
Jungkook BTS baru-baru ini kembali menjadi sorotan para peminat apabila diperkenalkan menerusi sebuah siri buku pendidikan kanak-kanak dari Amerika Syarikat. Kemunculan beliau dalam buku tersebut membuktikan bahawa pengaruhnya bukan sekadar terhad dalam industri muzik, malah sudah menembusi ruang pendidikan antarabangsa.
Pada masa yang sama, Jungkook atau pemilik nama sebenar Jeon Jungkook (29) sekaligus menjadi penyanyi Korea pertama yang ditampilkan dalam siri buku berkenaan. Pencapaian ini dilihat sebagai satu lagi detik penting dalam perjalanan kerjayanya yang semakin berkembang di peringkat global.
Siri buku yang dikenali sebagai ‘Brain Candy Books’ itu direka khas untuk memperkenalkan pelajar sekolah rendah kepada tokoh-tokoh berpengaruh dalam bidang muzik dan sukan. Menariknya, Jungkook turut disenaraikan bersama nama-nama besar dunia seperti Dua Lipa, Selena Gomez, Taylor Swift, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
BACA: Jungkook BTS Dedah Sisi Rajin Masak, Sediakan 200 ‘Dubai Chewy Cookies’ Untuk Staf!
Difahamkan, kandungan buku berkenaan mengetengahkan kisah perkembangan peribadi Jungkook sejak awal pembabitannya dalam industri hiburan, termasuk perjalanan seninya bersama BTS serta prinsip hidup yang dipegangnya sepanjang bergelar artis. Naratif ini disusun bagi memberi inspirasi kepada pembaca muda untuk mengejar impian masing-masing.
Lebih membanggakan, Jungkook turut diperkenalkan sebagai salah seorang “Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman,” berdasarkan pengiktirafan daripada Rolling Stone. Buku itu juga memberi penekanan terhadap kelebihan vokalnya termasuk kebolehan ‘perfect pitch’ serta versatiliti yang menjadikannya antara artis paling menonjol dalam generasinya.
Di samping itu, pencapaian Jungkook sebagai artis solo Korea pertama yang berjaya menempatkan tujuh lagu dalam carta “Hot 100” Billboard turut diberi perhatian. Malah, persembahannya menerusi lagu berjudul ‘Dreamers’ untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 disifatkan sebagai antara momen penting yang mengukuhkan statusnya sebagai bintang global.
BACA: Bukan Sekadar Penulis Lagu, Suga BTS Kini Penulis Bersama Manual Terapi Autisme Berasaskan Muzik
Tidak hanya itu, reputasinya sebagai ‘Sold-Out King’ juga menjadi antara fokus utama dalam penerbitan tersebut. Fenomena ini merujuk kepada setiap barangan yang dipakai atau digunakan Jungkook sering habis dijual dalam tempoh singkat, selain pengaruh besarnya di media sosial yang sentiasa mendapat perhatian peminat seluruh dunia.
Sebelum ini, Jungkook turut pernah tersenarai dalam pelbagai pengiktirafan individu paling terkenal dunia, sekaligus mengukuhkan lagi impak dan pengaruh beliau dalam budaya pop global. Dalam perkembangan terkini, BTS difahamkan sedang aktif dengan konsert jelajah dunia mereka, dan kumpulan itu dijangka bakal kembali menghangatkan pentas di Malaysia pada Disember ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.