Salah sebuah grup lelaki paling berjaya di dalam sejarah muzik Britain yang dianggotai oleh empat lelaki kacak iaitu Nicky Byrne, Shane Filan, Kian Eganand Mark Feehily khabarnya bakal terbang ke Malaysia pada 23 dan 24 Februari 2023 di Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk menjayakan konsert.
Difahamkan, tiket konsert mereka akan mula dijual secara atas talian bermula pada 11 Oktober jam 11 pagi. Walau bagaimanapun, para peminat juga boleh mendapatkan tiket pra-jualan yang akan mula dibuka pada 10 Oktober 2022, 11 pagi di Main Atrium, Lalaport BBCC.
Ads
Detail Konsert “Westlife The Wild Dreams Tour in Malaysia” :
Ads
Tarikh: 23rd & 24th Feb 2023
Masa: 8.30PM
Venue: Axiata Arena, Kuala Lumpur
Harga tiket: RM884, RM794, RM594, RM494, RM394, RM294
Kumpulan ini hits dengan beberapa buah lagu seperti If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream, Queen Of My Heart, When You’re Looking Like That, You Raise Me Up, Unbreakable dan lagu ikonik mereka iaitu Flying Without Wings. Ia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman lewat 90-an di mana lagu-lagu mereka sering dimainkan di corong-corong radio.
Tidak keterlaluan untuk REMAJA simpulkan bahawa Westlife masih lagi memiliki aura sebagai grup lelaki yang boleh menandingi grup popular masa kini. Kehadiran kumpulan berkenaan pasti dinanti-nanti oleh seluruh peminatnya di Malaysia memandangkan rata-rata membesar dengan mendengar lagu-lagu mereka setiap hari.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, gambar penyanyi terkenal, Lisa Blackpink duduk bersebelahan CEO kepada jenama mewah LVMH, Frédéric Arnault di sebuah restoran di Paris telah tular di media sosial.
Apa yang lebih menarik, mereka bukan sahaja berdua malah ahli keluarga kepada Frédéric juga turut dilihat berada di situ dan makan bersama.
Melalui gambar yang dikongsi, Lisa atau nama sebenar Lalisa Manobal nampak bahagia dan santai berbual bersama kekasih hatinya dan juga keluarga Frédéric. Sekaligus menunjukkan mereka semua mempunyai hubungan yang sangat akrab.
Hal itu telah menarik perhatian peminatnya, BLINK dan ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak akan terkejut jika suatu hari nanti pelantun lagu LALISA itu akan mengumumkan tentang perkahwinannya bersama Frédéric.
Sementara itu, Lisa dilaporkan akan membuat kemunculan semula sebagai penyanyi solo dengan single terbaru Rockstar yang akan dikeluarkan 28 Jun ini.
Walau apapun, semoga Lisa dan Frédéric sentiasa berbahagia!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan nasyid legenda tanah air, Inteam, masih berbisa apabila tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual hanya dalam tempoh dua jam sahaja.
Perkara itu dikongsikan menerusi akaun TikTok rasmi Inteam, lengkap dengan ucapan terima kasih atas sambutan luar biasa daripada para peminat mereka.
“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam.
“Come on lah Inteam, buat lah tempat besar sikit. Ini bukan perhimpunan sekolah,” seloroh seorang pengguna TikTok.
“Jubah dah beli. Kopiah dah beli. Tiket pula tak sempat,” tulis seorang lagi.
Apa yang lebih menarik perhatian, terdapat juga peminat daripada kalangan bukan beragama Islam yang turut membeli tiket dan menyatakan keterujaan mereka untuk hadir ke konsert tersebut.
“Non-muslim tapi datang konsert ini tak apa kan? Btw, dah dapat tiket yayyy! Tak sabar nak sing along,” komen seorang pengguna lain yang meraih perhatian ramai.
Konsert sempena ulang tahun ke-25 Inteam itu dijadualkan berlangsung pada 27 September nanti jam 8 malam bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aisha Retno tampil memohon maaf kepada para peminat dan rakan-rakan industri selepas tidak dapat memberikan sebarang maklum balas terhadap mesej, e-mel dan DM yang diterimanya sejak beberapa hari lalu.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya, Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-38 itu menjelaskan situasi sebenar yang dialaminya sepanjang berada di Jakarta bagi urusan kerja.
“Salam semua, Saya Aisha. Saya ingin memohon maaf dengan sepenuh hati kepada sesiapa yang telah cuba menghubungi, menghantar mesej, e-mel atau DM saya baru-baru ini.
“Saya masih berada di Jakarta atas urusan kerja dan telah dimasukkan ke hospital, jadi saya tidak berkesempatan untuk membalas atau mengikuti perkembangan di media sosial.
“Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman anda semua. Saya kini dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dan akan cuba sedaya upaya untuk membalas mesej sebaik sahaja saya tiba di rumah. Salam sayang, Aisha Retno,” coretnya ringkas.
Difahamkan, Aisha dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami kejang otot serta keletihan melampau semasa bekerja di ibu kota Indonesia itu.
Menurut laporan media tempatan, Pegawai Perhubungan Awam Aisha Retno Entertainment iaitu Asraf Aided memaklumkan hasil pemeriksaan doktor mendapati keadaan kesihatan Aisha merosot akibat kekurangan rehat dan beban kerja yang terlalu padat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Aisha Retno
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.