Migrain merupakan salah satu sebab sakit kepala yang berulang dan sesiapa yang terkena sudah tentu tahu macam mana azabnya bila diserang sehingga berhari-hari.
Menurut portal myhealth.gov.my, migrain mungkin berlaku lebih kerap jika adanya faktor-faktor pencetus yang disebabkan oleh makanan, persekitaran, psikologi, ubat-ubatan dan lain-lain.
Paracetamol dan ponstan pun tak boleh legakan sakit ini. Seperti apa yang pernah dikongsi oleh Nieta DotCo, kalau kena migrain attack ni telan paracetamol 1g pun tak lega juga. Rasa macam zombie korek-korek ota sekali dengan biji mata. Fuh, dashsyat sangat ni.
Ads
Sampailah dia terjumpa dengan satu ubat dari farmasi dan selepas telah dua biji, dalam dua hingga tiga jam sakit tu pun makin surut dan kepala tak berdenyut lagi.
Mesti ramai nak tahu ubat apa yang sesuai untuk hilangkan sakit migrain ni kan?
Ads
Ads
Korang boleh cari di farmasi, T.Naproxen Sodium 275mg PRN (jika perlu). Ubat ini telah pun dirujuk pada pakar dan pharmacist sebelum dibeli. Bukan dibeli sesuka hati, jadi ubat ini memang disarankan untuk korang yang sering kena migrain attack.
Namun begitu, korang juga boleh berjumpa dengan doktor terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat perubatan kerana kesan dan faktor-faktor migrain mungkin tak sama bagi semua pesakit.
Sekiranya sakit masih berlarutan, cepat-cepat jumpa doktor okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, persatuan People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) dan usahawanita selebriti, Kylie Jenner boleh berganding bagi dan saling memberikan sokongan!
Susulan pertunjukan fesyen adibusana Schiaparelli untuk musim panas 2023 yang digembar-gemburkan pada Isnin lalu hinggalah ke hari ini, dunia fesyen seakan ‘panas’ dengan kritikan yang diterima oleh rumah fesyen tersebut.
Ini setelah Schiaparelli mengenegahkan beberapa persalinan gaun yang lengkap dengan aksesori kepala haiwan pada bahagian bahu dan perut demi menampilkan kelainan.
Ramai warganet pada asalnya skeptikal mengapa haiwan perlu menjadi mangsa semata-mata untuk fesyen? Begitulah impak betapa realistik kepala-kepala haiwan seperti singa, harimau salji dan musang yang digunakan oleh Schiaparelli bagi koleksi ini.
Kylie, 25 turut terkena tempias kritikan di media sosial apabila beliau dijemput untuk duduk di barisan hadapan pentas dengan menyarungkan gaun baldu hitam dengan ‘kepala singa’ pada bahu kanan. Gaun yang sama dipakai oleh model, Irina Shayk sewaktu berjalan di pentas peragaan terbabit.
Kritikan yang hadir daripada warganet memaksa pihak Schiaparelli untuk menjelaskan bahawa ‘kepala haiwan’ yang digunakan sebenarnya diperbuat dengan tangan daripada bahan foam. Ia kemudian diukir, dihiasi dengan kain berbulu (wool) dan faux fur sebelum dicat agar kelihatan serealistik mungkin.
Biarpun sudahpun diberi penjelasan, masih ramai yang mengutuk mesej memburu haiwan demi menggunakan bahagian badannya sebagai aksesori pakaian dan dekorasi. Mereka juga meminta agar PETA mengambil tindakan menentang koleksi Schiaparelli ini.
Menariknya, PETA tampil mempertahankan koleksi tersebut apabila ia beranggapan aksesori ‘kepala haiwan’ Schiaparelli itu sebagai ciptaan yang cukup inovatif.
Presiden PETA, Ingrid Newkirk berkata, “Gaun yang dipakai oleh Kylie (Jenner), Naomi (Campbell) dan Irina (Shayk) meraikan keindahan haiwan liar dan ia memberikan mesej untuk tidak meneruskan misi pemburuan singa dan serigala hanya demi memuaskan ego manusia.”
Tambah Ingrid lagi,” Kepala haiwan tiga dimensi ini amat inovatif dan menegakkan mesej ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.’ (Merujuk kepada penciptaan kepala haiwan daripada bahan sedia ada dan bukannya memburu kepala haiwan sebenar).
“Kami menggalakkan semua pihak terus bebas 100 peratus daripada sebarang bentuk kekejaman terhadap haiwan dan mencegah penderitaan haiwan,” catatnya.
*
Haa! Lain pula pendapat PETA dalam isu ini and we have to say, it IS refreshing.
Terdahulu, PETA menerusi ahli-ahlinya terkenal dengan perbuatan ‘hijack’ sewaktu pertunjukan fesyen demi menyampaikan mesej menentang penggunaan kulit serta bulu haiwan dalam koleksi rekaan jenama antarabangsa.
Antaranya termasuklah semasa pertunjukan fesyen Oscar de la Renta di mana tiga orang ahli PETA berbogel di sebalik kain rentang berbunyi, “Kami lebih rela berbogel daripada memakai bulu haiwan.”
Acara Oscar de la Renta sekali lagi menjadi ‘mangsa hijack’ apabila ahli PETA mengangkat sepanduk ‘Fur Shame’ sewaktu pertunjukan fesyen berlangsung.
Dan beberapa jenama fesyen lain juga terkena tempiah kempen aktivis PETA termasuklah Valentino (2002), Versace (2002), Jean Paul Gaultier (2002), Julien Macdonald (2003) dan Burberry (2006).
Akhirnya, setelah berbelas-belas tahun, jenama-jenama ini mengambil tindakan untuk ‘mengharamkan’ penggunaan bulu haiwan sebenar dalam koleksi mereka selepas ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Skil menanduk bola sepak semasa perlawanan di tengah padang adalah aksi biasa yang kita tonton ataupun lakukan sendiri semasa bermain.
Namun, selepas ini korang mungkin ingin menasihati adik korang agar tidak lagi menanduk bola.
Ini setelah persatuan bola sepak Scotland mendapati pemain bola sepak remaja berusia 12 tahun ke bawah berisiko untuk mengalami masalah dementia ketika mereka sudah dewasa.
Lantas, Scotland menjadi negara pertama di Eropah untuk menghalang aksi menanduk bola selepas ini.
.
Kajian terhadap aksi ini dilakukan setelah otak bekas pemain bola sepak England, Jeff Astle dibedah siasat pada tahun 2014 – 12 tahun selepas kematiannya pada usia 59 tahun.
Mereka mendapati Astle menghidap tanda-tanda awal dementia dan kemudian disahkan meninggal akibat simptom dementia kronik (CTE).
Jeff Astler.
Jika dahulu, hanya peninju dan atlet sukan tempur saja yang mengambil langkah berhati-hati untuk tidak terdedah kepada tumbukan terus ke kepala kerana risiko dementia.
Kini nampaknya, tandukan bola sepak juga boleh menjadi salah satu punca dementia. Ini kerana bola sepak boleh mencapai kepada kelajuan hingga 128 kilometer sejam apabila menghentak kepala.
Apabila ia sampai ke kepala, otak yang sedang ‘terapung’ di dalam kaviti tengkorak akan melantu ke dinding belakangnya dan mengakibatkan lebam.
.
.
Mungkin sekali terkena tandukan bola tidak mendatangkan apa-apa kesan. Namun jika sudah menanduk pada setiap hari, sudah pasti ada impaknya di kemudian hari.
REMAJA nasihatkan agar korang berhati-hatilah semasa bersukan. Suka, suka juga. Tetapi kalau sudah menerima insiden seperti pesilat negara kita di bawah, siapa yang susah..?
Setelah beberapa buah sekolah rendah dan menengah ditutup ekoran pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang Johor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula menjadi ‘mangsa’ terbaru penutupan.
Ia diputuskan oleh pihak pengurusan universiti tersebut dan akan mula dikuatkuasa bermula 13 hingga 17 Mac hadapan. Ini bagi memastikan tiada pelajar UiTM yang terkesan dengan isu ini.
Pada masa yang sama, pelajar juga diarahkan untuk memakai topeng muka dan mengambil langkah berhati-hati jika melakukan aktiviti luar. Selain daripada UiTM, sebanyak 11 buah lagi sekolah baru dalam radius 3 kilometer juga ditutup serta-merta pada hari ini.
Bagi korang yang berada sekitar kawasan Pasir Gudang, ini adalah antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelak menjadi mangsa bencana.
01
Selalu peka dengan keadaan sekitar seperti bau tengit semasa waktu angin kuat.
02
Pantau kesihatan sendiri dan orang di sekeliling terhadap simptom pedih mata, loya, muntah, sakit dada, sesak nafas dan pening. Jika ada yang terkesan, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran.
03
Rawatan kecemasan jika kritikal termasuklah mandi dengan kadar segera, longgarkan pakaian yang ketat, memberi bantuan pernafasan untuk kes sakit dada dan sesak nafas. Apapun, rawatan sebenar perlu didapatkan daripada pakar selepas itu.
04
Mandi sekerap mungkin jika perlu berada di luar kerana ada kemungkinan sisa kimia pada badan.
05
Jika tidak boleh berpindah untuk sementara waktu, pastikan korang menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE). Contohnya seperti ‘Hald Facepiece Respirators with Multigas Catridge’. Penggunaan face mask N95/R95, surgical mask dan general purpose face mask tidak sesuai untuk menangani pencemaran kimia.
06
Akhir sekala, jangan sebarkan apa-apa maklumat yang tak sahih!
Pastikan informasi didapati daripada kenyataan media, Jawatankuasa Bencana Kerajaan Negeri Johor, kementerian dan agensi terlibat
Sumber: Astro AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!