Serius respect dengan remaja yang berusia 19 tahun ini kerana berani mengelilingi dunia secara solo. Bakal menjadi juruterbang wanita pertama termuda yang terbang mengelilingi dunia secara solo apabila dia mendarat kembali di Belgium, dijangka pada minggu ini.
Tapi, sebelum itu mari kita kenali siapa Zara Rutherford ini :
Lahir dalam keluarga juruterbang, Zara Rutherford memulakan aktiviti penerbangan seawal usia 14 tahun, sebelum dia mendapat lesen penerbangan dua tahun lalu.
Beliau juga merupakan seorang juruterbang remaja yang baru berusia 19 tahun.
Zara Rutherford bakal mencipta rekod baru sebagai juruterbang wanita termuda yang terbang mengelilingi dunia secara solo apabila dia mendarat kembali di Belgium, dijangka pada minggu ini.
Ads
Remaja British-Belgium itu melakukan penerbangan solo sejauh 32,000 batu dengan menggunakan pesawat Shark Aero, merentasi 52 negara dalam tempoh 12 minggu.
Gadis berumur 19 tahun itu bakal memecahkan dua Guinness World Record iaitu menjadi juruterbang termuda terbang secara solo, dan wanita pertama mengelilingi dunia dengan pesawat ringan.
Ads
Pada masa ini, pemegang rekod sebagai wanita termuda yang melakukan penerbangan solo di seluruh dunia ialah Shaesta Waiz yang berusia 30 tahun ketika dia melengkapkan penerbangannya pada tahun 2017.
Untuk info, gadis kacukan ini dilaporkan telah menghabiskan 130 jam terbang solo sebagai persiapan untuk melakukan ekspedisi epiknya ini.
Zara memulakan penerbangannya lima bulan lalu pada 18 ogos di Bandar Belgian, Kortjik. Dia sudah terbang di lima benua dan melawat lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Greenland, Colombia dan Korea Selatan.
Zara dan keluarga (Foto Via BBC)
Pada perancangan awal, penerbangan Zara sebenarnya mampu dilengkapkan pada November tahun lalu lagi namun terkandas akibat COVID-19, masalah visa dan cuaca buruk.
Ads
Rancangannya untuk melengkapkan misi tersebut pada Hari Natal juga ditunda apabila dia perlu dikuarantin di sebuah hospital di Singapura selain tayar pesawatnya yang pancit. Remaja itu menyambut tahun baru 2022 di sebuah hotel di Mumbai, India kerana tidak boleh meneruskan penerbangan akibat cuaca yang buruk.
Hebat sungguh remaja ini.Korang pernah ke terfikir untuk mengelilingi dunia seorang diri?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak dapat dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang menyuarakan rasa khuatir apabila kerajaan Malaysia masih membenarkan pelawat asing darI Wuhan dan kawasan berdekatan dengan daerah Hubei di China memasuki Malaysia sepanjang minggu lalu.
Ia berlarutan walaupun keadaan wabak menular semakin kritikal. Di kala banyak negara sudah menguat kuasakan larangan kemasukan kepada pelawat dari China atas faktor keselematan kesihatan, Malaysia masih menerima kehadiran mereka.
Hinggalah pada hari ini, rakan media di The Star melaporkan bahawa pejabat Perdana Menteri akhirnya memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang kemasukan visa rakyat China dari Wuhan dan daerah Hubei ke Malaysia.
Kerajaan memerintahkan agar kelayakan visa itu ditarik oleh imigresen sebagai langkah mengurangkan risiko tersebarnya Virus Corona di sini.
Menurut mereka, prosedur ini dilakukan selaras dengan nasihat Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) dan pakar.
Bagaimanapun, pihak imigresen akan menarik semula larangan tersebut setelah keadaan bertukar normal.
*
Dua hari lalu, rakyat bimbang akan kenyatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang tidak merancang untuk mengetatkan kemasukan rakyat China ke Malaysia walaupun dunia sedang berjaga-jaga dengan kes Virus Corona yang semakin mendadak.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian yang berlaku kepada keluarga penyerang muda JDT dan pemain bola sepak kebangsaan, Syafiq Ahmad mengundang hiba masyarakat Malaysia.
