K-Culture Festival Malaysia Tawar Tiket Percuma Tonton 3 Filem Korea Di GSC

Share

 

Bersempena acara K-Culture Festival di Malaysia pada tahun 2021, Golden Screen Cinemas (GSC) menawarkan tiket tayangan percuma bagi tiga buah filem keluaran Korea Selatan; masing-masing berjudul Seobok, Minari dan The Hypnosis.

Tayangan percuma ini bakal bertempat di pawagam GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur dari 2 hingga 5 Disember 2021 dan tiket tayangan diberikan secara percuma kepada orang ramai ihsan kedutaan Korea di Malaysia!

Menurut paparan info oleh pihak GSC, penonton boleh mula menebus e-tiket percuma menerusi GSC e-Payment, GSC Mobile App atau GSC e-kiosk di GSC Mid Valley bermula 29 November (Isnin) dari jam 12 tengah hari; sementara tiket masih ada.

Ini bermakna penebusan tiket adalah berdasarkan cara first-come, first-served

. Dua tiket akan diberikan bagi setiap penebusan.
Foto: Korean Embassy in Malaysia

Jom rebut dan redeem tiket yang ditawarkan ini selagi ia masih ada. Selain daripada menonton secara percuma, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik apabila menyertai permainan mudah di tapak yang disediakan oleh GSC.

Foto: Korean Embassy in Malaysia

 

Jom lihat trailer bagi tiga buah filem yang bakal ditayangkan ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN