Kajian Menunjukkan 72.1% Pelajar Lepas SPM Tidak Mahu Sambung Pengajian

Share

Jika dahulu pelajar lepasan SPM berlumba-lumba cuba untuk mendapatkan tempat di institut pengajian tinggi, tapi kini tidak lagi apabila kaji selidik Jabatan Perangkaan mendapati kira-kira 390,000 atau 72.1 peratus pelajar lepasan SPM tidak mahu menyambung pelajaran.

Walaupun data tersebut adalah dari tahun 2019, tetapi trend ini dipercayai akan berterusan pada 2020 dan 2021. Menurut laporan Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (MPC), sebuah tinjauan dilaksanakan bagi mengukur prestasi pendidikan rakyat Malaysia mendapati hanya 22.1 peratus sahaja pelajar SPM melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

Foto: Harian Metro

Hal ini jelas menunjukkan terdapat kesannya kepada produktiviti dan penyerapan tenaga buruh pada ekonomi kelak. Ini kerana ketiadaan kemahiran tinggi serta pengetahuan tertentu akan mendorong kepada kekurangan pakar dalam negara dan perkara itu akan menyukarkan pasaran buruh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu bersama kadar gaji yang lebih tinggi.

Ia sekali gus dilihat akan menyebabkan produktiviti, inovasi dan daya saing buruh negara bakal merundum dan memberi kesan pada kualiti hidup masyarakat.

Foto: MalaysiaNow

Hal ini adalah sangat membimbangkan dan diharap agar pihak yang bertanggungjawab menjalankan kajian atas sebab apa generasi ini tidak mahu menyambung pengajian mereka. Adakah disebabkan masalah kewangan untuk sambung belajar atau mungkin mereka lebih memilih untuk mencari wang?

Pelajar sekolah juga harus diberikan pendedahan awal tentang pentingnya untuk melanjutkan pelajaran selepas habis SPM. Kesemua pihak termasuk kerajaan, guru dan ibu bapa perlu mengambil perhatian akan isu ini.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN