Kajian Bukti Parasit Dari Kucing Berpotensi ‘Kawal’ Fikiran & Tingkah Laku Manusia

Share

Baru-baru ini, seorang pencipta kandungan yang terkenal dengan perkongsian fakta unik, Lexi Natoli, mendedahkan maklumat menarik tentang kewujudan sejenis parasit yang dibawa oleh kucing, dikenali sebagai Toksoplasmosis.

Parasit ini, atau nama saintifiknya Toxoplasma gondii (T. gondii), biasanya hidup dalam najis kucing, khususnya kucing yang dibenarkan keluar rumah atau tidak dikendalikan dengan kebersihan yang baik. Parasit ini boleh menjangkiti manusia, terutama sekali semasa aktiviti membersihkan kotak najis kucing (litter box) atau apabila seseorang terdedah kepada kawasan yang tercemar dengan najis si bulus.

gambar AI

Apa yang lebih mengejutkan, kajian menunjukkan parasit ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan fizikal, malah dipercayai mampu mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.

Ubah Tingkah Laku Manusia

Menurut beberapa kajian saintifik, individu yang dijangkiti Toxoplasmosis cenderung menunjukkan perubahan tingkah laku. Antaranya termasuk:

✅ Menjadi lebih impulsif atau bertindak tanpa berfikir panjang
✅ Kurang rasa takut untuk mengambil risiko baharu
✅ Berani mencuba perkara yang luar dari kebiasaan

Malah, ada kajian yang menunjukkan individu yang dijangkiti Toxoplasma gondii mempunyai kebarangkalian 1.4 kali lebih tinggi untuk memulakan perniagaan sendiri berbanding mereka yang tidak dijangkiti. Ini kerana parasit tersebut dipercayai mempengaruhi bahagian otak yang berkait dengan rasa takut dan kawalan impuls.

Selain itu, parasit ini turut dikaitkan dengan beberapa gangguan kesihatan mental seperti:

⚠️ Skizofrenia
⚠️ Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
⚠️ Gangguan antisosial

Lexi Natoli juga menjelaskan, kecenderungan untuk terlalu obses dengan kucing — yang sering dikaitkan dengan stereotaip ‘cat lady’ — dipercayai ada kaitan dengan jangkitan parasit ini.

Kajian Bau Air Kencing Kucing

Satu kajian unik turut dijalankan, di mana sekumpulan individu yang dijangkiti Toxoplasmosis

dan yang tidak dijangkiti diletakkan dalam bilik yang disembur dengan bau air kencing kucing.

Hasil pemerhatian menunjukkan, mereka yang dijangkiti parasit ini kurang terganggu dengan bau tersebut, malah ada yang menunjukkan ketertarikan, berbanding individu yang tidak dijangkiti.

Fakta ini menguatkan lagi teori bahawa parasit ini mungkin secara tidak sedar mengubah reaksi dan naluri manusia terhadap kucing.

Tak Semua Pemilik Kucing Dijangkiti

Walaupun pendedahan ini kedengaran agak menakutkan, tidak semua pemilik kucing akan dijangkiti Toxoplasmosis. Namun, pakar menganggarkan, satu daripada tiga pemilik kucing mungkin menjadi pembawa parasit ini tanpa sedar, lebih-lebih lagi jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan.

Langkah Pencegahan

Bagi memastikan hubungan anda dengan si bulus kekal sihat dan selamat, beberapa langkah pencegahan boleh diamalkan:

✔️ Basuh tangan selepas membersihkan litter box atau memegang kucing
✔️ Gunakan sarung tangan jika perlu membersihkan najis kucing
✔️ Elakkan cium mulut atau wajah kucing, terutama kucing jalanan
✔️ Pastikan kucing mendapat pemeriksaan kesihatan berkala
✔️ Elakkan biarkan kucing memakan haiwan kecil seperti tikus yang mungkin membawa parasit

Tidak dinafikan, kucing tetap menjadi haiwan kesayangan yang disayangi ramai. Namun, sebagai pencinta si bulus, penting untuk kita kekal peka dan menjaga kebersihan bagi mengelakkan jangkitan parasit yang berbahaya.

BACA LAGI : Labubu Buat Ramai Tak Keruan! Wang Ning Kini Jutawan Termuda China 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Nana