Selepas KK Mart, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh kini mengajak orang ramai untuk memboikot produk keluaran syarikat pempengaruh kontroversi, iaitu Aliff Syukri.
Ia susulan tindakan usahawan kosmetik berkenaan yang mengeluarkan video pendek lagu raya yang dilihat keterlaluan, terutama pada penghujung bulan Ramadan.
“Kalau KK Mart kita boleh boikot, apa lagi produk dia. Setiap tahun ulang perkara yang sama, langsung tak ada perasaan sensitiviti pada rakyat di negara ini. Saya mohon pihak kerajaan untuk menyekat video ini dan tindakan undang-undang perlu diambil.
“Saya rasa sudah tiba masanya rakyat mengajar erti sebuah penyesalan pada Aliff dengan kita boikot semua produk yang dijualnya,” katanya dalam hantaran di entri Facebook.
Ads
Pada masa sama, beliau turut membangkitkan isu serupa yang ditimbulkan Aliff pada 2022, yang menyebabkan dia dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung video muzik lagu bertajuk Kelepok Raya.
“Cukup-cukuplah dengan drama minta maaf dan air mata yang diulang setiap tahun. Kamu nak lihat kemarahan rakyat Malaysia kan? Sila tunggu produk kamu akan diboikot.
“Ini bukan kandungan luar kotak, ini adalah kandungan tiada otak,” coretnya lagi.
Ads
Sekadar info, Aliff sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila melancarkan klip video lagu raya dengan diiringi tarian sekumpulan penari lelaki, yang mengundang pelbagai reaksi negatif orang ramai.
Bahkan, ibunya yang juga usahawan, Rozita Ibrahim juga turut bersuara mengkritik tindakannya.
Ads
Susulan itu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka dan memadam klip video berkenaan di media sosialnya.
Dia juga menjelaskan video tersebut bukan lagu sempena Aidilfitri tahun ini, tetapi hanya gurauan sempena April Fool semalam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Mungkin korang terkejutkan kalau sebut orang gaji rendah pun boleh beli rumah sebiji. Yalah, harga rumah masa kini sudah boleh beli kereta Mustang sebiji.
Kalau disaat ramai yang mengatakan usia muda belum layak beli rumah, tak berkemampuan sebab rumah mahal tapi untuk pengetahuan korang khususnya anak muda, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka.
Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.
Jadi memang tak ada alasan untuk tak beli ya kerana hanya gaji bawah RM2300 sahaja yang layak untuk rumah pertama.
Baca perkongsian dari pengurus dan perancangan kewangan Amir Syahir yang dikongsikan dalam fbnya.
Di bawah Dana ini, pembeli rumah yang layak boleh mendapatkan pembiayaan (konvensional atau Islam) pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Banyak rumah flat tiga bilik dibina bagi kemudahan keluarga pada masa depan. Kalau dapat begini pun dah baguskan.
Kriteria dan ciri-ciri Dana BNM bagi Rumah Mampu Milik ialah:
a) Layak dipohon oleh warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300.
b) Harga harta tanah adalah sehingga RM150,000.
c) Kadar pembiayaan adalah sehingga 3.5% setahun; dan
d) Institusi kewangan yang mengambil bahagian ialah AmBank, Bank Simpanan Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank.
Korang boleh walk in ke institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut ye.
Anak muda, ayuh rebut peluang ini untuk beli rumah pertama korang dari BNM. Dana RM1 bilion ini ada dalam tempoh dua tahun saja dan sehingga habis
***
Best woo dapat rate 3.5% tu. Tempoh pembiayaan boleh 40 tahun pulak tu. Ansuran bulanan murah. Kerajaan dah tolong kau, kau pulak kena tolong diri sendiri. Kena jaga penyata gaji elok-elok supaya mudah lulus pembiayaan perumahan.
Nak beli rumah kena ada kewangan yang kukuh kerana komitmen ansuran bulanan sehingga 30-35 tahun. Jadi, kau kena buktikan kepada pihak bank kau mampu untuk bayar ansuran bulanan setiap bulan.
***
Jangan buat perkara di bawah jika kau ingin beli rumah pertama. Jom baca!
1) Jangan bazirkan duit pada perkara yang tidak penting. Kumpul duit untuk beli rumah. Kalau subsale, kau kena ada sekurang-kurangnya 10% – 15% dari harga rumah.
2) Jangan beli kereta lebih 20% daripada pendapatan. Ansuran bulanan kereta yang tinggi akan merugikan kelayakan pembiayaan perumahan kau. DSR barai nanti.
3) Jangan buat pembiayaan peribadi. Kau akan dilabel individu berisiko nanti.
4) Jangan biarkan laporan CCRIS rosak. Jaga CCRIS sebaik-baiknya. Kau ada hutang bayarlah tepat pada masanya dengan jumlah yang cukup. Ramai tak lepas beli rumah sebab ada CCRIS PTPTN.
5) Jangan buat ASB Financing di tahun yang sama dengan tahun ingin membeli rumah. ASBF masuk dalam CCRIS juga. Masuk perkiraan DSR. Lepas dapat dividen baru boleh dikira sebagai pendapatan.
6) Jangan tak ambil tahu mengenai NDI. Net Disposable Income (NDI) ni kos sara hidup kau untuk makan minum dan meneruskan kehidupan. Ada bank akan tolak RM500 sebagai NDI. Jadi simpanan yang padu amatlah penting.
7) Jangan tak sediakan dokumen penting dan dokumen sokongan yang lengkap. Dah cukup deposit rumah, terus sediakan dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan.
8) Jangan mohon pembiayaan perumahan lebih daripada kelayakan. Semak dulu kelayakan pembiayaan perumahan kau sebelum membeli rumah. Rugi masa dan tenaga kau je nanti.
9) Jangan bayar deposit rumah kepada akaun peribadi ejen hartanah. Bayar kepada akaun agensi mereka. Tanya dulu sama ada deposit rumah akan dipulangkan balik atau tidak jika pembiayaan perumahan kau ditolak oleh pihak bank.
10) Jangan guna kad kredit sehingga limit. DSR untuk kad kredit biasanya dikira berdasarkan 5% baki terkini penggunaan kad kredit. Seelok-eloknya bayar dulu tunggakan hutang kad kredit baru mohon pembiayaan perumahan.
Yang penting kau jangan memilih nak rumah harga RM400K la, nak atas tanah saja la, nak rumah yang baru la, yang ada kolam renang bagai.
Baiki kewangan kau terlebih dahulu sebelum membeli hartanah. Bank nak berurusan dengan orang yang betul-betul berkemampuan sahaja.
Pejam celik, pejam celik, penyanyi yang popular dengan cukup banyak lagu termasuk hit terbarunya, ‘In My Blood’ telah menyambut hari lahirnya yang ke-20 pada 8 Ogos yang lalu.
Siapa sangka penyanyi muda yang berasal dari Kanada ini yang mula memuat naik lagu-lagu nyanyiannya menerusi aplikasi Vine pada tahun 2013 menjadi satu nama yang sangat popular dalam industri nyanyian.
Dia yang juga menjadi satu-satunya penyanyi pertama berjaya mendapatkan kedudukan pertama menerusi empat lagu berbeza dalam carta Adult Pop Song Chart Billboard sebelum mencapai umur 20 tahun.
Menerusi laman Twitter-nya, Shawn Mendes mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada semua rakan-rakan dan peminat yang menguapkan selamat hari lahir kepadanya.
Dan di laman media yang sama juga ramai rakan-rakan artis serta superstar turut mengambil peluang mengucapkan hari lahir kepadanya. Artis seperti Camila Cabello, Niall Horan, Kevin Abstract, Ellen DeGeneres dan ramai lagi.
Dan berkebetulan, Editor REMAJA iaitu Fz Aimman turut menyambut hari lahirnya semalam.
Jadi dari team REMAJA, kami ucapkan, HAPPY BIRTHDAY guys! Semoga terus sukses dan happy sentiasa.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada tak sesiapa lagi yang BOSAN dengan tagline “sarapan adalah makanan paling penting pada setiap hari?
Apa yang dimaksudkan oleh mereka? Like, bukankah makan tengah hari dan makan malam pun sama pentingnya?
Well, menurut laporan The American Journal of CLinical Nutrition bulan ini, sekiranya meninggalkan sarapan pada setiap hari, korang sebenarnya menaikkan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis! Ini kerana, ia akan mengakibatkan seseorang mengalami simptom hypertension dan menaikkan kadar gula dalam badan.
Kebanyakan remaja bukannya tak nak mengambil sarapan, tetapi mereka memberi alasan tiada masa kerana kerja melambak menanti. Oleh itu, kami senaraikan 4 pilihan snek untuk masa sarapan korang.
Mudah dibawa, mudah dibeli dan sekejap je makan.
Ais Krim
Ya, makan ais krim pada waktu pagi!
Sebagai contoh adalah ais krim terbaru Magnum Hazelnut Luxe ini. Walaupun kandungan utamanya adalah coklat Belgian di bahagian luar dan kepingan rangup hazelnut di dalamnya, ia juga mempunyai susu coklat dan susu soya.
Susu soya tanpa gula diketahui ramai amat bagus untuk pencernaan, memelihara perjalanan darah normal serta merupakan sumber metabolisma yang sekaligus meningkatkan kadar tenaga.
Harga: RM4.50 sebatang.
Kit Kat
Bermula bulan Mac ini, snek berperisa coklat ini akan datang dengan resepi baru! Kit Kat masih akan kekalkan rasa coklat, jangan risau. Tapi kali ini, ia akan berperisa lebih berkrim dan lebih bercoklat.
Kandungan Kit Kat tak pernah menjemukan malah selalu menjadi pilihan ramai untuk mendapat ‘bekalan tenaga’ pada waktu pagi. Ini kerana dengan 1 hidangan 1 bar, korang boleh mendapat jumlah tenaga 437kJ.
Biskut Cip Coklat
Siapa yang tak sukakan biskut cip coklat yang rangup dan cair di dalam mulut? Gitu!
Munchy’s baru-baru ini telah memperkenalkan biskut cip coklat baru yang dinamakan Munchy’s Choc-O. Bukan biskut biasa tahu, di dalamnya mempunyai jejalur krim coklat yang ommph, sedap. Boleh didapati dalam perisa original coklat, lebih coklat dan campuran kekacang, kandungan susu di dalam biskut ini juga tak dinafikan bagus kerana mengandungi zat kalsium.
Harga: RM2.30 sepeket
Yogurt
Okay, yang ini memang kami akui sedap. Walaupun jenama Fernleaf tidak mengeluarkan produk baru bercoklat seperti 3 snek lain di atas, mereka mempunyai snek baru sebagai alternatif untuk korang yang selalu sibuk pada waktu pagi.
Yogurt Fernleaf bukan saja membantu diet sihat dan seimbang, ia juga diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia kerana memenuhi kriteria kesihatan seperti rendah lemak dan kurang manis. Ada 4 perisa kesemuanya seperti strawberi, beri campuran, mangga (sedap!) dan tentunya, perisa susu asli.
Harga: RM1.50 secawan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.