Basuh tangan sekerap mungkin menggunakan sabun bagi mematikan kuman COVID-19. Ini disarankan oleh pihak berkuasa iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membasmi kuman yang boleh masuk melalui mata, mulut dan hidung melalui sentuhan tangan.

Setakat hari ini (artikel ini ditulis), kes yang dicatatkan di negara kita adalah sebanyak 1518 kes dengan 14 kematian selain 159 kes yang sudah sembuh.

REMAJA menemuramah Penolong Ketua Imam Masjid Al Ikhlasiah Bukit C2 Kg Kerinchi, Ustaz Talhah bin Alimin @ Abdul Aziz simbolik mengenai wudhu yang diambil 5 kali sehari setiap kali waktu solat dan kaitan secara tidak langsung dengan kempen basuh tangan anjuran KKM bagi mematikan kuman COVID-19.

Kaitan WUDHU & Basuh Tangan Saranan KKM Basmi Kuman COVID-19, Allah Sudah Atur Cantik Untuk HambaNya
Wudhu ini berkait rapat dengan syariat di mana ia adalah satu aspek kebersihan dan keindahan yang dituntut dalam ajaran agama Islam – Ustaz Talhah

Kenapa kalau solat kita harus mengambil wudhu?

Dalam surah al Maidah ayat 6, membawa maksud “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak melaksanakan solat. maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku dan usaplah kepalamu dan basuh kedua kakimu sampai ke dua mata kaki.

Dengan adanya ayat tersebut, perintah solat ini sangat berkait rapat dengan wudhu. Wudhu dari segi bahasa bermaksud bersih dan indah dengan niat untuk menghilangkan hadas kecil. Ia juga satu keadah bersuci apabila bertemu Allah taala.

Menurut Ustaz Talhah, dalam kitab-kitab Fekah, wudhu ini melibatkan beberapa anggota badan iaitu tangan, muka, siku, kepala dan kaki  bukan semua anggota.

IKLAN

“Kesemua ia adalah anggota yang memang terdedah kepada pandangan umum. Ia berkaitan dengan kebersihan dan keindahan. Kita selalu kata cantiknya wajah, nah kalau lebih cantik ialah wajah itu selalu diserikan dengan air wudhu, bukan penggunaan alat solek dan sebagainya. Jika kita sentiasa berwudhu juga Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, bahawa Baginda akan mengenali umatnya di Padang Masyhar dengan adanya cahaya pada anggota tubuh mereka kerana pengaruh wudhu mereka ketika di dunia,”katanya ketika dihubungi.

Jelas Ustaz Talhah lagi, betapa istimewanya wudhu ini, ia berkait rapat dengan syariat d kehidupan manusia itu sendiri.

“Saya ambil contoh begini. Kalau kita terbuang angin (kentut misalannya) ia membatalkan air wudhu malah sembahyang pun. Kenapa kita tidak membasuh sahaja bahagian “kotor” sebaliknya kita kena ambil semula wudhu melibatkan anggota seperti tangan, kepala, muka, siku dan kaki. Kenapa bukan di tempat kita membuang angin itu. Asbabnya ialah bahagian itu tertutup, aurat dan bukan seperti anggota wudhu tadi yang boleh dilihat oleh orang lain terutama muhrimnya.

“Jadi wudhu ini berkait rapat dengan syariat di mana ia adalah satu aspek kebersihan dan keindahan yang dituntut dalam ajaran agama Islam,”jelasnya lagi.

IKLAN

 

Kaitan WUDHU & Basuh Tangan Saranan KKM Basmi Kuman COVID-19, Allah Sudah Atur Cantik Untuk HambaNya
Jelas Ustaz Talhah lagi, dengan berwudhu, tubuh kita akan sentiasa bersih dan terpelihara selagi kita yakin dengan wudhu yang ada di tubuh kita.

Menjawap satu pertanyaan lagi berkaitan saranan membasuh tangan untuk membasmi kuman COVID-19 dan aspek yang boleh dikaitkan dengan wudhu, Ustaz Talhah berkata, jika sehari umat islam mengambil wudhu lima kali sehari iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak, jarak masa yang Allah tetapkan itu sangat cantik aturannya iaitu pusingan 24 jam dalam kehidupan manusia.

“Bayangkan kita mula berwudhu pada Subuh hari.Kita akan mandi membersihkan diri bila bangun dari tidur. Selesai mandi, kita akan ambil air wudhu untuk solat Subuh.  Ketika wudhu kita akan membasuh tangan, berkumur-kumur, bersihkan hidung malah kita meratakan air sembahyang ke wajah apabila membasuh muka.

IKLAN

“Bila menjelang tengahari pula, sekali lagi kalau kita di rumah kita akan mandi dan kemudian mengambil wudhu. Begitu juga waktu Asar menyampai ke Maghrib dan seterusnya terakhir waktu Isyak. Kalau kita nak kaitkan dengan kuman yang boleh masuk melalui mata, mulut mahupun hidung, secara tak langsung ketika kita berwudhu itu, semua anggota itu kita akan bersihkan. Betul tak? Soalnya.

Jelas Ustaz Talhah lagi, dengan berwudhu, tubuh kita akan sentiasa bersih dan terpelihara selagi kita yakin dengan wudhu yang ada di tubuh kita. Jadi kalau dikaitkan dengan saranan KKM untuk sentiasa membasuh tangan bagi membasmi kuman COVID-19 ini, wudhu juga adalah satu keadah terbaik kita boleh amalkan bagi yang beragama Islam,”katanya lagi.

Tambahnya lagi, sentiasa berwudhu juga salah satu usaha yang boleh dicuba ketika virus COVID-19 ini menunjukkan tanda-tanda belum reda kerana ia berkait rapat dengan kebersihan diri.

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI