyakitkan hati.
Sebut sahaja watak apa yang tidak boleh dilakukan olehnya. Marah, sedih, psycho, muka kesian, semuanya dilakukan dengan baik.
Karakternya yang paling disebut-sebut netizen adalah apabila dia sedang marah sambil menjenggilkan matanya. Pasti ramai yang rindu dengan Seo Jin selepas in ikan? Hiks!
Berikut kami kongsikan antara ekspresi muka paling win bagi watak Cheon Seo Jin yang bakal dirindui penonton.
Muka marahMuka terkejutMuka baik tapi penuh muslihatMuka time menjeritOmoAigoo, kenapa macam ni sis. Hiks!Paling psycho, marah, sedih, senyum..
Rasanya haritu baru sahaja nak kesian dengan si Seo Jin ni apabila teruk diperlakukan oleh Joo Dan Tae. Namun, diakhir episod semalam macam geram balik disebabkan karakternya yang masih kejam. Hehe!
Tapi, mesti ramai juga rindu dengan anak dia, Ha Eun Byeol kan.
Apa-apa pun harap korang semua bersabar untuk tunggu musim ketiga nanti ya. Bagi tenang-tenang dulu sebelum stress semula dengan jalan cerita untuk musim ketiga nanti.
Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.
Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.
Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”
“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”
Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.
Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fenomena pasangan muda dalam dunia hiburan tempatan kembali menjadi bualan apabila personaliti media sosial dan finalis Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris, kini sah bergelar suami kepada influencer serta model popular, Sharifah Areeqa. Penyatuan dua figura Gen Z ini mencetuskan keterujaan ramai, tambahan pula masing-masing mempunyai pengaruh besar dalam komuniti remaja.
Majlis akad nikah mereka berlangsung dalam suasana sederhana namun eksklusif, dihadiri keluarga terdekat serta rakan rapat dari industri hiburan dan dunia digital. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta sejati boleh berkembang walau dalam perhatian ramai, asalkan dijaga dengan penuh hormat dan kematangan.
Fazziq dan Areeqa disatukan sebagai suami isteri pada Sabtu.
Berkenalan Di Media Sosial, Hubungan Yang Low-Key
Walaupun Fazziq Muqris dan Sharifah Areeqa masing-masing pernah menjadi perhatian di platform sosial, pasangan ini terkenal kerana memilih untuk menjaga privasi dan tidak terlalu mempamerkan hubungan mereka. Areeqa mula dikenali sebagai model dan content creator, manakala Fazziq mula mendapat tempat di hati peminat selepas menyertai Hero Remaja 2021, edisi yang turut melahirkan nama-nama bakat baharu lain.
Chemistry antara mereka hanya mula disedari peminat beberapa bulan kebelakangan ini apabila video dan foto bersama dikongsi di Instagram serta TikTok. Rata-rata peminat memuji cara matang mereka menguruskan hubungan yang tenang, bersih daripada kontroversi dan fokus kepada masa depan.
Majlis Nikah Minimalis, Elegan dan Natural
Sharifah Areeqa tampil memukau dalam busana putih polos dengan elemen minimalis, manakala Fazziq Muqris kelihatan segak berbaju melayu putih yang melambangkan kesucian dan permulaan baharu. Detik akad nikah yang dilafazkan Fazziq secara tenang dan jelas turut menjadi sorotan apabila dikongsi di media sosial mendapat ribuan komen ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan industri.
Suasana majlis yang sederhana namun elegan ini mencerminkan keperibadian mereka sebagai pasangan muda yang tahu menjaga nilai tradisi dan keindahan dalam kesederhanaan.
Peminat Teruja, Ramai Doa Yang Baik-Baik
Dengan populariti yang mereka miliki, tidak hairan apabila berita pernikahan ini menjadi perbualan hangat dalam kalangan remaja. Ramai menganggap pasangan ini sebagai “goals” bukan sekadar kerana rupa paras, tetapi kerana aura positif, keserasian dan cara mereka membawa diri.
Peminat turut menghargai perjalanan karier Fazziq Muqris sebagai finalis Hero Remaja 2021 yang kini menempa langkah baharu dalam kehidupan. Mereka percaya perkahwinan ini akan memberi lebih motivasi buatnya untuk terus berkembang dalam dunia hiburan dan digital.
Majalah Remaja mendoakan agar rumah tangga mereka kekal harmoni, berkembang dan terus memberi inspirasi kepada anak muda seluruh negara. Pasangan ini membuktikan bahawa cinta yang tulus dan penuh hormat mampu menjadi contoh terbaik buat generasi Gen Z masa kini.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.