Niat kita mungkin hanya mahu membersihkan kubur sahaja kerana jarang menziarahi ahli keluarga yang terlebih dahulu dijemput Illahi.
Tapi rupanya perbuatan mencabut rumput di atas kubur mempunyai hukum berbeza. Baca penjelasan diberi oleh Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum cabut rumput yang tumbuh atas kubur ini.
*
”Hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur adalah segala yang tumbuh di atas kubur.
Ia tidak termasuk kawasan lain seperti jalan di sekeliling kubur atau tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan.
Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dalam kalangan ulamak mazhab padanya.
Mazhab Syafie
Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.
Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :
ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم
Erti : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi SAW.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.
Erti : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.
Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :
ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه
Erti : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :
Erti : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.
MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR
Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :
: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها
Erti : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawasanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.
Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.
Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.
wallahua’lam ustaz azhar idrus
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian di media sosial sekali lagi apabila anak lelakinya, Ammar Ahyan yang dikatakan ‘tertarik’ kepada anak perempuan kepada Datuk Seri Vida, iaitu Cik B.
Menerusi sebuah siaran langsung yang tular di TikTok, Ammar berkongsi bahawa Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin (20) pernah bertanya beberapa soalan peribadi kepada dirinya.
Dalam pada itu, menurut Datuk Aliff, setiap soalan tersebut seolah memberi bayangan bahawa Cik B mungkin menaruh hati terhadap anak sulungnya itu.
Pada yang sama, beliau yang tidak melepaskan peluang untuk menyakat semasa dalam siaran langsung. Datuk Aliff turut mencadangkan agar Ammar memberikan jawapan lebih romantik terhadap setiap pertanyaan Cik B.
“Ammar Ahyan patutnya cakap, hari yang paling bahagia selama saya hidup adalah apabila saya dapat berjumpa dan bertemu dengan awak (Cik B),” katanya.
Namun, belum sempat beliau menghabiskan ayat tersebut, Ammar segera mencelah dan menegaskan, “Itu menipu tu abah. Kita tak boleh menipu.”
Sementara itu, Datuk Aliff terus menyakat putera kesayangannya dengan bertanya hal apa yang menarik tentang Cik B.
“Cara Cik B bercakap dan suka berkawan dengan semua orang,” jawab Ammar.
Bagaimanapun, jawapan itu disambut oleh bapanya dengan usikan lanjut, yang berbunyi.
“Terima kasih Cik B, bakal menantu papa,” ujarnya sambil ketawa.
Apa yang lebih mencuit hati para pengikut mereka di media sosial apabila Datuk Aliff turut menyanyikan lagu berjudul ‘Setanggi Syurga’ nyanyian daripada kumpulan nasyid terkenal Inteam dalam siaran langsung sambil mengubah lirik sesuai dengan kreativitinya sendiri.
“Itu lagu Ammar Ahyan dengan Cik B. Ammar akan ditakdirkan dengan ikhlas dan pengorbanan untuk Cik B. Di sana kita bina, Ammar Ahyan dan juga Cik B bersatu. Kompang dipalu pengantin baru, duduk bersimpuh, tersipu malu,” selorohnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
9 Mei ini, seluruh rakyat yang mempunyai kewarganegaraan Malaysia akan keluar untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pemimpin negara akan datang.
Namun, sedih sekali apabila terdapat sentimen di kalangan pengundi muda berdaftar yang seakan enggan untuk keluar mengundi kelak.
Ini 4 alasan yang selalu diberikan oleh mereka. Baca jawapan balas kami untuk setiap alasan tersebut.
01
Tidak Mahu Masuk Campur Politik
Ini merupakan alasan paling selalu diberikan pengundi muda. Mereka katanya tidak mahu berpihak kepada mana-mana pihak. Bagi mereka, politik itu kotor dan hanyalah untuk orang dewasa.
Funny thing is, bila satu isu negara menjadi viral, pengundi muda jugalah orang yang selalu ‘berperang’ di Facebook dan Twitter.
Golongan ini perlu faham, perbuatan memangkah mana-mana ahli politik yang bertanding bukannya bermaksud mereka mendaftar masukmana-mana parti atau taksub dengan parti tertentu.
Ia adalah untuk membantu memilih wakil rakyat yang akan membantu membangunkan kawasan mereka dan pada masa yang sama, menentukan hala tuju negara.
02
Suara Tak Pernah Didengari, Jadi Buang Masa Saja Mengundi
Alasan ini selalu diberikan oleh pengundi muda yang gemar mengikuti demonstrasi jalanan. Pada mereka, jika suara rakyat yang bersusah payah berkumpul di bawah terik matahari pun tak diterima pemimpin negara, buat apa nak mengundi. Buang masa je.
Tanggapan itu salah sebenarnya. Malaysia adalah negara yang menentukan kepimpinannya melalui proses undian dan itu adalah saluran yang betul. Jika tidak berpuas hati dengan mana-mana calon, undi calon bertentangan.
03
Tidak Tahu Kepentingan Sebagai Seorang Pengundi
“Alaa, kalau aku undi calon A pun, calon B guarantee menang. So buat apa aku nak susah sangat sokong calon A?“
Bagi penulis, ini adalah alasan yang kurang bijak. Kita semua pernah didedahkan dengan mata pelajaran sejarah yang banyak kali menyentuh tentang pilihan raya.
Jika proses mengundi ini memang tak penting, tak adanya mereka nak lakukan Pilihan Raya Umum setiap lima tahun sekali. Alasan “Aku tak penting pun” selalu diberikan oleh golongan yang suka tunggu, lihat dan kemudiannya lantang manaip macam-macam jenis ‘reviu’ di status masing-masing selepas keputusan Pilihan Raya diumumkan.
Usah jadi golongan rakyat itu.
04
Tiada Masa Untuk Mengundi
Persoalan sebenar bukanlah tiada masa tetapi mereka yang tidak mahu mencuri masa untuk mengundi
Bayangkan, cuti sudah diberi secara rasmi. Dan proses mengundi hanya perlu dilakukan sekali dalam tempoh LIMA TAHUN. Now, you do the maths. Tiada masa atau hanya alasan semata-mata?
* * * * *
Apapun alasan yang diberikan, jika memang benar korang tak nak keluar mengundi atau merancang untuk menabur undi rosak, situasi ini memang menyedihkan.
Jika korang tak nak mengundi untuk kepentingan ahli politik, calon atau parti sekalipun, undilah demi negara. Ketepikan persepsi dan suara negatif, lakukannya demi diri sendiri dan negara.
and VOTE!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah bertebaran berita mengenai bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur sekali lagi hari ini.
Menurut laporan Astro Awani, Tun Dr Mahathir sedang dipantau di unit rawatan koronari.
Petugas media pula dilihat mula berkumpul di IJN bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan bapa pemodenan negara itu.
Seiring itu,pada jam 5.35 petang tadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di IJN . Beliau hadir dengan kenderaan Toyota Velfire berona putih dan diiringi oleh pasukan polis.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.
7 Januari lalu, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan kemudiannya dibernarkan keluar pada 13 Januari.
Sebelum itu beliau sudah dimasukkan ke IJN pada 16 Disember 2021 dan dibenarkan keluar lapan hari kemudian.
Kini berusia 97 tahun dan masih bergiat aktif dalam dunia politik, Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh itu merupakan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) selain bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkawi, Kedah.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.