Setiap tahun, Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei dan kebiasaannya di sekolah, para pelajar akan membawa hadiah untuk diberikan kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan.

Besar pengorbanan seorang guru sehingga ada perumpamaan yang menjelaskan bahawa ‘Guru umpama lilin yang membakar diri’. Segala jasa dan bakti seorang guru tidak mampu kita membayarnya, namun kejayaan yang dicapai oleh kita pastinya memberi seribu makna buat mereka.

Sempena Hari Guru, kami ingin kongsikan beberapa filem yang mengupas isu tentang pendidikan dan guru yang menarik untuk korang tonton.

Banyak pengajaran yang boleh diperoleh menerusi filem-filem tersebut. Selamat menonton!

1. Guru-guru Gokil

Filem dari Indonesia ini mengisahkan tentang seorang guru bernama Taat Pribadi yang mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya walaupun terpaksa berhadapan dengan kegagalan.

IKLAN

2. Tare Zameen Par

Ishaan Nandkishore Awasthi digelar sebagai anak yang tidak pandai dan malas oleh kedua ibu bapa dan gurunya. Sehinggalah ibu bapanya memindahkan Ishaan ke sebuah asrama. Kedatangan seorang guru seni bernama Ram Shankar Nikumbh yang dilakonkan oleh Aamir Khan mengubah kehidupan anak muda itu.

3. Aishah: Biarkan Kami Bersaudara

Filem dengan tema keagamaan ini mengisahkan seorang guru di Indonesia yang mengajar di sebuah sekolah jauh dari desanya, di komuniti yang jauh berbeza darinya.

4. Teacher’s Diary

Filem Thai ini mengisahkan tentang seorang guru lelaki yang baru ditugaskan untuk berkhidmat di sebuah sekolah jauh di pedalaman. Penuh dengan kebosanan, satu-satunya peneman guru ini adalah sebuah diari tinggalan seorang cikgu perempuan yang juga pernah bertugas di sekolah
ini.

IKLAN

5. Great Teacher Onizuka (GTO)

Siri yang pernah popular di Malaysia satu ketika dahulu, GTO berkisarkan tentang kisah seorang cikgu dengan niat pelik, tapi akhirnya menjadi guru yang lucu dan juga berjaya memberi inspirasi kepada anak muridnya.

6. Adiwiraku

Negara kita juga turut menghasilkan filem yang mengangkat tema pendidikan dalam Adiwiraku. Mengisahkan mengenai cikgu muda, Cheryl Ann Fernando dengan cabarannya di sebuah sekolah kampung di Kedah. Cabaran dan kejayaan anak-anak di SMK Pinang Tunggal ini menjuarai pertandingan Choral Speaking digarap dengan baik dan penuh penghayatan.

7. Raatchasi

Filem yang pernah menjadi viral di Malaysia, Raatchasi mengisahkan seorang guru besar menabur bakti seluruhnya demi memberikan peluang pendidikan yang baik kepada anak muridnya walaupun terdapat banyak tentangan daripada pihak luar.

IKLAN

8. The Glove

Filem Korea ini mengisahkan tentang bagaimana sekumpulan pelajar pekak dan bisu yang struggle untuk berlatih dan menyertai pertandingan besbol untuk daerah mereka. Sekalipun penuh dengan kekurangan, semangat mereka akhirnya menyentuh hati coach mereka yang pada mulanya langsung melihat sebelah mata.

9. The Ron Clark Story

Merupakan kisah benar yang diadaptasi menjadi sebuah filem, Ron Clark merupakan seorang guru di kampung yang ditukar ke sebuah sekolah dengan cabaran terbesar, disiplin paling teruk.

10. Laskar Pelangi

Mengisahkan perjuangan 10 murid di sekolah kawasan pedalaman yang jauh dari kota, dengan dua orang guru yang sangat menginspirasikan.

Sumber: (1)

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI