“Saya rasa kalau nak komen, sudah lama saya komen.”
Demikian kata-kata ringkas pelakon, Zahirah MacWilson berhubung kontroversi yang mengaitkan namanya dan suami, Aiman Hakim Ridza oleh selebriti sensasi, Fathia Latiff.
Pasangan yang kini sedang hamil dengan cahaya mata kedua itu merasakan keputusan untuk berdiam diri adalah lebih baik apabila berhadapan dengan situasi sedemikian.
Ia juga seolah-olah demi tidak memanjangkan lagi kontroversi yang pernah timbul akibat satu demi satu kenyataan Fathia tidak lama dahulu.
“Saya rasa anda sudah nampak macam mana selama ini. Jika saya benar-benar ingin komen, sudah lama saya buat. Terima kasih,” kata Zahirah.
Mereka menjawab pertanyaan media itu ketika menghadiri majlis pengenalan diri mereka sebagai wajah jenama Clarks Originals bagi koleksi istimewa lebaran di The Exchange TRX hari ini.
View this post on Instagram
Terdahulu, Fathia muncul sebagai topik trending di media sosial apabila melabel Zahirah sebagai seorang wanita berwajah bibik.
Tidak setakat itu sahaja, pelakon drama Ariana Rose itu juga mendakwa Aiman masih mempunyai perasaan terhadapnya dalam satu hantaran yang menampakkan foto lama bersama Aiman biarpun mereka sudah memutuskan pertalian sebagai pasangan kekasih sejak tahn 2015 lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.