Namun begitu, laporan semalam di kebanyakkan akbar dan portal menyatakan pemain bola sepak kebangsaan tersebut berpunca dan dipercayai pemuda itu terlelap sebelum Toyota Vellfire dipandunya hilang kawalan dan terbabas dalam nahas tersebut.
Sumber Gambar : InstagramFadhliz_
Sangkal dakwaan abang terlelap semasa memandu
Perkara tersebut telah disangkal oleh adiknya yang dikenali sebagai fadhliz di Instagram apabila memaklumkan bahawa abangnya tidak terlelap ataupun berhalusinasi ketika memandu.
Menurutnya, Syafiq memberitahu terlihat sesuatu yang melintang di jalan dan memandu di lane kiri (perlahan) ketika kejadian.
Selain daripada itu, Fadhli juga menafikan dakwaan anak sulung abangnya mengalami pendarahan di bahagian otak kerana kanak-kanak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman ataupun luaran.
Sumber Gambar: Instagram Fadhliz_
Ada sesuatu di jalan
Fadhli turut memuat naik satu kenyataan dari Twitter yang memaklumkan bahawa memang terdapat sesuatu dijalan tersebut apabila seorang pengguna jalan raya mengalami kerosakkan di bahagian depan kereta sejam sebelum kejadian.
Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Bakap itu telah meragut nyawa anak lelaki bongsunya yang berusia 22 hari, ibu mertua serta pembantu rumah warga Indonesia. Manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah. Syafiq and anak sulungnya pula, Nur Aira Saffiyya, 2 tahun, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.
Diharap agar masyarakat kita mengambil ikhtibar tentang apa yang sudah berlaku dan paling selamat, bawa teman lain yang boleh memandu untuk mengambil giliran memandu.
Supermodel era moden, Bella Hadid tetap dengan pendiriannya untuk menginginkan pembebasan terhadap negara Palestin daripada rejim Zionis Israel.
Bella, 27 selama ini merupakan salah seorang selebriti Barat yang lantang terhadap isu kemanusiaan yang kian bergolak di bumi Palestin akibat tindakan rejim yang membedil negara mereka sekaligus mengorbankan ribuan nyawa rakyat di sana.
Bella Hadid
Operasi terbaru di Rafah, wilayah paling selatan di Gaza yang kini sesak dengan lebih 1.2 juta penduduk serta pelarian Palestin berlindung di kem sementara.
Ia merupakan satu lagi cubaan justifikasi oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang ingin menghapuskan saki baki pejuang Hamas.
Lalu, Bella terus-menerus melaungkan sokongan terhadap penduduk Palestin dan menuntut keharmonian dalam kalangan mereka. Selain berharap agar kuasa dunia tidak berdiam diri, Bella bertegas menentang kekejaman yang berlaku di sana sekarang.
Dalam hantaran baharu sempena Hari Kekasih semalam, Bella seakan meneruskan tradisi dengan memuat naik poster berbunyi, “Will you free my Palestine” (Adakah anda akan membebaskan Palestin saya) dengan kapsyen, “Every year” (Setiap tahun).
Ini setelah Bella dan beberapa lagi personaliti popular seperti penyanyi, Dua Lipa diugut bunuh dalam lirik sebuah lagu ciptaan rapper Israel, Ness dan Stilla baru-baru ini.
Lagu berjudul Harbu Darbu itu meledakkan kontroversi setelah liriknya mengandungi ‘senarai mangsa bunuh’ yang dikaitkan dengan Hasbullah dan Hamas; termasuklah nama Bella dan Dua Lipa. Ia sekaligus menarik perhatian ramai pendengar untuk menonton video rasmi lagu tersebut di YouTube sehingga ia mencecah 18 juta tontonan buat masa ini.
Berikut adalah petikan lirik lagu berkenaan:
Every dog gets what he deserves in the end Haniyeh Every dog gets what he deserves in the end Abu Baqlawa Every dog gets what he deserves in the end Bella Hadid, Dua Lipa, Mia Khalifa Every dog gets what he deserves in the end
Model berketinggian 1.75m itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lagu terbabit dan memfokuskan diri pada kerjaya, keluarga dan sokongannya terhadap negara Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!